Pages

Tuesday, 23 September 2014

Agenda Media Yahudi Menjatuhkan Imej Malaysia


Media Asing Memburukkan Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang kedudukannya amat strategik. Wilayah maritim Malaysia mencakupi Selat Melaka dan Laut China Selatan yang merupakan laluan kepada puluhan ribu kapal dagang yang menggunakan laluan maritime Malaysia saban tahun. Selain itu, isu perebutan wilayah di kepulauan Spratley juga memainkan peranan penting dalam konsep propaganda media asing, terutamanya media milik kuasa-kuasa besar. Isu ini harus dilihat dari sudut politik antarabangsa dan hal ehwal antarabangsa kerana media itu sendiri adalah alat untuk menekan sesebuah kerajaan yang berdaulat seperti Malaysia.

Amerika Syarikat sendiri dari dulu dilihat berminat untuk menguasai dan meletakkan kepentingan ketenteraan mereka di laluan Selat Melaka namun masih tidak mempunyai autoriti untuk menjadi pengawal laluan tersebut hasil dari kebijaksanaan dasar negara sejak zaman Tun Dr Mahathir. Di utara, kita menghadapi isu kepulauan Spratley yang menjadi rebutan banyak negara Asean sendiri seperti Filipina, Brunei dan Vietnam. Bagaimanapun, kehadiran tuntutan wilayah kepulauan Spratley dari negara China telah mengancam kesemua negara Asean kerana tuntutannya adalah sehingga semua pulau-pulau di Laut China Selatan menjadi milik China. Kapal-kapal perang China sendiri sudah banyak kali menceroboh wilayah maritime negara hingga menghampiri pesisir pantai Sabah dan Sarawak.

Hubungan di antara negara-negara kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat juga dilihat seperti mempunyai persaingan untuk membina pengaruh di rantau Asia Tenggara yang dilihat sentiasa aman dan damai walaupun terdapat beberapa krisis, namun tidak seteruk Asia Tengah. Usaha Malaysia yang sentiasa cuba menjadi pendamai di Selatan Thailand, Selatan Filipina dan cara baik Malaysia menangani isu wilayah maritime dengan Indonesia dan Singapura turut menyebabkan Malaysia dilihat menganggu usaha-usaha kuasa besar dunia mewujudkan masalah di rantau ini, supaya akhirnya mereka boleh datang sebagai penyelesai masalah di rantau ini dan kemudiannya bertapak dan membina pengaruh.

Hari ini, Malaysia diserang melalui proksi-proksi kuasa besar dari dalam dan luar negara termasuk oleh ahli-ahli politik Malaysia sendiri yang gemar memburukkan Malaysia di mata antarabangsa. Serangan oleh tentera Sultan Kiram yang menuntut wilayah Sabah didalangi kewangan dan motif mereka oleh siapa? Malaysia mesti belajar dari sejarah Turki Uthmaniyah yang diruntuhkan oleh Arab Badwi melalui penghasut Arab Badwi yang merupakan proksi kuasa besar (British), Thomas Edward Lawrence.

Hari  ini siapakah di sebalik tabir ‘rampasan’ pesawat MAS bagi penerbangan MH370? Kita tahu bahawa mengenai kecanggihan syarikat boeing, sistem kawalan jauh pesawat boeing yang di ‘install’ selepas kejadian 9/11, mengenai pesawat AWACS yang dibina oleh Boeing yang mampu hack sistem komunikasi dan elektrikal pesawat boeing yang lain. Dan disebalik kesedaran kita atas semua ini, di manakah kekuatan kita untuk menyuarakan segala kemungkinan ini? Kita telah ditekan oleh kuasa besar. Dan paling terbaru (3 April 2014), berlaku serangan ‘pengganas’ yang menculik seorang pelancong dari China yang sedang melancong di Pulau Singgahmata, Semporna Sabah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Perth, Australia sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat kemungkinan ada pihak yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia-China yang sedia keruh akibat insiden MH370 di mana lebih 152 warga China merupakan penumpang kepada syarikat penerbangan Malaysia tersebut. Apakah pangkalan kuasa besar terbanyak berada di selatan Filipina yang mungkin memberikan sokongan logistic kepada puak Filipin yang mudah disogok dan tahu pesisir pantai Sabah bagai mengenal anak sendiri? Tidakkah ini semua menjadi persoalan bagi mereka yang mahu berfikir?

