Media Asing Memburukkan Malaysia
Malaysia
adalah sebuah negara yang kedudukannya amat strategik. Wilayah maritim Malaysia
mencakupi Selat Melaka dan Laut China Selatan yang merupakan laluan kepada puluhan
ribu kapal dagang yang menggunakan laluan maritime Malaysia saban tahun. Selain
itu, isu perebutan wilayah di kepulauan Spratley juga memainkan peranan penting
dalam konsep propaganda media asing, terutamanya media milik kuasa-kuasa besar.
Isu ini harus dilihat dari sudut politik antarabangsa dan hal ehwal
antarabangsa kerana media itu sendiri adalah alat untuk menekan sesebuah
kerajaan yang berdaulat seperti Malaysia.
Amerika
Syarikat sendiri dari dulu dilihat berminat untuk menguasai dan meletakkan
kepentingan ketenteraan mereka di laluan Selat Melaka namun masih tidak
mempunyai autoriti untuk menjadi pengawal laluan tersebut hasil dari
kebijaksanaan dasar negara sejak zaman Tun Dr Mahathir. Di utara, kita
menghadapi isu kepulauan Spratley yang menjadi rebutan banyak negara Asean
sendiri seperti Filipina, Brunei dan Vietnam. Bagaimanapun, kehadiran tuntutan
wilayah kepulauan Spratley dari negara China telah mengancam kesemua negara
Asean kerana tuntutannya adalah sehingga semua pulau-pulau di Laut China
Selatan menjadi milik China. Kapal-kapal perang China sendiri sudah banyak kali
menceroboh wilayah maritime negara hingga menghampiri pesisir pantai Sabah dan
Sarawak.
Hubungan
di antara negara-negara kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat juga
dilihat seperti mempunyai persaingan untuk membina pengaruh di rantau Asia
Tenggara yang dilihat sentiasa aman dan damai walaupun terdapat beberapa
krisis, namun tidak seteruk Asia Tengah. Usaha Malaysia yang sentiasa cuba
menjadi pendamai di Selatan Thailand, Selatan Filipina dan cara baik Malaysia
menangani isu wilayah maritime dengan Indonesia dan Singapura turut menyebabkan
Malaysia dilihat menganggu usaha-usaha kuasa besar dunia mewujudkan masalah di
rantau ini, supaya akhirnya mereka boleh datang sebagai penyelesai masalah di
rantau ini dan kemudiannya bertapak dan membina pengaruh.
Hari
ini, Malaysia diserang melalui proksi-proksi kuasa besar dari dalam dan luar
negara termasuk oleh ahli-ahli politik Malaysia sendiri yang gemar memburukkan
Malaysia di mata antarabangsa. Serangan oleh tentera Sultan Kiram yang menuntut
wilayah Sabah didalangi kewangan dan motif mereka oleh siapa? Malaysia mesti
belajar dari sejarah Turki Uthmaniyah yang diruntuhkan oleh Arab Badwi melalui
penghasut Arab Badwi yang merupakan proksi kuasa besar (British), Thomas Edward
Lawrence.
Hari ini siapakah di sebalik tabir ‘rampasan’
pesawat MAS bagi penerbangan MH370? Kita tahu bahawa mengenai kecanggihan syarikat boeing, sistem kawalan jauh pesawat boeing
yang di ‘install’ selepas kejadian 9/11, mengenai pesawat AWACS yang dibina
oleh Boeing yang mampu hack sistem komunikasi dan elektrikal pesawat boeing
yang lain. Dan disebalik kesedaran kita atas semua ini, di manakah kekuatan
kita untuk menyuarakan segala kemungkinan ini? Kita telah ditekan oleh kuasa
besar. Dan paling terbaru (3 April 2014), berlaku serangan ‘pengganas’ yang
menculik seorang pelancong dari China yang sedang melancong di Pulau
Singgahmata, Semporna Sabah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
berada di Perth, Australia sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat
kemungkinan ada pihak yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia-China yang sedia
keruh akibat insiden MH370 di mana lebih 152 warga China merupakan penumpang
kepada syarikat penerbangan Malaysia tersebut. Apakah pangkalan kuasa besar
terbanyak berada di selatan Filipina yang mungkin memberikan sokongan logistic
kepada puak Filipin yang mudah disogok dan tahu pesisir pantai Sabah bagai
mengenal anak sendiri? Tidakkah ini semua menjadi persoalan bagi mereka yang
mahu berfikir?
