Wednesday, 24 September 2014

Gambar Anak-Anak Sekolah Agama Johor 'Diajar' Pegang Anjing?

Anak-anak adalah umpama kain yang putih. Dicorakkan dan diwarnakan oleh ibu bapa, penjaga, serta orang-orang yang lebih dewasa daripada mereka. Anjing adalah sesuatu yang amat sensitif bagi Melayu Islam sejak sekian lama. Anjing dilambangkan sebagai sesuatu yang taboo dan amat pantang untuk disentuh oleh orang Melayu Islam. Bukan membenci anjing, tetapi itu adalah satu tanda dan sokongan kepada sunnah Nabi SAW.

Tak perlu cerita panjang, nabi bela anjing pun duduk jauh-jauh dari anjing. Nabi bersabda malaikat tak masuk rumah kalau ada bela anjing. Artikel ini tak mahu ulas panjang tentang apa yang berlaku. Tapi artikel ini akan melepaskan tanggungjawab berfikir kepada anda semua. Masing-masing ada akal fikiran, jadi fikirlah sendiri.





Gelagat anak-anak Melayu Islam yang memakai Baju Melayu Teluk Belanga lengkap bersongkok ini amat mencuit hati kami melihat mereka bermain-main dengan anjeng yang kelihatan jinak tersebut. Sungguh gembira mereka yang belum tahu apa-apa dan masih berada di bangku sekolah rendah. Tertanya-tanya pula adakah mereka tahu cara menyamak diri selepas memegang haiwan seperti anjing?


Apa? Anjing boleh dipegang? Pegang anjing tak perlu disamak kalau bulunya kering? Ya, siapa kata pegang anjing tak boleh? Siapa pula kata anak-anak berbaju Melayu Teluk Belanga ni semua bermandi manda dengan anjeng. Tapi tak siapa pun mampu 'confirm' kan bulu anjeng ni kering. 


Kanak-kanak yang beruniform sekolah agama Johor ini kelihatan bermain-main dengan anjing setelah diajar ataupun diterangkan tentang anjing oleh seorang makhluk bernama Shahrul Anum Baharin. Itu nama facebook beliau. Mungkin nama sebenar beliau lain gamaknya. Kalau dilihatkan namanya, ada kemungkinan Shahrul Anum Baharin ini berketurunan Islam. Tapi artikel ini tidak berniat untuk menuduh Shahrul Anum Baharin ini sebagai Islam pun.

Shahrul Anum Baharin bercumbu bersama pasangannya
Dalam masa yang sama, adakah kita faham agenda mencintai haiwan dengan agenda tertentu adalah sama? Bak kata orang sekarang, minda yang berfikir tidak boleh disekat dengan apa-apa pun. Hujah dibalas dengan hujah. Kalau tak tahan, jangan buat. Mudah bukan?

'Pluralisma agama' dikatakan sebagai fahaman yang menyamaratakan semua agama. Fahaman ini turut didokong oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai 'Islam Liberal'. Ia menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan menggunakan logik akal dalam mentafsir ajaran Islam. Fahaman ini sentiasa bertentangan dengan kaedah pentafsiran Islam yang tulen.

Mempertikaikan Al-Quran dan Hadith dan mengikuti pandangan orientalis barat adalah hukum yang dipakai oleh kelompok 'Islam Liberal' ini. Islam adalah samarata dengan semua agama lain dan tujuan semua agama adalah sama sahaja di sisi mereka.

Shahrul Anum Baharin ini mengakui dirinya sebagai pencinta anjeng
Shahrul Anum Baharin merokok sambil membelai anjing-anjingnya

Shahrul Anum Baharin dan pasangan Mat Salehnya
 Apakah motif seorang yang berpenampilan tidak lagi seperti wanita berketurunan Melayu dan beragama Islam ini untuk mendekatkan anak-anak kecil ini dengan anjeng-anjeng? Langkah kecil seperti ini lazimnya bermatlamatkan sesuatu yang tersirat dan amat merbahaya jika difikirkan kembali. Mungkin anda tidak berfikir begitu? Jadi bagaimana?

