Goods and Services Tax! Bukan Government Service Tax!
PENGENALAN
Sistem percukaian GST ini penting bagi menggantikan sistem percukaian
sedia ada iaitu Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang dilaksanakan secara
berasingan selama ini. Ini kerana ia dapat mendokong usaha kerajaan ke arah
menjadikan Malaysia sebuah negara maju, progresif, berdaya saing dan menjamin
pertumbuhan ekonomi negara yang lebih mapan.
GST ini bukanlah suatu perkara baru jika dilihat dari konteks global.
Negara kita sebenarnya telah beberapa kali menangguhkan perlaksanaan GST ini ke
suatu masa yang lebih sesuai dengan suasana ekonomi semasa. Ini disokong dengan
bukti bahawa GST ini atau nama lainnya ‘VAT’, Value Added Tax, telah lama
dilaksanakan oleh lebih 160 buah negara di seluruh dunia termasuk India,
Australia dan semua negara Asean kecuali Myanmar dan Brunei sahaja.
ADIL &
PRIHATIN
GST adalah sebuah sistem percukaian yang sangat adil dan prihatin, baik
kepada pengilang, pengedar, peruncit mahupun kepada pengguna barangan dan
perkhidmatan itu sendiri. Ia merupakan pengganti kepada cukai jualan (10%) dan
cukai perkhidmatan (5-6%) yang dikenakan kepada rakyat pada masa sekarang.
Usaha kerajaan untuk memansuhkan dua cukai tersebut dan digantikan dengan satu
sistem percukaian pada kadar 6% bagi barangan dan perkhidmatan tertentu
hakikatnya akan dapat meringankan bebanan rakyat.
PENURUNAN KADAR
CUKAI
Ini dibuktikan apabila kerajaan menyenaraikan lebih 273 jenis barangan
yang sebelum ini dikenakan cukai jualan sebanyak 10%, telah diTURUNkan kadar
cukainya kepada 6% sahaja. Ini mencatatkan kadar PENURUNAN sebanyak 4% dan
sudah pasti akan mencatat penurunan harga kepada kesemua 273 jenis barangan
ini.
a) Antara Barangan: Baju Melayu, Jubah, Coklat Cadbury, Coklat Masakan,
Kemeja lengan panjang & pendek, Seluar dalam, singlet, ribena, minuman
berkarbonat F&N, Vacum cleaner, microwave PANASONIC, Proton Waja, sabun
baju Breeze, dan banyak lagi.
PENGECUALIAN
KADAR CUKAI (GST 0%)
Keprihatinan kerajaan terhadap kos sara hidup rakyat juga menjadi
agenda penting dalam perlaksanaan GST. Atas inisiatif pihak kerajaan untuk
berlaku adil terhadap rakyat, selain penurunan kadar cukai sebanyak 4% tadi,
GST diperhalusi lagi dengan langkah PENGECUALIAN CUKAI. Berkuatkuasa 1 April
2015 nanti, lebih 271 jenis barangan dan perkhidmatan akan DIKECUALIKAN
daripada GST. Antara yang akan dikecualikan dari GST kelak:
a) Antara Barangan (204 jenis produk): Barangan makanan utama; beras,
garam, gula, tepung, minyak masak, rempah ratus, kacang dal, cencaluk, budu,
belacan dll.
b) Antara Perkhidmatan (53 jenis perkhidmatan): Sewa/beli rumah
kediaman, tanah umum, tol lebuhraya, pengangkutan awam seperti bas, feri, tiket
penerbangan, insurans nyawa.
minyak masak tak kena GST |
tepung tak kena GST |
gula tak kena GST |
beras tak kena GST |
PENGHAPUSAN CUKAI
(GST 0%)
Terdapat juga barangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikenakan
cukai sebanyak 5% hingga 6% yang mana selepas perlaksanaan GST nanti, ia lansung
tidak akan dikenakan cukai pula. Inilah bukti keadilan sistem percukaian GST
oleh Kerajaan Barisan Nasional yang amat prihatin kepada semua rakyat Malaysia
dari segenap lapisan masyarakat.
a) Antara Barangan: Ikan masin, gula perang, kelapa parut dll (13
jenis) (dulu 5%, sekarang 0%).
b) Antara Perkhidmatan: Semua perkhidmatan kerajaan, perbaharui lesen,
urusan passport, perkhidmatan kesihatan (dulu 6%, sekarang 0%). (1 kategori)
Langkah pengecualian cukai GST ini jelas akan meringankan beban rakyat
berpendapatan rendah dan sederhana kerana ia adalah suatu perlaksanaan sistem
percukaian yang amat menitikberatkan kepentingan rakyat. Ia amat bertepatan dan
selari dengan slogan 1Malaysia oleh YAB PM, “Rakyat didahulukan, Pencapaian
diutamakan”.
buat passport, buat IC, buat lesen, pergi hospital, semua tak kena GST |
PERBANDINGAN
KADAR CUKAI GST/VAT DUNIA
Jika dilihat perbandingan kadar cukai GST yang dilaksanakan oleh beberapa negara lain pula, jelaslah bahawa dasar perlaksanaan GST oleh kita adalah sangat berorientasikan kepada keprihatinan kerajaan terhadap bebanan rakyat.

