Tuesday 23 September 2014

IPP - Duit Rakyat Dibazirkan?


ISU IPP (INDEPENDENT POWER PRODUCER),  TNB (Tenaga Nasional Berhad), HARGA TARIFF ELEKTRIK & SUBSIDI

“Subsidies to power producers "sinful, unforgiveable." Ku Li.

            SEJARAH

31 Mac 1993: Tenaga Nasional Berhad (TNB), selaku GLC telah menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement, PPA) dengan IPP, YTL (Yeoh Tiong Lay Corporation Bhd). 

Merupakan perjanjian PPA yang pertama ditandatangani antara TNB dengan IPP untuk operasi Stesen Janakuasa Bebas Paka dan Pasir Gudang.

Perjanjian PPA yang pertama ini akhirnya telah membuka pintu kepada ‘orang-orang kaya’ Malaysia pada masa itu untuk bersama-sama menjadi para pemain utama industri IPP di Malaysia.

Menjelang Akhir Tahun 1993: monopoli TNB dipecahkan dalam sektor pembekalan tenaga negara apabila tertubuhnya 5 IPP yang berperanan membekalkan 30.99 peratus bekalan elektrik kepada Grid Kebangsaan. 

5 IPP Awal Utama Malaysia

a.     YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay
b.     Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
c.      Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
d.     Powertek Bhd - Tan Sri T. Ananda Krishnan 
e.     Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong 


PUNCA

31 Julai 1992: Blackout besar-besaran hampir seluruh Malaysia selama tempoh 48 jam dan mencetuskan kemarahan & bantahan orang awam.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun) telah menyalahkan monopoli TNB dalam penjanaan tenagaan elektrik negara di atas masalah yang berlaku pada tahun 1992 itu. Maka IPP telah diberikan peranan dalam sektor industri tenaga negara.

Apabila peluang dibuka untuk kontrak IPP, sekitar 150 permohonan telah masuk dalam Unit Perancang Ekonomi (EPU) walaupun mereka tidak mempunyai pengalaman dalam industri tenaga negara.

KONTRAK LUMAYAN YANG BERAT SEBELAH?

Faedah Kontrak PPA

a.     Kontrak diikat untuk tempoh yang lama (21 tahun) 
b.     Keuntungan IPP akan dijamin oleh kerajaan sebanyak 20% (minimum) 

1    Kontrak IPP mencapai ke kemuncaknya menjelang 1997, di mana Malaysia ketika itu memiliki lebihan keupayaan tenaga sehingga hampir 50%.

1    TNB wajib membeli tenaga daripada IPP walaupun TNB sebenarnya tidak memerlukan tenaga tersebut. Tetapi di atas dasar perjanjian “berat sebelah” PPA, TNB terpaksa juga membelinya.

1    Krisis ekonomi 1997: TNB mengalami kerugian yang terburuk dalam sejarah Penyelesaiannya mudahnya tarif elektrik terpaksa dinaikkan kepada anda, anda dan anda semua sebagai pengguna elektrik .


KOS TNB DAN PETRONAS

1    Tahun kewangan 1997 – 2010 PETRONAS: Subsidi gas Petronas yang terkumpul adalah sebanyak RM116.4 bilion.

1    IPP menikmati limpahan subsidi sebanyak RM49.3 bilion (42.3%), TNB (RM37.3 bilion atau 32%) dan lain-lain seperti IKS, perdagangan, pengguna kediaman dan NGV menikmati RM29.8 bilion atau 25.6%.

1    Hakikatnya, IPP dan TNB sahaja sudah menikmati sejumlah RM86.6 bilion atau 74.4% daripada jumlah subsidi gas sejak tahun 1997 lagi. 

1    1974 – 2011: Petronas telah membayar sejumlah RM529,000,000,000,000 (RM529 bilion) kepada Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri, seolah-olah Petronas adalah “peti simpanan negara”. Subsidi yang tinggi diberikan kepada kepada IPP dan TNB telah mengambil sebahagian besar daripada keuntungan bersih Petronas.

1    Setiap tahun, Petronas membayar berbilion-bilion ringgit dalam bentuk subsidi gas terutamanya oleh IPP dan TNB. “Tengku Razaleigh Hamzah, or Ku Li, said since its inception in 1974 and until 2011, Petronas paid the government RM529 billion in dividends, taxes, petroleum proceeds and export duties”.

1    Tahun Kewangan TNB 2005: 40.5% kos operasi TNB telah dibelanjakan untuk membeli elektrik daripada IPP.

1    Tahun kewangan 2010: kos tenaga TNB meningkat sebanyak 2.4% kepada daripada 
a. 2009: RM16.974 billion
b. 2010: RM17.379 billion

2    Ini adalah akibat daripada pembayaran yang lebih tinggi kepada IPP berjumlah RM12.528 billion meningkat sebanyak 5.9 % berbanding tahun sebelumnya (RM11.827 billion).

2    IPP membuat untung atas angin sedangkan TNB, Petronas dan seluruh pengguna elektrik di Malaysia dibebankan apabila para IPP membeli gas pada harga subsidi daripada Petronas. Namun, Petronas membeli pada harga pasaran dari Lapangan West Natuna, Indonesia.




      Jelas, Petronas, kerajaan dan rakyat Malaysia terpaksa menyerap harga gas yang tinggi untuk dibekalkan kepada IPP. TNB wajib membeli tenaga daripada IPP pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 16 sen seunit (kWh), yang mana TNB sendiri boleh hasilkan tenaga pada kadar 8 sen seunit (kWh) dan boleh dijual pula kepada pengguna pada kadar sekitar 17 sen seunit (kWh).

 Namun, TNB terpaksa mengenakan harga kepada pengguna sebanyak 30 sen seunit selepas dicampur dengan beberapa kos penghantaran dan kos TNB yang lain. Tarif elektrik naik saban tahun dan membebankan rakyat Malaysia. Manakala para pemilik syarikat IPP pula semakin kaya menimbun wang. 


Apa-apa pun, sampai bila duit rakyat terus mahu disumbat ke dalam mulut pemain-pemain IPP ini?

No comments:

Post a Comment