Mengajar menyayangi anjeng kepada anak-anak Melayu yang bersekolah agama

'Mendidik' sesuatu dalam hati anak-anak Melayu Islam ini

10 comments:

  1. apabila hadith diputar belit, inilah yang terjadi. keluarga bkn menghalang, malah memberi galakan. lihat saja lelaki yg sdg mendukung anak kecil itu. kenapa dia membiarkan perkara ini berlaku?

    ReplyDelete
  2. Sudah la jgn jadi bangsat,perangai melayu tak habis habis menfithnah orang, tak ingat dosa pahala ke. aku kenal sangat perempuan tu dia penyelamat anjing anjing terbiar di bentong pahang. suami dia orang german convert to muslim, kalau tak tahu tak payah dok komen tunjuk bagus. cermin diri dulu siapa yg patut di hantar ke sekolah.

    Dia orang modern , kehidupan dia moden itu antara dia dengan Allah. siapa kamu melayu nak bercakap apsla islam, adakah diri kamu sudha cukup sempurna. pergi belajar agama cukup cukup pasal anjing sebelom menyalak macam anjing. melayu tak habis habis nak tunjuk islam lebih daripada islam.

    Anjing tu ciptaan siapa. kalau ko orang percaya Allah anjing ciptaan siapa. ? adakah bersentuhan dgn anjing boleh menjadi kafir , samak je kalau dia basah. sekarang ada jual sabun tahara gunakan, RASUAH KO ORANG TAK BISING WALAUPUN HARAM, bersentuhan lelaki perempuan depan mata berani ke tegur, betina betina tak bertudung berani ke ko orang tegur, perempuan pakai mcm sundal berani ke tegur ,tak haram ke tu.

    Jangan jadi bangsat. ini salah satu sebab kenapa aku menyampah dengan bangsa aku sendiri. kenapa aku suka kutuk bangsa aku sendiri. ko orang yg menjatuhkan nama islam di mata orang bukan islam, BODOH BODOH BODOH

    ReplyDelete
  3. Senangnya nak samak guna sabun je cik jamil kucing..sah ke tu samak guna sabun aje..anjing memang makhluk Allah.dah diterangkan dah pun dalam artikel di atas. Yang cik jamil marah2 membabi buta membodohkan orang..

    Jangan terlalu taksub..dalam apa jua perkara...niat betul tapi cara terpesong..kena lak tunjuk cara yang betul...

    Cuba cik jamil cari apa itu taksub dan cari apakah kesan buruk dari taksub..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. kenapa awak komen guna nama Anonymous,gunalah nama sendiri jadi jantan sikit. sabun tu boleh ke tidak tanya majlis fatwa itu je. masaalahnya pengalaman saya 20 tahun buat kerja amal bila sampai tang anjing melayu lebih sudu dari kuah. melalak dan menyalak tak tantu pasal.saya tak pandai cakap berpantun pantun . tak betul i shoot

      Lepas tu yg pergi letak foto foto peribadi dia buat apa mereka suami isteri yang sah so? saya nak tanya owner blog ni islam ke kafir. yg menbusukan nama orang cam ni

      Delete
    3. Kalau jabatan agama islam johor nak bising pasal halal haram. aku nak tanya baginda sultan dulu bela beberapa ekor babi dalam akwasan istana haram ek tak. kalau haram kenapa tak tegur. MAMPOS TAK BERANI KAN. hanya kepada rakyat biasa sahaja menyalak macam anjing. i work in the palace 6 years ok.

      Delete
  4. jamilkuceng, yeke dalam istana johor ada babi? babi hutan ke babi kampong? ada bukti tak? ko penah makan babi tak jamil?

    ReplyDelete
  5. Wow. Kerbau kaki pendek dlm istana. Betul kah.

    ReplyDelete