Thursday, 25 September 2014

Yayasan Guru Tun Hussein Onn: Faedah Besar Buat Guru-Guru Malaysia


Guru-guru ialah seperti lilin yang membakar dirinya sendiri. Menerangi yang lain dengan ilmu pengetahuan di sepanjang hayatnya. Merekalah sebenarnya yang melahirkan jurutera, saintis, doktor, malahan Perdana Menteri sendiri mula dididik oleh seorang guru.

'Cikgu', panggilan paling mesra didengari di setiap sekolah. Baik di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tidak mengharap gaji yang lumayan, tetapi merekalah asas yang melahirkan generasi bijak pandai di kemudian hari.

Latar Belakang & Tujuan (7 April 2014)

Dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan bertujuan menubuhkan perbadanan Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Yayasan itu akan mengambil alih fungsi dan peranan Kumpulan Wang Simpanan Guru yang dicadang dibubar oleh rang undang-undang tersebut.

Bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 7 April 2014

Sejarah Kumpulan Wang Simpanan Guru

KWSG yang kini boleh dikira sama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Ditubuhkan pada tahun 1960 bertujuan sebagai sebuah tabung persaraan khusus bagi para guru.

Ahli-ahli ketika itu perlu membuat caruman bulanan sekitar enam peratus daripada gaji masing-masing.
Suruhanraya Diraja Aziz 1968

Perlaksanaan sistem `Gaji Aziz' membuatkan guru-guru diletakkan di bawah skim perkhidmatan yang disatukan serta bertaraf kakitangan kerajaan dan berpencen.

Majoriti pencarum KWSG mula menghentikan caruman mereka pada 1972, dan tahun-tahun berikutnya.

Sekitar 2,000 guru yang menolak opsyen `Gaji Aziz' tadi.

Hasil Caruman KWSG sehingga 2001

Sehingga 31 Disember 2001, KWSG (kini diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan) menyelenggarakan akaun seramai 14,039 pencarum membabitkan jumlah hasil sehingga RM110 juta.

Bilangan tersebut termasuklah dua ahli yang masih aktif membuat caruman dan mereka yang belum layak mengeluarkan caruman masing-masing (belum mencapai usia wajib persaraan: 55 tahun) di samping sekitar 2,500 pesara guru yang layak mengeluarkan caruman berjumlah sekitar RM27 juta tetapi masih belum berbuat demikian setakat 2001.

Caruman oleh pencarum terakhir telah pun berakhir pada tahun 2006 yang lalu.

Berapa Tunai dan Aset KWSG Sekarang?

Menurut Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, jumlah wang tunai yang ada pada KWSG kini (Jun 2014), ialah RM47,761,320 dan memiliki asset sebesar RM254,931,779
(lebih dua ratus lima puluh juta ringgit!)

Semua tunai dan asset ini bakal dipindahkan ke bawah Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Apa Selepas KWSG?

Di bawah Akta 550 (Seksyen 153) Akta Pendidikan 1996, arahan pembubaran mana-mana tabung kewangan hanya boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan setelah mendapat nasihat daripada Menteri Kewangan.

Dana dan aset KWSG ternyata cukup banyak dan besar sehingga ke hari ini, termasuklah Wisma KWSG setinggi 22 tingkat di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Wisma KWSG di Kuala Lumpur

KWSG Pasca 2006 dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn

16 Mei 2007, Kerajaan mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn sebagai salah satu usaha untuk menjaga kebajikan dan pembangunan para guru.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata yayasan berkenaan akan mempunyai modal sebanyak RM300 juta dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Fungsi utama Yayasan Guru Tun Hussein Onn adalah kebajikan guru-guru seperti masa kecemasan, khairat dan banyak lagi. Ia adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menambah baik kerjaya perguruan dan memelihara kebajikan para guru.

Penubuhan yayasan itu akan dilaksanakan dengan menggabungkan keupayaan sedia ada menerusi entiti tertentu seperti Kumpulan Wang Simpanan Guru dan Yayasan Guru Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada 1994 di bawah Akta Syarikat 1995 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan.
Yayasan Guru Tun Hussein Onn Pasca Abdullah Badawi dan Hishammuddin Hussein

23 Oktober 2010, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk digunakan sebagai satu tabung untuk kebajikan guru-guru melalui penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Langkah itu akan dijalankan melalui pengambilalihan Kumpulan Wang Simpanan Guru sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah bersetuju untuk menambahkan dana sebanyak RM10 juta untuk membiayai aktiviti yayasan berkenaan.