Kita sebagai rakyat Malaysia mesti melihat isu ini dengan lebih berhati-hati. Ini kerana media antarabangsa adalah sebahagian dari komplot dan permainan kuasa-kuasa besar untuk menekan kerajaan negara kita sehingga kita tunduk kepada pengaruh kuasa besar tersebut. Malaysia adalah negara yang berdaulat dan kedaulatan ini wajib dipertahankan at all cost. Usaha Malaysia untuk mengekalkan keamanan di rantau ini sudah tentu amat dibenci oleh pihak yang memang mahukan sebab untuk memasuki rantau ini melalui masalah-masalah dan krisis. Jadi tumpuan dunia hari ini adalah tertumpu kepada Malaysia. Hanya perpaduan rakyat Malaysia sahaja yang mampu mempertahankan Malaysia dari terus diinjak, terutamanya oleh media antarabangsa.

Kebergantungan kerajaan terhadap intel dan maklumat antarabangsa mesti diseimbangkan dengan kemampuan kita sendiri dalam melaksanakan penyiasatan, termasuk sistem koordinasi maklumat yang lebih baik, supaya Malaysia tidak dilihat seperti badut dalam hubungan media. Di samping kita perlu lebih berhati-hati, kritikan-kritikan media antarabangsa juga harus menjadi sandaran untuk kerajaan mencapai ‘benchmark’/penanda aras tertentu dalam menuju kea rah good governance yang lebih baik, regardless apa tujuan disebalik laporan-laporan media antarabangsa tersebut. Kesilapan harus dijadikan pengajaran kerana apa yang dikatakan oleh orang lain tentang diri kita, biasanya merupakan cerminan kepada diri kita yang kita sendiri terlepas pandang.



Skop
1.    Politik
2.    MH370
3.    Isu Kaum

A.   Pengenalan

·         Media asing ialah segala agensi media yang berasal daripada luar dari Malaysia ataupun media yang dimiliki saham pegangan majoritinya oleh pihak luar dari Malaysia.

·         Contoh:
i.              CNN - Cable News Network (US)
ii.             REUTERS (UK)
iii.            BBC - British Broadcasting Corporations (UK)
iv.           ABC NEWS – American Broadcasting Company (US)
v.            FNC – Fox News Channel (US)
vi.           The Australian
vii.          Aljazeera
viii.        Channel News Asia (Singapura)
ix.           Xinhua (China)

ISU POLITIK
1.    ‘Electoral Reform Rally’ (BERSIH) yang dibuat oleh pakatan pembangkang Malaysia sebanyak 3 kali seolah-olah proses pilihanraya yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah tidak telus dan tidak adil.

i.              Himpunan Bersih yang pertama berlaku pada Sabtu, 10 November 2007 dan mendapat liputan meluas oleh media-media antarabangsa.
ii.            Laporan daripada Aljazeera begitu bias, berat sebelah dan tidak bersikap professional dalam melaporkan berita berkenaan tunjuk perasaan tersebut seolah-olah pihak berkuasa Malaysia ganas dan terlalu kejam dalam menangani penunjuk perasaan.
iii.           Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, ketika diwawancara oleh Al Jazeera, menyindir mereka pula dan menyifatkan bahawa mereka sengaja membesar-besarkan cerita dan tidak melaporkan dengan adil dan seimbang.
iv.           Media Amerika khususnya turut melaporkan berita-berita kononnya Malaysia sudah tiada lagi human rights: kebebasan bersuara dan demokrasi.
v.            Berlaku dalam setiap himpunan bersih (2007, 2011 & 2012)

