Guru-guru ialah seperti lilin yang membakar dirinya sendiri. Menerangi yang lain dengan ilmu pengetahuan di sepanjang hayatnya. Merekalah sebenarnya yang melahirkan jurutera, saintis, doktor, malahan Perdana Menteri sendiri mula dididik oleh seorang guru.
'Cikgu',
panggilan paling mesra didengari di setiap sekolah. Baik di sekolah rendah
mahupun sekolah menengah. Tidak mengharap gaji yang lumayan, tetapi merekalah
asas yang melahirkan generasi bijak pandai di kemudian hari.
Latar Belakang & Tujuan
(7 April 2014)
Dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan
P. Kamalanathan bertujuan menubuhkan perbadanan Yayasan Guru Tun Hussein Onn.
Yayasan itu akan mengambil
alih fungsi dan peranan Kumpulan Wang Simpanan Guru yang dicadang dibubar oleh
rang undang-undang tersebut.
Bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 7
April 2014
Sejarah Kumpulan Wang
Simpanan Guru
KWSG yang kini boleh dikira sama seperti
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Ditubuhkan pada tahun 1960 bertujuan sebagai
sebuah tabung persaraan khusus bagi para guru.
Ahli-ahli ketika itu perlu
membuat caruman bulanan sekitar enam peratus daripada gaji masing-masing.
Suruhanraya Diraja Aziz
1968
Perlaksanaan sistem `Gaji Aziz' membuatkan guru-guru diletakkan di bawah
skim perkhidmatan yang disatukan serta bertaraf kakitangan kerajaan dan
berpencen.
Majoriti pencarum KWSG mula menghentikan caruman
mereka pada 1972, dan tahun-tahun berikutnya.
Sekitar 2,000 guru yang menolak opsyen `Gaji Aziz'
tadi.
Hasil Caruman KWSG sehingga
2001
Sehingga 31 Disember 2001,
KWSG (kini diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Kewangan Kementerian
Pendidikan) menyelenggarakan akaun seramai 14,039 pencarum membabitkan jumlah
hasil sehingga RM110 juta.
Bilangan tersebut
termasuklah dua ahli yang masih aktif membuat caruman dan mereka yang belum
layak mengeluarkan caruman masing-masing (belum mencapai usia wajib persaraan:
55 tahun) di samping sekitar 2,500 pesara guru yang layak mengeluarkan caruman
berjumlah sekitar RM27 juta tetapi masih belum berbuat demikian setakat 2001.
Caruman oleh pencarum
terakhir telah pun berakhir pada tahun 2006 yang lalu.
Berapa Tunai dan Aset KWSG Sekarang?
Menurut Menteri Pendidikan
Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, jumlah wang tunai yang ada pada KWSG kini (Jun
2014), ialah RM47,761,320 dan memiliki asset sebesar RM254,931,779
(lebih dua ratus lima puluh
juta ringgit!)
Semua tunai dan asset ini
bakal dipindahkan ke bawah Yayasan Guru Tun Hussein Onn.
Apa Selepas KWSG?
Di bawah Akta 550 (Seksyen
153) Akta Pendidikan 1996, arahan pembubaran mana-mana tabung kewangan hanya
boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan setelah mendapat nasihat daripada
Menteri Kewangan.
Dana dan aset KWSG ternyata
cukup banyak dan besar sehingga ke hari ini, termasuklah Wisma KWSG setinggi 22
tingkat di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.
Wisma KWSG di Kuala Lumpur |
KWSG Pasca 2006 dan Yayasan
Guru Tun Hussein Onn
16 Mei 2007, Kerajaan
mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn sebagai salah satu usaha
untuk menjaga kebajikan dan pembangunan para guru.
Perdana Menteri Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi berkata yayasan berkenaan akan mempunyai modal
sebanyak RM300 juta dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein.
Fungsi utama Yayasan Guru
Tun Hussein Onn adalah kebajikan guru-guru seperti masa kecemasan, khairat dan
banyak lagi. Ia adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
menambah baik kerjaya perguruan dan memelihara kebajikan para guru.
Penubuhan yayasan itu akan
dilaksanakan dengan menggabungkan keupayaan sedia ada menerusi entiti tertentu
seperti Kumpulan Wang Simpanan Guru dan Yayasan
Guru Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada 1994 di bawah Akta
Syarikat 1995 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan.
Yayasan Guru Tun Hussein
Onn Pasca Abdullah Badawi dan Hishammuddin Hussein
23 Oktober 2010, Menteri
Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak
RM200 juta untuk digunakan sebagai satu
tabung untuk kebajikan guru-guru melalui penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein
Onn.
Langkah itu akan dijalankan
melalui pengambilalihan Kumpulan Wang Simpanan Guru sedia ada.
Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Razak juga telah bersetuju untuk menambahkan dana sebanyak RM10 juta
untuk membiayai aktiviti yayasan berkenaan.
Yayasan Guru akan mengambil
alih pengurusan asset dan kewangan KWSG.
Bangunan Wisma KWSG yang menjadi aset amat bernilai yayasan guru ini |
Fungsi Yayasan Guru Tun
Hussein Onn Setelah Diperbadankan
Membantu kementerian
mengelola aktiviti melibatkan kebajikan para guru
Membantu mana-mana pihak
dalam kajian memperbaiki mutu pendidikan negara
Membantu dan menjaga
kebajikan para guru
Membantu dari segi pendidikan
anak-anak para guru
Melaksanakan apa-apa yang
difikirkan sesuai dan selari dengan Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn setelah
diperbadankan.
Faedah dan Rahmat Besar
Buat Warga Pendidik, Guru-Guru.
Bayangkan, dengan jumlah wang tunai yang ada
pada KWSG sebelum ini sebanyak
RM47,761,320 dan aset
sebesar RM254,931,779 yang bakal dipindahkan ke bawah Yayasan Guru Tun Hussein
Onn, apakah yang nikmat yang bakal diperolehi oleh semua warga pendidik dari
segi kebajikan mereka.
Semoga
wang dan asset yang besar ini dapat digunakan sepenuhnya bagi memenuhi
fungsi-fungsi Yayasan Guru Tun Hussein Onn ini, tanpa apa-apa salahguna dan
penipuan.
Kerajaan dalam masa yang
sama akan berupaya untuk menjimatkan kewangan dan boleh menumpukan kepada
program-program pembangunan ekonomi dan lain-lain.
Para guru mesti menunjukkan teladan yang baik kerana mereka adalah contoh kepada murid-murid |
No comments:
Post a Comment