Yayasan Guru akan mengambil alih pengurusan asset dan kewangan KWSG.

Bangunan Wisma KWSG yang menjadi aset amat bernilai yayasan guru ini

Fungsi Yayasan Guru Tun Hussein Onn Setelah Diperbadankan

Membantu kementerian mengelola aktiviti melibatkan kebajikan para guru

Membantu mana-mana pihak dalam kajian memperbaiki mutu pendidikan negara

Membantu dan menjaga kebajikan para guru

Membantu dari segi pendidikan anak-anak para guru

Melaksanakan apa-apa yang difikirkan sesuai dan selari dengan Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn setelah diperbadankan.

Faedah dan Rahmat Besar Buat Warga Pendidik, Guru-Guru.

Bayangkan, dengan jumlah wang tunai yang ada pada KWSG sebelum ini sebanyak
RM47,761,320 dan aset sebesar RM254,931,779 yang bakal dipindahkan ke bawah Yayasan Guru Tun Hussein Onn, apakah yang nikmat yang bakal diperolehi oleh semua warga pendidik dari segi kebajikan mereka.

Semoga wang dan asset yang besar ini dapat digunakan sepenuhnya bagi memenuhi fungsi-fungsi Yayasan Guru Tun Hussein Onn ini, tanpa apa-apa salahguna dan penipuan.

Kerajaan dalam masa yang sama akan berupaya untuk menjimatkan kewangan dan boleh menumpukan kepada program-program pembangunan ekonomi dan lain-lain. 

Para guru mesti menunjukkan teladan yang baik kerana mereka adalah contoh kepada murid-murid


Koperasi: Model Perniagaan Mesra Bumiputra?


KOPERASI
Sejarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia

1.      Pada 1 Januari 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Malaysia telah ditransformasikan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

2.      SKM adalah agensi dibawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Proses penubuhan koperasi

1.      Membuat permohonan kepada pengarah jabatan pembangunan koperasi melalui pejabat jabatan pembangunan koperasi di daerah /wilayah.

2.      Selepas mendapat kelulusan daripada jabatan pembangunan koperasi, sebuah jawatankuasa penaja yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang akan ditubuhkan untuk menjalankan tugas-tugas awalan. Tujuan penubuhan jawatankuasa penaja ialah –

a)         Menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan, koperasi asas , koperasi menengah, dan koperasi atasan
b)         Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain termasuk objektif penubuhan koperasi berkenaan
c)         Menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil yang disediakan oleh jabatan pembangunan koperasi
d)         Mendaftarkan bakal bakal ahli dalam satu daftaran dengan butiran merekakeahlian minimum ialah sekurangnya 100 orang ahli

3.      Selepas itu, mesyuarat agung permulaan /penubuhan akan diadakan. Tujuan mesyuarat agung ialah
a)            Mendapat ketetapan bakal ahli-ahli untuk menubuhkan koperasi
b)            Menerima undang-undnag kecil
c)            Memilih anggota lembaga pengarah koperasi

Seorang pegawai dari JPK akan datang untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab sebagai ahli dan aktiviti koperasi secara am

4.      Borang pendaftaran perlu dihantar kepada pendaftar koperasi tidak lewat daripada 7 hari selepas mesyuarat agung permulaan/penubuhan. Dokumen yang perlu disediakan ialah
a)      Borang permohonan pendaftaran yang ditandatangani oleh 10 ahli jawatankuasa penaja
b)      3 naskah undang-undang kecil yang membuat permohonan pendaftaran
c)      Minit mesyuarat agung yang ditandatangani oleh kehadiran minimum 50 orang .

5.      Selepas koperasi didaftarkan ,satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh ketua pendaftar sebagai bukti penubuhan koperasi.

CIRI-CIRI KOPERASI

a)      Ditubuhkan dibawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia
b)      Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi
c)      Liabiliti Terhad
d)      Modal diperolehi melalui yuran, samada yuran bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli
e)      Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli
f)       Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa Mesyuarat Agung Tahunan
g)      Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli samada satu atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.

