Wednesday 10 September 2014

8 Kekecewaan PAS terhadap PKR!

PAS  dah  naik  angin.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik secara keras menyenaraikan lapan kekecewaan penyokong PAS terhadap parti PKR.

1. PAS kecewa kerana PKR mempermainkan mandat rakyat dengan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tanpa sebab bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di kawasan berkenaan.

2. PAS kecewa dengan Anwar Ibrahim yang mengatakan `Langkah Kajang' tiada kaitan dengan pertukaran Menteri Besar tetapi sebaliknya yang berlaku.

3. PAS kecewa kerana PKR mencipta projek `Langkah Kajang' tanpa persetujuan parti PAS dan memperkudakan PAS untuk berkempen.

4. PAS kecewa dengan penipuan Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyebut mereka sudah berbincang dengan Abdul Hadi di Terengganu tentang nama calon Menteri Besar Selangor tetapi sebenarnya memaksa Presiden Pas itu menandatangani surat sokongan kepada satu nama sahaja iaitu Wan Azizah.

5. PAS kecewa bila PKR memfitnah kononnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengkhianati wang rakyat. Tetapi sehingga kini gagal membuktikan fitnah tersebut.

6. PAS kecewa dengan PKR apabila masih gagal menyatakan bukti penafian terhadap 'Dokumen Langkah Kajang' yang tersebar sebelum ini yang dianggap mengkhianati Parti PAS.

7. PAS kecewa Anwar dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli MENIPU dengan mengatakan bahawa PAS berkehendakkan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri sedangkan PKR terlebih dahulu berjumpa Ahli Parlimen Gua Musang itu tetapi gagal.

8. PAS kecewa dengan sikap PKR yang biadab dengan Institusi Raja-Raja Melayu berikutan masih berdegil mengikuti arahan istana Selangor dalam isu penggantian Menteri Besar.
MAT   SABU:  LEBIH   PKR  DARI  PKR?

No comments:

Post a Comment