PAS dah naik angin. |
Ketua Dewan Ulama
PAS Pahang, Mokhtar Senik secara keras menyenaraikan lapan kekecewaan penyokong
PAS terhadap parti PKR.
1. PAS
kecewa kerana PKR mempermainkan mandat rakyat dengan mengosongkan kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang tanpa sebab bagi membolehkan pilihan raya kecil
diadakan di kawasan berkenaan.
2. PAS
kecewa dengan Anwar Ibrahim yang mengatakan `Langkah Kajang' tiada kaitan
dengan pertukaran Menteri Besar tetapi sebaliknya yang berlaku.
3. PAS
kecewa kerana PKR mencipta projek `Langkah Kajang' tanpa persetujuan parti PAS
dan memperkudakan PAS untuk berkempen.
4. PAS kecewa
dengan penipuan Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail
yang menyebut mereka sudah berbincang dengan Abdul Hadi di Terengganu tentang
nama calon Menteri Besar Selangor tetapi sebenarnya memaksa Presiden Pas itu
menandatangani surat sokongan kepada satu nama sahaja iaitu Wan Azizah.
5. PAS
kecewa bila PKR memfitnah kononnya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim telah mengkhianati wang rakyat. Tetapi sehingga kini gagal membuktikan
fitnah tersebut.
6. PAS
kecewa dengan PKR apabila masih gagal menyatakan bukti penafian terhadap
'Dokumen Langkah Kajang' yang tersebar sebelum ini yang dianggap mengkhianati Parti
PAS.
7. PAS
kecewa Anwar dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli MENIPU dengan mengatakan
bahawa PAS berkehendakkan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri
sedangkan PKR terlebih dahulu berjumpa Ahli Parlimen Gua Musang itu tetapi
gagal.
8. PAS
kecewa dengan sikap PKR yang biadab dengan Institusi Raja-Raja Melayu berikutan
masih berdegil mengikuti arahan istana Selangor dalam isu penggantian Menteri
Besar.
MAT SABU: LEBIH PKR DARI PKR? |
No comments:
Post a Comment