Koperasi adalah bentuk perniagaan yang perlu diterokai oleh orang Melayu

KELEBIHAN KOPERASI

a)      Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan semata-mata
b        Mewujudkan kerjasama dan tolong menolong antara ahli
c)        Liabiliti terhad
d)      Wujud secara berterusan - entiti secara berasingan
e)        Mendapat pelepasan cukai bagi koperasi baru atau yang berstatus kecil (tertakluk kpd terma-terma tertentu)
f)   Ditadbir secara demokrasi melalui pengundian
g)      Peluang mendapat modal tambahan melalui pinjaman Koperasi bagi tujuan perniagaan dan sebagainya.

KELEMAHAN KOPERASI

a)      Pulangan tetap dan rendah (namum ada sesetengah koperasi mampu memberi dividen yang tinggi kepada ahli-ahli mereka)
b)      Pemilikan saham terhad. Sesetengah koperasi menghad jumlah saham yang boleh dibeli dan dipegang.
c)      Aktiviti koperasi dikuasi oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.

d)       Operasi dikawal oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.

(12 Gambar) Kertas Siasatan Rasuah Azmin Ali Tersebar?

Tak berapa lama dahulu dalam tahun 2012, Raja Petra Kamarudin (RPK) ada mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Menteri Besar Selangor yang baru kita ini iaitu Azmin Ali. Azmin ketika itu masih merupakan setiausaha sulit kepada Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

RPK dalam artikel yang bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" telah mendedahkan salinan-salinan fail dan dokumen siasatan kes rasuah yang dikerjakan oleh Azmin Ali. Fail-fail tersebut disimpan oleh pegawai BPR pencen itu dengan tempoh yang lama sebelum diserahkan kepada RPK.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya membuat laporan Polis mengenai dakwaan RPK berkenaan maklumat sulit yang diperolehi oleh RPK daripada seorang bekas anggota BPR yang amat kecewa kerana kertas siasatan rasuah Azmin Ali itu, dibiarkan terhenti begitu saja.

Sejak tahun 1995, segala siasatan kes rasuah ke atas Azmin Ali dikatakan oleh RPK telah dihentikan atas arahan daripada Anwar Ibrahim sendiri. Tak mahu sembang banyak, mari baca sendiri kertas-kertas siasatan tersebut.


Kertas siasatan ini dimulakan dengan pernyataan sebagai laporan ringkas kes pemilikan harta oleh Azmin Ali yang disyaki amat meragukan. Anda akan berjumpa dengan perkataan-perkataan 'YDS' yang pada hemat kami berkemungkinan besar bermaksud Yang Disyaki (Azmin Ali).

Sila baca dengan tenang kertas-kertas siasatan ini yang menunjukkan kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin Ali dan isterinya Shamsida Taharin, berbanding pendapatan bulanan mereka. Maka jelas amat tidak seimbang di antara pendapatan dengan perbelanjaan yang dikeluarkan dalam tempoh sewaktu menjawat jawatan setiausaha sulit TPM (Anwar).



Dalam tempoh yang tidak berapa lama menjawat jawatan setiausaha sulit Anwar Ibrahim, bagaimana isteri Azmin Ali, Shamsida Taharin mampu memiliki saham bernilai lebih RM 6 ratus ribu?


Akaun bank sendiri dan isteri ada duit berjuta-juta ringgit?



Laporan oleh Wan Yusoff bin Wan Ibrahim tentang Azmin Ali yang disyaki menjalankan aktiviti rasuah, mengumpul harta untuk kepentingan peribadi sepanjang bekerja dengan Anwar Ibrahim.



Azmin Ali (Sekarang Menteri Besar Selangor) pernah mendapat layanan mewah 
daripada Vincent Tan, gaji bulanan RM 15,000, keahlian kelab eksklusif percuma?





Pendapatan ketika itu baru dalam lingkungan RM2,377 plus minus elaun dan lain-lain sekalipun, 
agak tidak logik untuk mampu beli saham, harta benda dan miliki duit juta-juta dalam bank?


Naik loya pula tekak bila membaca satu persatu..


Hari ini, Azmin Ali sudah menjadi Menteri Besar bagi negeri Selangor Darul Ehsan. Suka untuk diingatkan bahawa apa yang terbongkar ini ada membawa makna-makna yang tertentu. Adakah MB yang dimiliki oleh rakyat Selangor pada hari ini ialah seorang yang benar-benar jujur, amanah, bersih dan tidak pernah mengaut kekayaan demi kepentingan peribadi melalui rasuah dan salahguna kuasa?


Nasiblah rakyat Selangor.........

Wednesday, 24 September 2014

Gambar Anak-Anak Sekolah Agama Johor 'Diajar' Pegang Anjing?

