Pages

Monday, 8 September 2014

GST: Suatu Perubahan Yang Dinamik & Progresif

Goods and Services Tax! Bukan Government Service Tax!


PENGENALAN

Sistem percukaian GST ini penting bagi menggantikan sistem percukaian sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang dilaksanakan secara berasingan selama ini. Ini kerana ia dapat mendokong usaha kerajaan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju, progresif, berdaya saing dan menjamin pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan.

GST ini bukanlah suatu perkara baru jika dilihat dari konteks global. Negara kita sebenarnya telah beberapa kali menangguhkan perlaksanaan GST ini ke suatu masa yang lebih sesuai dengan suasana ekonomi semasa. Ini disokong dengan bukti bahawa GST ini atau nama lainnya ‘VAT’, Value Added Tax, telah lama dilaksanakan oleh lebih 160 buah negara di seluruh dunia termasuk India, Australia dan semua negara Asean kecuali Myanmar dan Brunei sahaja.

ADIL & PRIHATIN

GST adalah sebuah sistem percukaian yang sangat adil dan prihatin, baik kepada pengilang, pengedar, peruncit mahupun kepada pengguna barangan dan perkhidmatan itu sendiri. Ia merupakan pengganti kepada cukai jualan (10%) dan cukai perkhidmatan (5-6%) yang dikenakan kepada rakyat pada masa sekarang. Usaha kerajaan untuk memansuhkan dua cukai tersebut dan digantikan dengan satu sistem percukaian pada kadar 6% bagi barangan dan perkhidmatan tertentu hakikatnya akan dapat meringankan bebanan rakyat.

PENURUNAN KADAR CUKAI

Ini dibuktikan apabila kerajaan menyenaraikan lebih 273 jenis barangan yang sebelum ini dikenakan cukai jualan sebanyak 10%, telah diTURUNkan kadar cukainya kepada 6% sahaja. Ini mencatatkan kadar PENURUNAN sebanyak 4% dan sudah pasti akan mencatat penurunan harga kepada kesemua 273 jenis barangan ini.

a) Antara Barangan: Baju Melayu, Jubah, Coklat Cadbury, Coklat Masakan, Kemeja lengan panjang & pendek, Seluar dalam, singlet, ribena, minuman berkarbonat F&N, Vacum cleaner, microwave PANASONIC, Proton Waja, sabun baju Breeze, dan banyak lagi.

PENGECUALIAN KADAR CUKAI (GST 0%)

Keprihatinan kerajaan terhadap kos sara hidup rakyat juga menjadi agenda penting dalam perlaksanaan GST. Atas inisiatif pihak kerajaan untuk berlaku adil terhadap rakyat, selain penurunan kadar cukai sebanyak 4% tadi, GST diperhalusi lagi dengan langkah PENGECUALIAN CUKAI. Berkuatkuasa 1 April 2015 nanti, lebih 271 jenis barangan dan perkhidmatan akan DIKECUALIKAN daripada GST. Antara yang akan dikecualikan dari GST kelak:

a) Antara Barangan (204 jenis produk): Barangan makanan utama; beras, garam, gula, tepung, minyak masak, rempah ratus, kacang dal, cencaluk, budu, belacan dll.
b) Antara Perkhidmatan (53 jenis perkhidmatan): Sewa/beli rumah kediaman, tanah umum, tol lebuhraya, pengangkutan awam seperti bas, feri, tiket penerbangan, insurans nyawa.

minyak masak tak kena GST
tepung tak kena GST
gula tak kena GST

beras tak kena GST
PENGHAPUSAN CUKAI (GST 0%)

Terdapat juga barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikenakan cukai sebanyak 5% hingga 6% yang mana selepas perlaksanaan GST nanti, ia lansung tidak akan dikenakan cukai pula. Inilah bukti keadilan sistem percukaian GST oleh Kerajaan Barisan Nasional yang amat prihatin kepada semua rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.

a) Antara Barangan: Ikan masin, gula perang, kelapa parut dll (13 jenis) (dulu 5%, sekarang 0%).
b) Antara Perkhidmatan: Semua perkhidmatan kerajaan, perbaharui lesen, urusan passport, perkhidmatan kesihatan (dulu 6%, sekarang 0%). (1 kategori)

Langkah pengecualian cukai GST ini jelas akan meringankan beban rakyat berpendapatan rendah dan sederhana kerana ia adalah suatu perlaksanaan sistem percukaian yang amat menitikberatkan kepentingan rakyat. Ia amat bertepatan dan selari dengan slogan 1Malaysia oleh YAB PM, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

buat passport, buat IC, buat lesen, pergi hospital, semua tak kena GST
PERBANDINGAN KADAR CUKAI GST/VAT DUNIA

Jika dilihat perbandingan kadar cukai GST yang dilaksanakan oleh beberapa negara lain pula, jelaslah bahawa dasar perlaksanaan GST oleh kita adalah sangat berorientasikan kepada keprihatinan kerajaan terhadap bebanan rakyat.

a) Singapura & Thailand: GST 7%
b) Indonesia, Filipina, Kemboja, Vietnam: GST 10%
c) Armenia: GST 20%
d) Denmark: GST 25%
e) Finland: GST 24%
f) Israel: GST 18%
g) Malaysia: GST 6% SAHAJA

REBAT & KREDIT

Para peniaga boleh menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan melalui kredit/Rebat. Ini akan menghapuskan elemen cukai atas cukai sepertimana yang terdapat di dalam sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang. Maka, rakyat akan membayar harga barang dan perkhidmatan yang lebih kompetetif dan telus daripada peruncit.