Kita sebagai rakyat Malaysia mesti melihat isu ini dengan
lebih berhati-hati. Ini kerana media antarabangsa adalah sebahagian dari
komplot dan permainan kuasa-kuasa besar untuk menekan kerajaan negara kita
sehingga kita tunduk kepada pengaruh kuasa besar tersebut. Malaysia adalah
negara yang berdaulat dan kedaulatan ini wajib dipertahankan at all cost. Usaha
Malaysia untuk mengekalkan keamanan di rantau ini sudah tentu amat dibenci oleh
pihak yang memang mahukan sebab untuk memasuki rantau ini melalui
masalah-masalah dan krisis. Jadi tumpuan dunia hari ini adalah tertumpu kepada
Malaysia. Hanya perpaduan rakyat Malaysia sahaja yang mampu mempertahankan
Malaysia dari terus diinjak, terutamanya oleh media antarabangsa.
Kebergantungan kerajaan terhadap intel dan maklumat
antarabangsa mesti diseimbangkan dengan kemampuan kita sendiri dalam
melaksanakan penyiasatan, termasuk sistem koordinasi maklumat yang lebih baik,
supaya Malaysia tidak dilihat seperti badut dalam hubungan media. Di samping
kita perlu lebih berhati-hati, kritikan-kritikan media antarabangsa juga harus
menjadi sandaran untuk kerajaan mencapai ‘benchmark’/penanda aras tertentu
dalam menuju kea rah good governance yang lebih baik, regardless apa tujuan disebalik
laporan-laporan media antarabangsa tersebut. Kesilapan harus dijadikan
pengajaran kerana apa yang dikatakan oleh orang lain tentang diri kita,
biasanya merupakan cerminan kepada diri kita yang kita sendiri terlepas
pandang.
Skop
1. Politik
2. MH370
3. Isu
Kaum
A.
Pengenalan
·
Media asing ialah segala agensi
media yang berasal daripada luar dari Malaysia ataupun media yang dimiliki
saham pegangan majoritinya oleh pihak luar dari Malaysia.
·
Contoh:
i.
CNN - Cable News Network (US)
ii.
REUTERS (UK)
iii.
BBC - British Broadcasting Corporations (UK)
iv.
ABC NEWS – American Broadcasting
Company (US)
v.
FNC – Fox News Channel (US)
vi.
The Australian
vii.
Aljazeera
viii.
Channel News Asia (Singapura)
ix.
Xinhua (China)
ISU
POLITIK
1. ‘Electoral Reform Rally’ (BERSIH)
yang dibuat oleh pakatan pembangkang Malaysia sebanyak 3 kali seolah-olah
proses pilihanraya yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah
tidak telus dan tidak adil.
i.
Himpunan Bersih yang pertama
berlaku pada Sabtu, 10 November 2007
dan mendapat liputan meluas oleh media-media antarabangsa.
ii.
Laporan daripada Aljazeera begitu
bias, berat sebelah dan tidak bersikap professional dalam melaporkan berita
berkenaan tunjuk perasaan tersebut seolah-olah pihak berkuasa Malaysia ganas
dan terlalu kejam dalam menangani penunjuk perasaan.
iii.
Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, ketika diwawancara oleh Al Jazeera, menyindir mereka pula
dan menyifatkan bahawa mereka sengaja membesar-besarkan cerita dan tidak
melaporkan dengan adil dan seimbang.
iv.
Media Amerika
khususnya turut melaporkan berita-berita kononnya Malaysia sudah tiada lagi
human rights: kebebasan bersuara dan demokrasi.
v.
Berlaku dalam
setiap himpunan bersih (2007, 2011 & 2012)
2. Anwar Ibrahim ialah
seorang yang begitu rapat dengan media-media asing terutamanya CNN dan beliau
ialah seorang pemimpin(?) Malaysia yang sangat aktif untuk ditemu ramah oleh
CNN.
i.
Julai
2010: Dalam rancangan Connector of the Day, CNN, Anwar mendakwa pemerintahan negara yang ditunjang oleh
UMNO mengamalkan sistem pentadbiran korup hingga menyebabkan jurang antara
rakyat semakin jauh. Anwar memburukkan Malaysia dengan mempertikaikan sistem
kehakiman (judiciary) negara, menuduh sistem kerajaan korup dan sebagainya.
ii.
November
2013: Anwar dilapor oleh media Australia memohon
bantuan Australia bagi memantau sistem pilihanraya Malaysia yang kononnya tidak
adil dan korup.
iii.
November
2013: Anwar memburukkan Malaysia di Indonesia dalam satu kuliah umum an juran Fakulti
Ilmu Sosial Politik di Universiti
Indonesia yang dihadiri oleh 300 orang termasuk mahasiswa serta orang media-media
Indonesia yang sentiasa dahagakan berita memburukkan Malaysia.
iv.