Anak-anak adalah umpama kain yang putih. Dicorakkan dan diwarnakan oleh ibu bapa, penjaga, serta orang-orang yang lebih dewasa daripada mereka. Anjing adalah sesuatu yang amat sensitif bagi Melayu Islam sejak sekian lama. Anjing dilambangkan sebagai sesuatu yang taboo dan amat pantang untuk disentuh oleh orang Melayu Islam. Bukan membenci anjing, tetapi itu adalah satu tanda dan sokongan kepada sunnah Nabi SAW.

Tak perlu cerita panjang, nabi bela anjing pun duduk jauh-jauh dari anjing. Nabi bersabda malaikat tak masuk rumah kalau ada bela anjing. Artikel ini tak mahu ulas panjang tentang apa yang berlaku. Tapi artikel ini akan melepaskan tanggungjawab berfikir kepada anda semua. Masing-masing ada akal fikiran, jadi fikirlah sendiri.





Gelagat anak-anak Melayu Islam yang memakai Baju Melayu Teluk Belanga lengkap bersongkok ini amat mencuit hati kami melihat mereka bermain-main dengan anjeng yang kelihatan jinak tersebut. Sungguh gembira mereka yang belum tahu apa-apa dan masih berada di bangku sekolah rendah. Tertanya-tanya pula adakah mereka tahu cara menyamak diri selepas memegang haiwan seperti anjing?


Apa? Anjing boleh dipegang? Pegang anjing tak perlu disamak kalau bulunya kering? Ya, siapa kata pegang anjing tak boleh? Siapa pula kata anak-anak berbaju Melayu Teluk Belanga ni semua bermandi manda dengan anjeng. Tapi tak siapa pun mampu 'confirm' kan bulu anjeng ni kering. 


Kanak-kanak yang beruniform sekolah agama Johor ini kelihatan bermain-main dengan anjing setelah diajar ataupun diterangkan tentang anjing oleh seorang makhluk bernama Shahrul Anum Baharin. Itu nama facebook beliau. Mungkin nama sebenar beliau lain gamaknya. Kalau dilihatkan namanya, ada kemungkinan Shahrul Anum Baharin ini berketurunan Islam. Tapi artikel ini tidak berniat untuk menuduh Shahrul Anum Baharin ini sebagai Islam pun.

Shahrul Anum Baharin bercumbu bersama pasangannya
Dalam masa yang sama, adakah kita faham agenda mencintai haiwan dengan agenda tertentu adalah sama? Bak kata orang sekarang, minda yang berfikir tidak boleh disekat dengan apa-apa pun. Hujah dibalas dengan hujah. Kalau tak tahan, jangan buat. Mudah bukan?

'Pluralisma agama' dikatakan sebagai fahaman yang menyamaratakan semua agama. Fahaman ini turut didokong oleh sekelompok umat Islam yang dikenali sebagai 'Islam Liberal'. Ia menekankan ciri keterbukaan dan kebebasan dengan menggunakan logik akal dalam mentafsir ajaran Islam. Fahaman ini sentiasa bertentangan dengan kaedah pentafsiran Islam yang tulen.

Mempertikaikan Al-Quran dan Hadith dan mengikuti pandangan orientalis barat adalah hukum yang dipakai oleh kelompok 'Islam Liberal' ini. Islam adalah samarata dengan semua agama lain dan tujuan semua agama adalah sama sahaja di sisi mereka.

Shahrul Anum Baharin ini mengakui dirinya sebagai pencinta anjeng
Shahrul Anum Baharin merokok sambil membelai anjing-anjingnya

Shahrul Anum Baharin dan pasangan Mat Salehnya
 Apakah motif seorang yang berpenampilan tidak lagi seperti wanita berketurunan Melayu dan beragama Islam ini untuk mendekatkan anak-anak kecil ini dengan anjeng-anjeng? Langkah kecil seperti ini lazimnya bermatlamatkan sesuatu yang tersirat dan amat merbahaya jika difikirkan kembali. Mungkin anda tidak berfikir begitu? Jadi bagaimana?

Mengajar menyayangi anjeng kepada anak-anak Melayu yang bersekolah agama

'Mendidik' sesuatu dalam hati anak-anak Melayu Islam ini

Tuesday, 23 September 2014

10 Dosa & Kejahatan Pengguna Jalanraya di Malaysia



Peringatan
Artikel ini menggunakan bahasa yang keras dalam menegur perangai dan sikap para pemandu jalanraya di Malaysia yang sangat menyakitkan hati. Usaha ini diharap ditanggapi dengan jiwa besar dan muhasabah diri sekiranya ada di antara teguran yang dilontarkan, tepat mengenai batang hidung anda sendiri. Sila jangan baca kalau hati cepat terasa, terima kasih.

