Pages

Saturday, 13 September 2014

Malaysia Negara Bebas! Bebas Cakap Apa Saja?

Seperti ISA, Akta Hasutan juga mahu dimansuh

Malaysia dah jadi haru biru dengan perangai biadab, kurang ajar dan tidak sensitif yang ditayangkan secara umum oleh beberapa kerat manusia akhir-akhir ini. Bilangan makhluk ini semua bagaimanapun lansung tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia yang masih memiliki akal fikiran yang sihat. Mereka ini menjadi racun dan toksik yang amat mencemarkan budaya pemikiran rakyat Malaysia dengan pemikiran-pemikiran yang di luar daripada asas-asas 'Negara Malaysia'.

Perbuatan menghasut untuk menentang Perlembagaan Persekutuan berleluasa
Sejak Ordinan Darurat dan Internal Security Act (ISA) dibuang ke dalam longkang, serta undang-undang lain yang berpayung di bawah Ordinan Darurat seperti Akta Kediaman Terhad (1933) dan Akta Buang Negeri (1959) turut di flush ke loji kumbahan, kita boleh lihat sendiri berapa banyak kes-kes kebiadaban dan hasutan yang ber-Maharajalela di negara ini.

Dan kini, Akta Hasutan (1948) yang terbukti berkesan untuk mencegah penyangak-penyangak daripada bebas mencerca asas-asas di dalam Perlembagaan Persekutuan selaku undang-undang tertinggi negara pula ingin ditanam ke dalam tanah. Adakah kerajaan hanya mahu memansuhkan semua undang-undang yang dianggap lapuk dan usang ini agar penyangak-penyangak ini bebas bercakap dan bebas meracuni pemikiran orang lain?

Kurang Ajar macam ni jadi kebiasaan.

Antara Asas-Asas Penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang dijaga oleh Akta Hasutan:

     1. Perkara 3: Agama Persekutuan ialah Islam
     2. Perkara 152: Bahasa Melayu 
     3. Perkara 153: Hak Keistimewaan Orang Melayu
     4. Perkara 181: Raja-Raja Melayu, Raja Berdaulat                                          
                                                                                                            (Clause cari sendiri)
Orang Melayu ialah 'Rakyat Raja'

Di samping itu, kita merasakan bahawa bukan sahaja benda-benda di atas saja yang akan dimaki oleh penyangak-penyangak ini, tetapi perkara-perkara lain juga pasti akan dicabar dengan biadab dan kurang ajar.

     1. Perkara 8: Hak Samarata, tapi hanya orang Melayu boleh masuk Rejimen Askar Melayu Diraja
     2. Perkara 10: Larangan mempersoal Perkara 152, 153 dan 181.
     3. Perkara 11: Kebebasan beragama, tapi tidak boleh tarik orang Islam masuk ke agama lain
     4. Perkara 89: Tanah Rezab (Reserved Land) orang Melayu
                                                                                                           (Clause cari sendiri)

Raymond Wong, Kiri
Kaum Melayu dalam negara ini dilahirkan bodoh,
akan mati dalam kebodohan, akan lahirkan keturunan
yang bodoh-bodoh. Genetik orang Melayu semua bodoh.
Orang Melayu dilahirkan sakit dan dalam pasukan Polis
ada banyak anjing bodoh.- Raymond Wong
Rukun Negara mesti dijadikan 'Legal Principe' bagi negara Malaysia. Lantaklah kau nak faham macam mana pun. tapi aku nak siapa yang langgar Rukun Negara ni, boleh di charge!

     1. Kepercayaan kepada Tuhan : Halang komunisma, sosialisma atau penyebaran atheisme
     2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara: Seperti Thailand, wujudkan undang-undang anti cerca Raja
     3. Keluhuran Perlembagaan: Hukum perbuatan cerca, hina unsur-unsur dalam Perlembagaan
     4. Kedaulatan Undang-Undang: Law is Law, Regardless how damn stupid you are.
     5. Kesopanan dan Kesusilaan: Ali Abdul Jalil,Wan Ji, Raymond Wong, Khalid Ismath SOPAN?!

Ali Abdul Jalil, mahu campak
Raja-Raja Melayu ke dalam jamban.

Justeru kebebasan mutlak untuk menghasut dan meracuni minda rakyat Malaysia yang lain ini sudah tentu akan menghakis KE-HARMONI-AN yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, berbanding akan lebih mententeramkan negara. Terlalu banyak penyangak yang hanya akan menangguk di air yang keruh serta menunggu saat untuk menyalahgunakan segenap ruang yang dihulurkan oleh kerajaan kepada mereka. 
Hasut supaya Malaysia jadi Republik, Ali ditangkap. Esok lusa lepas la tu.
Akta Hasutan (1948) mesti dikekalkan dan dipertahankan 'at all cost' bagi menampar mulut-mulut celupar yang semakin busuk baunya mutakhir ini.

     1. Tambah lagi skop dan jenis kesalahan dalam Akta Hasutan supaya lebih menyeluruh
     2. Tambah jumlah tahun penjara sampai 20 tahun minima bersama denda
     3. Tambah nilai denda sampai cecah minima RM 100,000 bersama penjara
     4. Kesalahan menentang Perlembagaan Persekutuan jika hasut, cerca asas Perlembagaan

Luahan ikhlas seorang anggota Polis berpengalaman
Luahan ikhlas(?) Ketua Polis Negara

Berkaitan:

1 comment:

  1. Raymond Wong biadap tu punya Facebook page https://www.facebook.com/raymondwonglb

    Tolong sebarkan...

    ReplyDelete