Tak berapa lama dahulu dalam tahun 2012, Raja Petra Kamarudin (RPK) ada mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Menteri Besar Selangor yang baru kita ini iaitu Azmin Ali. Azmin ketika itu masih merupakan setiausaha sulit kepada Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
RPK dalam artikel yang bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" telah mendedahkan salinan-salinan fail dan dokumen siasatan kes rasuah yang dikerjakan oleh Azmin Ali. Fail-fail tersebut disimpan oleh pegawai BPR pencen itu dengan tempoh yang lama sebelum diserahkan kepada RPK.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya membuat laporan Polis mengenai dakwaan RPK berkenaan maklumat sulit yang diperolehi oleh RPK daripada seorang bekas anggota BPR yang amat kecewa kerana kertas siasatan rasuah Azmin Ali itu, dibiarkan terhenti begitu saja.
Sejak tahun 1995, segala siasatan kes rasuah ke atas Azmin Ali dikatakan oleh RPK telah dihentikan atas arahan daripada Anwar Ibrahim sendiri. Tak mahu sembang banyak, mari baca sendiri kertas-kertas siasatan tersebut.
Kertas siasatan ini dimulakan dengan pernyataan sebagai laporan ringkas kes pemilikan harta oleh Azmin Ali yang disyaki amat meragukan. Anda akan berjumpa dengan perkataan-perkataan 'YDS' yang pada hemat kami berkemungkinan besar bermaksud Yang Disyaki (Azmin Ali).
Sila baca dengan tenang kertas-kertas siasatan ini yang menunjukkan kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin Ali dan isterinya Shamsida Taharin, berbanding pendapatan bulanan mereka. Maka jelas amat tidak seimbang di antara pendapatan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan dalam tempoh sewaktu menjawat jawatan setiausaha sulit TPM (Anwar).
Dalam tempoh yang tidak berapa lama menjawat jawatan setiausaha sulit Anwar Ibrahim, bagaimana isteri Azmin Ali, Shamsida Taharin mampu memiliki saham bernilai lebih RM 6 ratus ribu?
Akaun bank sendiri dan isteri ada duit berjuta-juta ringgit?
Laporan oleh Wan Yusoff bin Wan Ibrahim tentang Azmin Ali yang disyaki menjalankan aktiviti rasuah, mengumpul harta untuk kepentingan peribadi sepanjang bekerja dengan Anwar Ibrahim.
Azmin Ali (Sekarang Menteri Besar Selangor) pernah mendapat layanan mewah
daripada Vincent Tan, gaji bulanan RM 15,000, keahlian kelab eksklusif percuma?
Pendapatan ketika itu baru dalam lingkungan RM2,377 plus minus elaun dan lain-lain sekalipun,
agak tidak logik untuk mampu beli saham, harta benda dan miliki duit juta-juta dalam bank?
Naik loya pula tekak bila membaca satu persatu..
Hari ini, Azmin Ali sudah menjadi Menteri Besar bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Suka untuk diingatkan bahawa apa yang terbongkar ini ada membawa makna-makna yang tertentu. Adakah MB yang dimiliki oleh rakyat Selangor pada hari ini ialah seorang yang benar-benar jujur, amanah, bersih dan tidak pernah mengaut kekayaan demi kepentingan peribadi melalui rasuah dan salahguna kuasa?
Nasiblah rakyat Selangor.........
Benar2 pembelit....mb slgor hari ini
ReplyDelete