1.       Pandu perlahan di lorong laju/lane kanan sekali

Inilah dosa paling besar bagi pengguna jalanraya yang amat wajar dihumban ke dalam neraka apabila telah mati kelak. Perangai bodoh dan tak sedar diri yang amat tidak bertanggungjawab ini sangat menyusahkan pemandu kenderaan lain di jalanraya. Hari ini kalau di atas lebuhraya PLUS yang ada 3 lane, lane yang paling mudah nak memotong hanyalah lane paling kiri sekali saja. Sebabnya, ada berjuta pemandu bodoh yang memandu macam siput babi di lane tengah dan lane kanan sekali. Merekalah punca masalah sesak jalanraya dan merekalah pemikul dosa besar sebab akibatkan jutaan pemandu lain terpaksa memotong di lane tengah ataupun kiri sekali.

2.       Menggunakan lampu Xenon/HID

Ini juga adalah suatu dosa yang amat besar dan tak boleh diampunkan lagi. Sudah terlampau banyak pemilik kereta yang tidak berperikemanusiaan yang mengubahsuai lampu-lampu kereta mereka menjadi lampu Xenon berwarna putih atau biru terang. Mereka ini ibarat iblis yang memandu di waktu malam hanya untuk menyakitkan pandangan pemandu lain dengan lampu silau jahanam mereka. Akhirnya pemandu-pemandu lain terpaksa merana akibat panahan lampu silau tahap mega mereka itu. Apakah semua pegawai JPJ sudah menjadi buta hingga tak pernah lansung bertindak menentang penggunaan lampu jahanam ini?


lampu Xenon yang celaka
3.       Memandu terlampau lembab di jalan satu lorong

Penyakit memandu lembab macam siput babi ini biasanya dihidapi oleh para pemandu yang merasakan jalanraya di negara Malaysia ini ialah milik bapak mereka sendiri. Bukan sahaja memandu perlahan bagaikan siput babi di atas jalan satu lane, tetapi haram pula nak bagi orang lain memotong kenderaan dia yang jahanam tersebut. Dipandunya betul-betul di tengah jalan, lansung tak mahu memandu sedikit tepi agar kenderaannya dapat dipotong, mereka ini wajar dihumban ke dalam lubang gunung berapi di kepulauan Hawaii. Jangan lupa hempok kepala mereka dengan stereng kenderaan mereka yang menyusahkan orang ramai dahulu sebelum dicampak ke lubang gunung berapi Hawaii tersebut.

4.  Lampu isyarat dah hijau, masih buat bodoh tak jalan-jalan

Pemandu-pemandu sebegini kemungkinan besar telah dihasut iblis dan syaitan untuk menjahanamkan anak-anak Adam lain yang sedang rushing ke tempat-tempat yang ingin mereka tuju. Kerana pemandu-pemandu yang mengikut hasutan iblis dan syaitan ini, habis pemandu di belakang lambat dan tak sempat menikmati kehijauan lampu isyarat tersebut. Apakah motif mereka sengaja melambat-lambat memasuk gear satu / D, lepas hand brake dan tekan minyak? Sudah tentulah sebabnya mereka ini mengikut hasutan iblis dan syaitan. Maka telah berjayalah misi iblis untuk menyesatkan anak-anak Adam di jalanraya. Habis pemandu lain terpaksa hadap lampu merah oleh lampu isyarat jalanraya Malaysia yang sistemnya sangat lapuk itu.

5.       Masuk simpang tak bagi signal

Ini adalah salah satu amalan primitif yang biasa dilakukan oleh golongan orang asli di pedalaman Zimbabwe akibat tidak mampu memasang lampu signal kiri dan kanan pada kenderaan masing-masing. Kebengapan mereka ini walaubagaimanapun telah mengakibatkan jutaan pengguna jalanraya lain terpaksa menunggu sambil tertanya-tanya apakah pemandu hina itu akan masuk simpang atau straight sahaja. Namun, ternyata pemandu otak udang itu masuk ke simpang tanpa rasa bersalah mengakibatkan orang lain tertunggu-tunggu dan lambat bergerak. Apakah layak spesis pemandu otak udang banyak telan semut sebegini menerima laknat?