Mac
2014: Anwar dalam wawancara CNN. Menyebut Kapten
Zaharie yang merupakan penyokong kuatnya dan merupakan pakcik kepada menantu
perempuannya sebagai “member from the ruling party”, “electoral process is
fraudulent”, no justice in Malaysia, kepimpinan Malaysia tiada kredibiliti,
lemah, tak mampu urus krisis, tidak telus, pihak berkuasa (TUDM) tak buat kerja
sebab tak detect pesawat yang terbang tanpa kebenaran, incompetence.
v.
Anwar Ibrahim memang sudah lama
terus memburukkan negara sejak dibebaskan pada 2004.
3.
Isu
hak Asasi Manusia ataupun biasa disebut sebagai
human rights menjadi isu yang dimainkan oleh media asing dalam usaha terancang
bagi memburukkan Malaysia. Malaysia digambarkan secara jahat kononnya sebagai
sebuah negara yang memiliki rekod buruk dalam isu ini:
i.
Mendiskriminasi kaum bukan Melayu
Bumiputra secara sistematik melalui dasar ekonomi, kuota, jawatan-jawatan dalam
penjawat awam dan sebagainya, tanpa menyebut tentang kontrak sosial antara kaum
sewaktu di awal kemerdekaan negara dan Perkara 89 (rezab tanah melayu) dan 153,
Perlembagaan Persekutuan.
ii.
Kebebasan media cetak, tabloid dan
akhbar digambarkan seolah-olah tidak ada di Malaysia kerana wujudnya Akta
Penerbitan dan Percetakan Akhbar 1984, tanpa menyebut bahawa Malaysia ialah
negara majmuk pelbagai kaum yang keharmoniannya mesti dijaga demi perpaduan,
keamanan dan kestabilan ekonomi.
iii.
May 2012: Aljazeera mengkritik
kerajaan Malaysia kononnya memaksa Astro menyunting laporan wartawannya, Harry
Fawcett dalam kejadian Bersih 3.0 yang ternyata terlampau bias dan berat
sebelah hingga terikut-ikut dengan gaya bahasa pembangkang berbanding etika
kewartawanan itu sendiri. BBC juga senada dengan Aaljazeera.
iv.
Isu kebebasan beragama: Isu Allah,
Isu Murtad, Isu LGBT, Isu Gereja yang diserang diperbesarkan, -banyak media
antarabangsa, termasuk media Sweeden.
MH370
1. Media
Asing menuduh Malaysia tidak transparent, tidak telus dalam menjelaskan
maklumat, mengkritik cara Malaysia menangani krisis, mengkritik Malaysia dalam
koordinasi maklumat dan memburukkan Malaysia dalam semua segi.
i.
Dilakukan oleh hampir semua media
antarabangsa.
ii.
31
Mac (Bernama) -- Panglima Angkatan Tentera kesal dengan laporan sesetengah
media asing mengenai kehilangan pesawat penerbangan
MH370 yang dilihat seolah-olah mempunyai agenda memburukkan imej negara.
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata terdapat beberapa laporan media asing yang tidak benar, dan ada yang keterlaluan dan tidak mengambil kira keadaan sebenar serta kekangan yang dihadapi pihak berkuasa Malaysia dalam menyampaikan maklumat mengenai kejadian itu.
"Kita dituduh lewat menyampaikan maklumat sedangkan setiap maklumat yang kita terima perlu disahkan (oleh pelbagai pihak berkuasa negara dan luar negara), sebelum mengambil sebarang tindakan (mengenai maklumat yang akan disampaikan).
Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata terdapat beberapa laporan media asing yang tidak benar, dan ada yang keterlaluan dan tidak mengambil kira keadaan sebenar serta kekangan yang dihadapi pihak berkuasa Malaysia dalam menyampaikan maklumat mengenai kejadian itu.
"Kita dituduh lewat menyampaikan maklumat sedangkan setiap maklumat yang kita terima perlu disahkan (oleh pelbagai pihak berkuasa negara dan luar negara), sebelum mengambil sebarang tindakan (mengenai maklumat yang akan disampaikan).
I.
Kita
harus jawab semua tuduhan:
a) SAR pada 22 Mac 2014,
sebanyak 26 negara merangkumi 36 pesawat dan 21 kapal terlibat dalam operasi
mencari MH370. Pencarian juga dilakukan dengan menggunakan berpuluh satelit
dari Amerika Syarikat, daripada United Kingdom, daripada Australia, daripada
China dan daripada Perancis.
b) Jika
26 negara dengan kelengkapan canggih pun gagal, mengapa disalahkan Malaysia
juga?
iii.