a) Singapura & Thailand: GST 7%
b) Indonesia, Filipina, Kemboja, Vietnam: GST 10%
c) Armenia: GST 20%
d) Denmark: GST 25%
e) Finland: GST 24%
f) Israel: GST 18%
g) Malaysia: GST 6% SAHAJA
REBAT &
KREDIT
Para peniaga boleh menuntut kembali GST yang dibayar ke atas input perniagaan melalui kredit/Rebat. Ini akan menghapuskan elemen cukai atas cukai sepertimana yang terdapat di dalam sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang. Maka, rakyat akan membayar harga barang dan perkhidmatan yang lebih kompetetif dan telus daripada peruncit.
Pengilang, pemborong dan peruncit akan sentiasa mengemaskini dengan telus dalam setiap sistem akaunnya untuk mendapat REBAT daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Premis peruncitan yang mana menawarkan harga yang lebih murah setelah mendapat peruntukan REBAT, sudah tentu akan mendapat sambutan.

TELUS DAN EFISYEN
Ketelusan dalam perlaksanaan GST ini nanti tidak perlu dipersoalkan lagi. Rakyat dengan sendirinya bakal terdidik dengan proses percukaian GST di mana mereka dapat mengetahui jenis barangan apa, dan berapa kadar cukai yang dikenakan terhadap barangan tersebut. Penjual juga akan lebih telus dalam proses penetapan harga apabila sistem REBAT menjadi alat kawalan harga yang amat efektif selain dari penetapan harga siling dan sebagainya. Pelabur asing yang ingin membuat pelaburan ke Malaysia juga tidak perlu tercari-cari kadar cukai, cukai tersembunyi dan sebagainya kerana sistem GST ini adalah mudah dan sistematik.

KELEMAHAN SISTEM
PERCUKAIAN SEDIA ADA
Antara kelemahan yang dikenalpasti berpunca dari sistem percukaian sedia ada adalah elemen cukai atas cukai yang mana menyebabkan pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi. Aktiviti pemindahan harga (Transfer Pricing) pula, amat memberi kesan negatif terhadap kutipan hasil negara di peringkat antarabangsa.
Masalah dalam sistem percukaian sedia ada terlalu banyak dan telah mengundang kerugian besar kepada negara. Malahan sistem sedia ada ini telah mengakibatkan banyak peniaga runcit, taukeh-taukeh kilang, dan orang-orang tengah mengambil kesempatan dengan menjual barangan-barangan mereka kepada masyarakat dengan harga selepas cukai, walhal mereka tidak membayar cukai walau satu sen pun. Mangsanya tentulah orang-orang kampung, rakyat berpendapatan rendah dan para pesara kerajaan. Antara masalah lain:

a) Cukai Atas Cukai (double taxation)
b) Cukai Berganda
c) Ketirisan
d) Mengelak Cukai
e) Market Mispricing
KESEDARAN RAKYAT
MENUJU NEGARA MAJU
Rakyat Malaysia mestilah berubah menjadi pengguna yang lebih bijak dan berhemah serta dapat menguruskan perbelanjaan dengan rasional. Bak bidalan Melayu, bijak membeli, menang memakai. Pertumbuhan KDNK suku pertama tahun 2014 negara kita yang mencatat pertumbuhan 6.2% adalah pertumbuhan paling tinggi dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara. Jelas, ia membuktikan bahawa kerajaan senantiasa komited dalam memacu ekonomi negara menjadi lebih mapan ke arah matlamat negara maju berpendapatan tinggi.

pencapaian PALING TINGGI dalam kalangan negara Asia Tenggara! Syabas Malaysia. |
>> Harga Rumah Mahal, Agenda Halau Melayu?
KESIMPULAN
Menjelang perlaksanaan GST pada 1 April 2015 nanti, kita seharusnya bersikap lebih matang dan mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan GST ini. Usaha murni kerajaan untuk memacu ekonomi negara demi masa depan jangka panjang rakyat Malaysia, adalah sebuah langkah yang sangat proaktif, dinamik dan progresif. Dalam masa yang sama, ia akan mentransformasi cara berfikir rakyat agar setanding dengan pemikiran warganegara kelas pertama dalam soal perbelanjaan.

"BAGUS!". ADUN PAS (ke?), Saari Sungib bersama barangan bebas cukai GST. Terima kasih kerajaan Barisan Nasional kerana menjaga kepentingan rakyat Marhaen. |