KOPERASI
Sejarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia
1. Pada 1 Januari 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Malaysia telah
ditransformasikan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
2. SKM adalah agensi dibawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Proses penubuhan koperasi
1. Membuat permohonan kepada pengarah jabatan
pembangunan koperasi melalui pejabat jabatan pembangunan koperasi di daerah
/wilayah.
2. Selepas mendapat kelulusan daripada jabatan
pembangunan koperasi, sebuah jawatankuasa penaja yang terdiri daripada
sekurang-kurangnya 10 orang akan ditubuhkan untuk menjalankan tugas-tugas awalan. Tujuan penubuhan jawatankuasa penaja ialah –
a) Menentukan jenis koperasi yang hendak
ditubuhkan, koperasi asas , koperasi menengah, dan koperasi atasan
b)
Menyediakan aturan kegiatan utama dan
kegiatan lain termasuk objektif penubuhan koperasi berkenaan
c)
Menggubal undang-undang kecil dengan
berpandukan undang-undang kecil yang disediakan oleh jabatan pembangunan
koperasi
d)
Mendaftarkan bakal bakal ahli dalam satu
daftaran dengan butiran merekakeahlian minimum ialah sekurangnya 100 orang ahli
3. Selepas itu, mesyuarat agung permulaan /penubuhan
akan diadakan. Tujuan mesyuarat agung ialah
a)
Mendapat ketetapan bakal ahli-ahli untuk menubuhkan
koperasi
b)
Menerima undang-undnag kecil
c)
Memilih anggota lembaga pengarah koperasi
Seorang pegawai
dari JPK akan datang untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab
sebagai ahli dan aktiviti koperasi secara am
4. Borang pendaftaran perlu dihantar kepada pendaftar
koperasi tidak lewat daripada 7 hari selepas mesyuarat agung permulaan/penubuhan. Dokumen yang perlu disediakan ialah
a) Borang permohonan
pendaftaran yang ditandatangani oleh 10 ahli jawatankuasa penaja
b) 3 naskah
undang-undang kecil yang membuat permohonan pendaftaran
c) Minit mesyuarat
agung yang ditandatangani oleh kehadiran minimum 50 orang .
5. Selepas koperasi didaftarkan ,satu sijil perakuan
akan dikeluarkan oleh ketua pendaftar sebagai bukti penubuhan koperasi.
CIRI-CIRI KOPERASI
a) Ditubuhkan dibawah
Ordinan Akta Koperasi Malaysia
b)
Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi
c)
Liabiliti Terhad
d)
Modal diperolehi melalui yuran, samada yuran
bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli
e)
Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan
pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli
f)
Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh
ahli-ahli koperasi semasa Mesyuarat Agung Tahunan
g) Keuntungan
koperasi diagihkan kepada ahli samada satu atau dua kali setahun dalam bentuk
dividen atau bonus atau kedua-duanya.
Koperasi adalah bentuk perniagaan yang perlu diterokai oleh orang Melayu |
KELEBIHAN KOPERASI
a)
Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan
semata-mata
b Mewujudkan kerjasama dan tolong menolong antara
ahli
c)
Liabiliti terhad
d)
Wujud secara berterusan - entiti secara berasingan
e)
Mendapat pelepasan cukai bagi koperasi baru atau
yang berstatus kecil (tertakluk kpd terma-terma tertentu)
f)
Ditadbir secara demokrasi melalui pengundian
g)
Peluang mendapat modal tambahan melalui pinjaman
Koperasi bagi tujuan perniagaan dan sebagainya.
KELEMAHAN KOPERASI
a)
Pulangan tetap dan rendah (namum ada sesetengah
koperasi mampu memberi dividen yang tinggi kepada ahli-ahli mereka)
b)
Pemilikan saham terhad. Sesetengah koperasi menghad
jumlah saham yang boleh dibeli dan dipegang.
c)
Aktiviti koperasi dikuasi oleh segolongan individu
tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.
d)
Operasi dikawal oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.
No comments:
Post a Comment