Henti khianat agama, bangsa, tanah air kita sendiri! |
Malaysia ialah sebuah negara Islam?
1. Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan
Perlembagaan Persekutuan?
a. Perkara 3(1) : Islam ialah agama persekutuan
b. Perkara 3(2) : Yang Di Pertuan Agong ialah ketua agama
Islam bagi Persekutuan Malaysia. Raja, YDPN dan Para Sultan ialah ketua agama
Islam bagi negeri-negeri persekutuan.
c. Perkara 32 : Yang Di Pertuan Agong ialah pemerintah
tertinggi bagi Persekutuan Malaysia.
d. Perkara 11(4) : Agama lain dilarang untuk disebarkan
kepada orang Islam
Gadis-gadis Melayu yang kuat imannya sedang bersantai dalam gereja Kristian |
e. Perkara 37, Jadual 4: Sumpah Yang Di Pertuan Agong
mesti menyebut ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi.'
f. Perkara 160 : ‘Orang Melayu mestilah beragama Islam,
mengamalkan adat Melayu dan berbahasa Melayu.’
g. Senarai kedua, Jadual 9: Panjang lebar menyebut
berkenaan Agama Islam, Undang-Undang Islam, Mahkamah Syariah, Wakaf, Zakat dan
lain-lain adalah dibawah kuasa negeri-negeri Persekutuan Malaysia.
h. Tidak ada perkataan Sekular di dalam Perlembagaan
Persekutuan.
i. Kesimpulannya: Malaysia ialah sebuah negara Islam.
katanya.. |
2. Adakah keIslaman sesebuah negara diukur berdasarkan perlaksanaan
Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) ?
a. Tokoh
ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment
in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum
sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi SAW hudud sudah tidak dilaksanakan
dalam dunia Muslim.
b. Sejak
zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada.
c. The
Oxford Encyclopedia of the Islamic World, John
L Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa
negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan. Sudan dan
Nigeria menghentikan hudud setelah beberapa tahun melaksanakan.
d. Prof
Tariq Ramadan dalam artikelnya "An International Call for Moratorium on
Corporal Punishment" pula menyeru kepada moratorium (penangguhan)
hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah.
Gaya tudung 'alien workshop' gadis Islam Malaysia |
e. Syeikh
Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarq meminta agar
hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah
kepada Islam.
f. Bekas
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyebut dalam artikelnya ‘Hudud Oh Hudud’
bahawa tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan
lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun
keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalah mekanisme dalam
mengatasi jenayah tertentu.
g. Dari
segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang
kondusif muncul.
h. ‘Hudud
Allah' dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah semata-mata.
i. Surah
al-Baqarah ayat 187: hukum-hakam puasa
ii. Surah
al-Baqarah ayat 229-230: hukum-hakam talak
iii. Surah
an-Nisa ayat 13: harta pusaka
iv. Surah
al-Mujadilah ayat 4: hukum zihar
v. Surah
at-Talaq ayat 1: edah talak.
i. Kesimpulannya: ke-Islaman sesebuah negara tidak diukur berdasarkan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud & Qisas).
"Islam bukan pada pakaian, tapi di dalam dada." - Atikah (bukan nama sebenar) |
No comments:
Post a Comment