Kenyataan PM yang mengatakan MH370
berakhir di Selatan Lautan Hindi diputarbelitkan dan cuba dikelirukan oleh
media asing untuk membodohkan Perdana Mernteri Malaysia.
a) “Istilah penerbangan itu berakhir di Lautan Hindi digunakan
kerana kita tidak pasti lagi di mana kedudukan pesawat tersebut dan kita tidak
pernah alami kehilangan kapal terbang, sebab kita tidak tahu sama ada ia
terhempas di laut atau apa.” – MB Perlis, Azlan Man.
b) Itu cuma latest info yg
nyatakan last time pesawat tu di detected melalui satelite ke apa adalah di
lautan hindi sana. Tapi belum jumpa bukti lagi dia terhempas kat mana ke apa.
Dan selagi tak jumpa mana dia bangkai terapung pesawat tu, mana boleh confirm
lagi. Yang najib isytihar tu based on intel saja. Hard evidence belum jumpa. –
Pemerhati bebas
Antara Kenyataan Memburukkan Malaysia oleh Media Asing.
1) Portal Daily Mail dalam laman
webnya mendakwa Raja Permaisuri Agung Tuanku Hajah Haminah dilihat seperti
tidak mempedulikan keadaan keluarga penumpang pesawat MH370 yang sedang
bersedih tetapi bermain golf dengan wajah ceria. Ia jelas satu dakwaan berniat
jahat menjejaskan imej Malaysia kerana baginda bukannya bermain golf atas dasar
peribadi sebaliknya menyertai satu acara pro-am sebelum berlangsungnya
Kejohanan Golf Piala EurAsia yang bakal diadakan di Kuala Lumpur.
2) Portal Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie Ahmad Shah berkelakuan tidak seperti kebiasaannya dan sedikit terganggu. Kenyataan itu dikatakan diperoleh daripada anaknya, Aishah Zaharie. Sehari selepas berita tersebut, Aishah menerusi laman Facebooknya membidas kenyataan itu dan mengakui tidak pernah berlaku sesi temu bual di antara mereka.
3) Telegraph menyiarkan gambar pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid bersama seorang wanita berketurunan Afrika Selatan yang disifatkan sebagai 'playboy'.
4) Portal The Mail mendakwa insiden pesawat MH370 berlaku disebabkan penyakit misteri yang dialami oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah.
5) Portal Mirror News mendakwa juruterbang membuat protes politik terhadap negara sekaligus merampas pesawat MH370.
6) The Telegraph melaporkan MAS telah dibayar pampasan sebanyak AS$110 juta (RM364 juta) daripada syarikat insurans berikutan kehilangan pesawat MH370 dan syarikat insurans juga bersetuju untuk membayar kepada keluarga penumpang. MAS bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi untuk melindungi sebarang liabiliti undang-undang yang timbul daripada penerbangan itu.
7) Saluran berita CNN turut mengaitkan insiden kehilangan MH370 ada berkaitan dengan orang Islam sebagai pengganas dan penghinaan dinyatakan berulang kali dengan mengatakan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang sebagai pengganas Islam. Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas dakwaan itu.
2) Portal Daily Mail mendakwa Kapten Zaharie Ahmad Shah berkelakuan tidak seperti kebiasaannya dan sedikit terganggu. Kenyataan itu dikatakan diperoleh daripada anaknya, Aishah Zaharie. Sehari selepas berita tersebut, Aishah menerusi laman Facebooknya membidas kenyataan itu dan mengakui tidak pernah berlaku sesi temu bual di antara mereka.
3) Telegraph menyiarkan gambar pembantu juruterbang MH370, Fariq Abdul Hamid bersama seorang wanita berketurunan Afrika Selatan yang disifatkan sebagai 'playboy'.
4) Portal The Mail mendakwa insiden pesawat MH370 berlaku disebabkan penyakit misteri yang dialami oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah.
5) Portal Mirror News mendakwa juruterbang membuat protes politik terhadap negara sekaligus merampas pesawat MH370.
6) The Telegraph melaporkan MAS telah dibayar pampasan sebanyak AS$110 juta (RM364 juta) daripada syarikat insurans berikutan kehilangan pesawat MH370 dan syarikat insurans juga bersetuju untuk membayar kepada keluarga penumpang. MAS bagaimanapun menafikan perkara berkenaan dan memberitahu ia mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi untuk melindungi sebarang liabiliti undang-undang yang timbul daripada penerbangan itu.
7) Saluran berita CNN turut mengaitkan insiden kehilangan MH370 ada berkaitan dengan orang Islam sebagai pengganas dan penghinaan dinyatakan berulang kali dengan mengatakan bahawa juruterbang dan pembantu juruterbang sebagai pengganas Islam. Walau bagaimanapun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membidas dakwaan itu.
Pilot Malaysia jadi sasaran. |
No comments:
Post a Comment