Tuesday 23 September 2014

Adakah Malaysia Negara Islam?

Henti khianat agama, bangsa, tanah air kita sendiri!
Malaysia ialah sebuah negara Islam?

1. Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan Perlembagaan Persekutuan?

a.     Perkara 3(1) : Islam ialah agama persekutuan

b.    Perkara 3(2) : Yang Di Pertuan Agong ialah ketua agama Islam bagi Persekutuan Malaysia. Raja, YDPN dan Para Sultan ialah ketua agama Islam bagi negeri-negeri persekutuan.

c.     Perkara 32 : Yang Di Pertuan Agong ialah pemerintah tertinggi bagi Persekutuan Malaysia.

d.    Perkara 11(4) : Agama lain dilarang untuk disebarkan kepada orang Islam
Gadis-gadis Melayu yang kuat imannya sedang bersantai dalam gereja Kristian


e.     Perkara 37, Jadual 4: Sumpah Yang Di Pertuan Agong mesti menyebut ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi.'

f.       Perkara 160 : ‘Orang Melayu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat Melayu dan berbahasa Melayu.’

g.     Senarai kedua, Jadual 9: Panjang lebar menyebut berkenaan Agama Islam, Undang-Undang Islam, Mahkamah Syariah, Wakaf, Zakat dan lain-lain adalah dibawah kuasa negeri-negeri Persekutuan Malaysia.

h.    Tidak ada perkataan Sekular di dalam Perlembagaan Persekutuan.

i.       Kesimpulannya: Malaysia ialah sebuah negara Islam.

katanya..


       2. Adakah keIslaman sesebuah negara diukur berdasarkan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) ?

a.     Tokoh ilmuwan Muslim yang terkenal Dr Mohamed Salim el-Awa dalam bukunya Punishment in Islamic Law menyatakan bahawa dari penelitian beliau bahawa belum sempat dua kurun selepas kewafatan Nabi SAW hudud sudah tidak dilaksanakan dalam dunia Muslim. 

b.    Sejak zaman Abbasiyah lagi penekanan perlaksanaan hudud sudah tiada.

c.     The Oxford Encyclopedia of the Islamic World, John L Esposito menyebut bahawa sekalipun hudud dijadikan undang-undang di beberapa negara tetapi tidak dilaksanakan, ini seperti di Libya dan Pakistan. Sudan dan Nigeria menghentikan hudud setelah beberapa tahun melaksanakan.

d.    Prof Tariq Ramadan dalam artikelnya "An International Call for Moratorium on Corporal Punishment" pula menyeru kepada moratorium (penangguhan) hudud disebabkan keadaan dunia yang berubah. 
Gaya tudung 'alien workshop' gadis Islam Malaysia

e.     Syeikh Mustafa al-Zarqa dalam Fatawa Mustafa al-Zarq meminta agar hukuman rejam tidak dilaksanakan di zaman kini kerana itu akan menjadi fitnah kepada Islam.

f.       Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin menyebut dalam artikelnya ‘Hudud Oh Hudud’ bahawa tujuan kenegaraan dalam Islam bukanlah untuk hudud. Tujuan kenegaraan lebih luas dari itu. Pemerintah menegak social justice ataupun keadilan masyarakat dalam segala aspek. Hudud hanyalah mekanisme dalam mengatasi jenayah tertentu. 

g.     Dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.

h.    ‘Hudud Allah' dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah semata-mata.

i.       Surah al-Baqarah ayat 187: hukum-hakam puasa

ii.     Surah al-Baqarah ayat 229-230: hukum-hakam talak

iii.  Surah an-Nisa ayat 13: harta pusaka

iv.  Surah al-Mujadilah ayat 4: hukum zihar

v.     Surah at-Talaq ayat 1: edah talak.


i.       Kesimpulannya: ke-Islaman sesebuah negara tidak diukur berdasarkan perlaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud & Qisas).

"Islam bukan pada pakaian, tapi di dalam dada." - Atikah (bukan nama sebenar)

No comments:

Post a Comment