Pengilang, pemborong dan peruncit akan sentiasa mengemaskini dengan telus dalam setiap sistem akaunnya untuk mendapat REBAT daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Premis peruncitan yang mana menawarkan harga yang lebih murah setelah mendapat peruntukan REBAT, sudah tentu akan mendapat sambutan.

TELUS DAN EFISYEN

Ketelusan dalam perlaksanaan GST ini nanti tidak perlu dipersoalkan lagi. Rakyat dengan sendirinya bakal terdidik dengan proses percukaian GST di mana mereka dapat mengetahui jenis barangan apa, dan berapa kadar cukai yang dikenakan terhadap barangan tersebut. Penjual juga akan lebih telus dalam proses penetapan harga apabila sistem REBAT menjadi alat kawalan harga yang amat efektif selain dari penetapan harga siling dan sebagainya. Pelabur asing yang ingin membuat pelaburan ke Malaysia juga tidak perlu tercari-cari kadar cukai, cukai tersembunyi dan sebagainya kerana sistem GST ini adalah mudah dan sistematik.

KELEMAHAN SISTEM PERCUKAIAN SEDIA ADA

Antara kelemahan yang dikenalpasti berpunca dari sistem percukaian sedia ada adalah elemen cukai atas cukai yang mana menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi. Aktiviti pemindahan harga (Transfer Pricing) pula, amat memberi kesan negatif terhadap kutipan hasil negara di peringkat antarabangsa.

Masalah dalam sistem percukaian sedia ada terlalu banyak dan telah mengundang kerugian besar kepada negara. Malahan sistem sedia ada ini telah mengakibatkan banyak peniaga runcit, taukeh-taukeh kilang, dan orang-orang tengah mengambil kesempatan dengan menjual barangan-barangan mereka kepada masyarakat dengan harga selepas cukai, walhal mereka tidak membayar cukai walau satu sen pun. Mangsanya tentulah orang-orang kampung, rakyat berpendapatan rendah dan para pesara kerajaan. Antara masalah lain:

a) Cukai Atas Cukai (double taxation)
b) Cukai Berganda
c) Ketirisan
d) Mengelak Cukai
e) Market Mispricing
 
tipu olang kita untongg.. (gambar hiasan)

KESEDARAN RAKYAT MENUJU NEGARA MAJU

Rakyat Malaysia mestilah berubah menjadi pengguna yang lebih bijak dan berhemah serta dapat menguruskan perbelanjaan dengan rasional. Bak bidalan Melayu, bijak membeli, menang memakai. Pertumbuhan KDNK suku pertama tahun 2014 negara kita yang mencatat pertumbuhan 6.2% adalah pertumbuhan paling tinggi dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara. Jelas, ia membuktikan bahawa kerajaan senantiasa komited dalam memacu ekonomi negara menjadi lebih mapan ke arah matlamat negara maju berpendapatan tinggi.

pencapaian PALING TINGGI dalam kalangan negara Asia Tenggara! Syabas Malaysia.
DONGENG HARGA RUMAH MENINGKAT??
Perlaksanaan GST pada April 2015 telah mengakibatkan ramai taukey-taukey terliur untuk menaikkan harga rumah (mark up) dengan pelbagai muslihat dan propaganda. Baca link di bawah untuk pemahaman lebih lanjut. Diceritakan dengan lanjut bagaimana mereka mempergunakan GST untuk mengaut keuntungan yang melampau.
 >> Harga Rumah Mahal, Agenda Halau Melayu?


KESIMPULAN

Menjelang perlaksanaan GST pada 1 April 2015 nanti, kita seharusnya bersikap lebih matang dan mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan GST ini. Usaha murni kerajaan untuk memacu ekonomi negara demi masa depan jangka panjang rakyat Malaysia, adalah sebuah langkah yang sangat proaktif, dinamik dan progresif. Dalam masa yang sama, ia akan mentransformasi cara berfikir rakyat agar setanding dengan pemikiran warganegara kelas pertama dalam soal perbelanjaan.
"BAGUS!". ADUN PAS (ke?), Saari Sungib bersama barangan bebas cukai GST.
Terima kasih kerajaan Barisan Nasional kerana menjaga kepentingan rakyat Marhaen.