2.    Anwar Ibrahim ialah seorang yang begitu rapat dengan media-media asing terutamanya CNN dan beliau ialah seorang pemimpin(?) Malaysia yang sangat aktif untuk ditemu ramah oleh CNN.
i.              Julai 2010: Dalam rancangan Connector of the Day, CNN, Anwar mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara rakyat semakin jauh. Anwar memburukkan Malaysia dengan mempertikaikan sistem kehakiman (judiciary) negara, menuduh sistem kerajaan korup dan sebagainya.
ii.            November 2013: Anwar dilapor oleh media Australia memohon bantuan Australia bagi memantau sistem pilihanraya Malaysia yang kononnya tidak adil dan korup.
iii.           November 2013: Anwar memburukkan Malaysia di Indonesia dalam satu kuliah umum an juran Fakulti Ilmu Sosial Politik di Universiti Indonesia yang dihadiri oleh 300 orang termasuk mahasiswa serta orang media-media Indonesia yang sentiasa dahagakan berita memburukkan Malaysia.
iv.           Mac 2014: Anwar dalam wawancara CNN. Menyebut Kapten Zaharie yang merupakan penyokong kuatnya dan merupakan pakcik kepada menantu perempuannya sebagai “member from the ruling party”, “electoral process is fraudulent”, no justice in Malaysia, kepimpinan Malaysia tiada kredibiliti, lemah, tak mampu urus krisis, tidak telus, pihak berkuasa (TUDM) tak buat kerja sebab tak detect pesawat yang terbang tanpa kebenaran, incompetence.
v.            Anwar Ibrahim memang sudah lama terus memburukkan negara sejak dibebaskan pada 2004.

3.    Isu hak Asasi Manusia ataupun biasa disebut sebagai human rights menjadi isu yang dimainkan oleh media asing dalam usaha terancang bagi memburukkan Malaysia. Malaysia digambarkan secara jahat kononnya sebagai sebuah negara yang memiliki rekod buruk dalam isu ini:
i.              Mendiskriminasi kaum bukan Melayu Bumiputra secara sistematik melalui dasar ekonomi, kuota, jawatan-jawatan dalam penjawat awam dan sebagainya, tanpa menyebut tentang kontrak sosial antara kaum sewaktu di awal kemerdekaan negara dan Perkara 89 (rezab tanah melayu) dan 153, Perlembagaan Persekutuan.
ii.            Kebebasan media cetak, tabloid dan akhbar digambarkan seolah-olah tidak ada di Malaysia kerana wujudnya Akta Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984, tanpa menyebut bahawa Malaysia ialah negara majmuk pelbagai kaum yang keharmoniannya mesti dijaga demi perpaduan, keamanan dan kestabilan ekonomi.
iii.           May 2012: Aljazeera mengkritik kerajaan Malaysia kononnya memaksa Astro menyunting laporan wartawannya, Harry Fawcett dalam kejadian Bersih 3.0 yang ternyata terlampau bias dan berat sebelah hingga terikut-ikut dengan gaya bahasa pembangkang berbanding etika kewartawanan itu sendiri. BBC juga senada dengan Aaljazeera.
iv.           Isu kebebasan beragama: Isu Allah, Isu Murtad, Isu LGBT, Isu Gereja yang diserang diperbesarkan, -banyak media antarabangsa, termasuk media Sweeden. 

MH370

1.    Media Asing menuduh Malaysia tidak transparent, tidak telus dalam menjelaskan maklumat, mengkritik cara Malaysia menangani krisis, mengkritik Malaysia dalam koordinasi maklumat dan memburukkan Malaysia dalam semua segi.

i.              Dilakukan oleh hampir semua media antarabangsa.
ii.            31 Mac (Bernama) -- Panglima Angkatan Tentera kesal dengan laporan sesetengah media asing mengenai kehilangan pesawat penerbangan MH370 yang dilihat seolah-olah mempunyai agenda memburukkan imej negara.

Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata terdapat beberapa laporan media asing yang tidak benar, dan ada yang keterlaluan dan tidak mengambil kira keadaan sebenar serta kekangan yang dihadapi pihak berkuasa Malaysia dalam menyampaikan maklumat mengenai kejadian itu.

"Kita dituduh lewat menyampaikan maklumat sedangkan setiap maklumat yang kita terima perlu disahkan (oleh pelbagai pihak berkuasa negara dan luar negara), sebelum mengambil sebarang tindakan (mengenai maklumat yang akan disampaikan).
                                      I.        Kita harus jawab semua tuduhan:
a)    SAR pada 22 Mac 2014, sebanyak 26 negara merangkumi 36 pesawat dan 21 kapal terlibat dalam operasi mencari MH370. Pencarian juga dilakukan dengan menggunakan berpuluh satelit dari Amerika Syarikat, daripada United Kingdom, daripada Australia, daripada China dan daripada Perancis.
b)    Jika 26 negara dengan kelengkapan canggih pun gagal, mengapa disalahkan Malaysia juga?
iii.           Kenyataan PM yang mengatakan MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi diputarbelitkan dan cuba dikelirukan oleh media asing untuk membodohkan Perdana Mernteri Malaysia.
a)    “Istilah penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi digunakan kerana kita tidak pasti lagi di mana kedudukan pesawat tersebut dan kita tidak pernah alami kehilangan kapal terbang, sebab kita tidak tahu sama ada ia terhempas di laut atau apa.” – MB Perlis, Azlan Man.
b)     Itu cuma latest info yg nyatakan last time pesawat tu di detected melalui satelite ke apa adalah di lautan hindi sana. Tapi belum jumpa bukti lagi dia terhempas kat mana ke apa. Dan selagi tak jumpa mana dia bangkai terapung pesawat tu, mana boleh confirm lagi. Yang najib isytihar tu based on intel saja. Hard evidence belum jumpa. – Pemerhati bebas

Antara Kenyataan Memburukkan Malaysia oleh Media Asing.


1) Portal Daily Mail dalam laman webnya mendakwa Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah dilihat seperti tidak mempedulikan keadaan keluarga penumpang pesawat MH370 yang sedang bersedih tetapi bermain golf dengan wajah ceria. Ia jelas satu dakwaan berniat jahat menjejaskan imej Malaysia kerana baginda bukannya bermain golf atas dasar peribadi sebaliknya menyertai satu acara pro-am sebelum berlangsungnya Kejohanan Golf Piala EurAsia yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.

2) Portal Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie Ahmad Shah berkelakuan tidak seperti kebiasaannya dan sedikit terganggu. Kenyataan itu dikatakan diperoleh daripada anaknya, Aishah Zaharie. Sehari selepas berita tersebut, Aishah menerusi laman Facebooknya membidas kenyataan itu dan mengakui tidak pernah berlaku sesi temu bual di antara mereka.

3) Telegraph menyiarkan gambar pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid bersama seorang wanita berketurunan Afrika Selatan yang disifatkan sebagai 'playboy'.

4) Portal The Mail mendakwa insiden pesawat MH370 berlaku disebabkan penyakit misteri yang dialami oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah.

5) Portal Mirror News mendakwa juruterbang membuat protes politik terhadap negara sekaligus merampas pesawat MH370.

6) The Telegraph melaporkan MAS telah dibayar pampasan sebanyak AS$110 juta (RM364 juta) daripada syarikat insurans berikutan kehilangan pesawat MH370 dan syarikat insurans juga bersetuju untuk membayar kepada keluarga penumpang. MAS bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi untuk melindungi sebarang liabiliti undang-undang yang timbul daripada penerbangan itu.

7) Saluran berita CNN turut mengaitkan insiden kehilangan MH370 ada berkaitan dengan orang Islam sebagai pengganas dan penghinaan dinyatakan berulang kali dengan mengatakan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang sebagai pengganas Islam. Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas dakwaan itu.

Pilot Malaysia jadi sasaran. 

No comments:

Post a Comment