6.       Parking di bahu jalan yang sempit dan 'double park'

Ada kemungkinan bahawa otak manusia-manusia yang begitu gemar men-'double park' ataupun  parking di tepi jalanraya yang sibuk dan sempit ini telah dipenuhi dengan cacing-cacing pita. Cacing-cacing yang memenuhi otak para pemandu yang gemar parking ikut sukahati ini telah memakan dan merosakkan sel-sel otak pemandu-pemandu sebegini. Akibatnya, mereka menjadi bodoh dan terlalu bangang untuk memikirkan tentang orang lain. Kerajaan seharusnya mewartakan undang-undang untuk memberi kebenaran kepada orang awam untuk memecahkan cermin tingkap kereta-kereta yang suka parking ikut suka hati ini supaya sel-sel otak mereka dapat berhubung kembali dengan jayanya.


double park, parking di jalan yang sempit = bodoh
7.       Malas servis kenderaan sampai asap ekzos hitam berkepu-kepul

Untuk bersangka baik, kemungkinan pemilik kenderaan yang berasap hitam tebal dan berkepul-kepul ini sebenarnya ialah seorang yang begitu mencintai alam sekitar yang kotor. Mereka ini sangat bertanggungjawab untuk menambahkan bilangan pesakit batuk, TB, kanser serta masalah penyakit pernafasan di negara Malaysia ini. Bukan sekadar itu, mereka ini amat menyayangi wang dan duit mereka untuk menyervis kenderaan mereka akibat dari sifat berjimat cermat yang disemai oleh ibu bapa mereka. Kebiasaannya, orang-orang baik yang sebegini akan mati cepat kerana berjiwa suci. Maka ayuhlah kita mendoakan pemergiaan mereka dengan segera ke alam baqa.


8.       Bawak kereta suka ‘brake-brake’

Bukan break-dance dan bukan juga Brad Pitt. Kejahanaman pemandu-pemandu yang begitu gemar memijak pedal brake ketika sedang memandu di jalan yang kosong, lurus dan tiada halangan, begitu menjengkelkan dan meloyakan tekak pemandu yang terpaksa mengikut di belakang pemandu bangang begitu. Sudahlah jalan di hadapan kosong tiada kenderaan di hadapan mereka, bawa pula kejap laju kejap perlahan. Tiada angin tiada ribut, sikit-sikit brake, sikit-sikit brake. Apa bontot kenderaan kau dah lapar nak kena sondol dengan jengkaut ka? Sila bawa laju-laju dan masuk ke dalam parit. Semoga kenderaan yang suka sangat ditekan pedal brake nya itu akan brake buat selamanya.

9.       Suka memandu perlahan untuk tengok kemalangan di tepi jalan

Inilah dia sikap keprihatinan yang amat menebal dalam diri para pemandu kenderaan di Malaysia yang amat suka memandu perlahan hingga jalanraya di belakang jadi sesak/jammed hingga jutaan kilometer jauhnya. Bukannya turun membantu, tapi sekadar memandang. Mungkin kerana ingin menjiwai peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, puluhan juta pemandu Malaysia amat gemar memandang segala kemalangan yang berlaku di tepi jalanraya. Maka mereka inilah yang menjadi batu penghalang ke-produktivitian rakyat Malaysia yang lain dengan menyesakkan jalanraya. Semoga mereka juga akan kemalangan supaya orang lain pula dapat memandang dan tengok mereka.

10.   Membuang sampah keluar tingkap di atas jalanraya

Membuang sampah seperti plastik, botol air, tin-tin kosong serta sampah-sampah lain (puntung rokok dimaafkan sebab cukai yang terlalu tinggi dibayar oleh para perokok kepada kerajaan) adalah salah satu amalan jijik yang diwarisi oleh sejenis beruk yang baru berevolusi menjadi manusia. Mungkin rupa sahaja macam manusia tapi pemikiran dan siviknya sama macam beruk, monyet ataupun babi hutan. Ini kerana beruk, monyet dan babi hutan yang hidup liar di hutan sana semuanya tidak perlu fikir tentang kebersihan dan kesucian alam sekitar. Jikalau pemandu kita suka membuang sampah merata-rata di atas jalanraya, apakah bezanya dengan babi hutan yang menyondol taik di dalam limbah? Kedua-duanya adalah pengotor bukan?