Tuesday 23 September 2014

HUDUD, Kenapa Masih Terbengkalai?


UMNO sudah setuju dengan Hudud
 Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993

1.    25 Disember 1993: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dikanunkan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

2.    8 Jun 1994: Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun) selaku Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu mengutus surat kepada Nik Aziz, MB Kelantan ketika itu untuk tidak meneruskan hasrat melaksanakan ‘Hudud PAS’ yang digambarkan sebagai zalim dan tidak adil. Kerajaan Pusat akan ambil tindakan jika tetap dilaksanakan.

3.    Kelantan tidak menguatkuasakan kanun tersebut hingga hari ini.

4.    24 Oktober 2011: Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Hudud

5.    3 Mac 2014: Mesyuarat pertama jawatankuasa

6.    28 Mac 2014: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyebut di dalam Dewan Rakyat akan kesediaan kerajaan pusat untuk membantu Kelantan melaksanakan hudud.

Halangan-Halangan Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan

Halangan Politik (PAS + Dasar Pakatan Rakyat)
Halangan Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9
Halangan Hukuman, Akta Mahkamah Syariah (Akta 355)

PAS masih main tarik tali dengan Hudud
Teknikaliti Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan

Private bill untuk menggubal peruntukan hukuman oleh mahkamah syariah dalam Akta 355 perlu dibawa ke dalam parlimen dan dipersetujui.

Peruntukan hukuman maksimum untuk mahkamah syariah:

a.     3 tahun penjara
b.    RM 5000 denda
c.     6 tahun penjara

Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, berkenaan senarai bidangkuasa Persekutuan dan Negeri dalam hal Kanun Keseksaan akan mengalami ‘cross’ dalam undang-undang jenayah syariah dan sivil.

Jenayah-jenayah Syariah yang terkandung di dalam undang-undang sivil, Kanun Keseksaan:

a.     Mencuri: Seksyen 378
b.    Rompakan Bersenjata: Seksyen 390
c.     Criminal Force (Qisas): Seksyen 350
d.    Bunuh: Seksyen 300
e.     Melancarkan Perang terhadap YDPA (Bughah): Seksyen 121

Undang-undang jenayah syariah jika dilaksanakan mesti dikenakan ke atas semua rakyat Malaysia tidak mengira latar agama kerana tidak boleh ada dua set undang-undang yang berbeza untuk jenayah yang sama. Jika tidak, ia akan melawan Perkara 8(1), Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan hak semua rakyat di bawah undang-undang yang sama.

MCA sokong Hudud
 Perbandingan Brunei – Malaysia dalam Perlaksanaan Hudud

No
Brunei
Malaysia
1
Sistem Unitary
Sistem Persekutuan (Federal)

Ada bidangkuasa Persekutuan dan Negeri, Jadual 9 Perlembagaan
2
Sultan berkuasa mutlak.

Sultan boleh perintah apa saja mengikut kehendaknya
Sistem Demokrasi berparlimen.
3
Sultan boleh ubah perlembagaan pada bila-bila masa.

Undang-undang Darurat 1962 masih berkuatkuasa

Perlembagaan disusun oleh 3 orang pegawai tinggi yang dilantik oleh sultan.
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara, Perkara 4.

Undang-undang mesti selari dengan perlembagaan

Perlembagaan hanya boleh digubal dengan kelulusan 2/3 majoriti parlimen, Perkara 159
4
Mahkamah Syariah ada bidangkuasa ke atas orang bukan Islam
Mahkamah Syariah hanya ada bidangkuasa ke atas orang Islam sahaja, Akta 355
5
Ada 2 set undang-undang jenayah yang berkuatkuasa

Penal Code dan Syariah
Hanya satu set undang-undang untuk semua di Malaysia, Perkara 8
6
Perintah Jenayah Syariah 2013 berkuatkuasa di seluruh Brunei
Undang-Undang Syariah tertakluk di bawah bidangkuasa negeri sahaja. Jadual 9
7
Sultan, kerabat dan penjawat awam Brunei adalah kebal dari undang-undang Perintah Jenayah Syariah 2013
Tiada kekebalan undang-undang kepada siapa pun, termasuklah raja-raja Melayu

Kelab Penyokong PAS
Tohmahan Pakatan Rakyat Terhadap Hudud Kelantan

Gobind Singh Deo, MP Puchong menyalahkan PAS yang beriya-iya ingin melaksanakan hudud, di atas kekalahan DAP dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei 2014 lepas.

Calon Melayu DAP, Dayana Sofya mengisytiharkan akan menentang rancangan hudud Kelantan sekiranya memenangi PRK kerusi Parlimen Teluk Intan. Tidak ada seorang pun kepimpinan DAP yang menyokong perlaksanaan hudud di Kelantan oleh PAS.

Anwar Ibrahim juga tidak menyatakan sokongan terhadap rancangan hudud PAS, malah menggesa PAS mengikuti Konsensus Pakatan Rakyat, yang disepakati pada 19 Disember 2009.

Namun, hanya UMNO sahaja yang menyuarakan sikap positif di dalam Dewan Rakyat melalui Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri dalam membantu PAS melaksanakan cita-cita Hudud di Kelantan.

Kesimpulannya, PAS mesti sedar diri dan tidak lagi terhegeh-hegeh hidung tak mancung pipi tersorong-sorong di dalam Pakatan Rakyat.


Adakah dengan berpeluk cium bersama DAP, hasrat melaksanakan Hudud akan tercapai?

Sila Klik, Berkaitan:

No comments:

Post a Comment