Showing posts with label Slider1. Show all posts
Showing posts with label Slider1. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

'Inferiority Complex' Melayu Generasi Y


Minda anak muda Melayu kian ketat dijajah. 'Inferiority Complex' dalam kalangan Melayu Islam, makin parah hari demi hari. Orang Melayu telah menanam rasa rendah diri dalam 'subconscious mind' (minda bawah sedar) mereka sendiri apabila 'self inferiority' mereka kian menebal apabila melihat kemajuan kaum-kaum lain.

Semangat bersaing, gagah beradu kekuatan dan megah mempamerkan kehebatan hanya dituju kepada bangsa sendiri, tetapi tidak sesekali dituju kepada bangsa-bangsa lain. Melayu Gen Y ini tidak memiliki keberanian membuat perkara yang sama di hadapan kaum lain. Ini realiti majoriti Melayu Gen Y. Melayu Gen Y amat selesa menjadi jaguh kampung.

Situasi pada hari ini menunjukkan akan terjadi 'negative downfall' dalam bangsa Melayu pada masa hadapan. Ini diburukkan lagi dengan cara berfikir mereka yang terlalu 'apologetic' dengan perkara-perkara 'milik' mereka sendiri. Perkara yang tidak menjadi isu pada 15 tahun yang lalu misalnya, dijadikan seperti isu besar hanya kerana takut menyakitkan hati kaum yang lain. Melayu Gen Y sanggup memaki rakan sebangsanya sendiri kerana takut orang lain terganggu atau terusik. Apologeticnya mereka, hingga baju dalam sendiri pun suka diberikan kepada orang lain.

Pemahaman tentang budaya dan agama kaum lain juga hanya difahami secara 'surface' dan kulit sahaja. Namun berkokoknya dia bagaikan ayam betina baru bertelur. Riuh bunyi satu kampung. Maka reaksi terhadap apasaja tindakan oleh bangsa sendiri ditanggapi dengan paranoid yang melampau. Anehnya, Melayu muda Generasi Y merasakan mereka sudah matang dan berfikiran terbuka. Malangnya tanpa mereka sedari, pemikiran subconscious mereka telah terjajah dengan sikap rendah diri yang semakin membarah. Ini akibat bila anak bangsa tidak memiliki jati diri lagi.

Kefahaman yang nipis tentang budaya dan syiar agama sendiri menjadikan masalah apologetic keterlaluan ini semakin parah. Paranoid dengan bangsa sendiri, tapi lansung tak sensitif sikit pun dengan orang lain. Tidak faham tradisi dan sejarah bangsa, tambah mengusutkan jiwa mereka. Siapa yang patut dibela? Mana letak duduk sesuatu perkara? Semuanya tidak terlintas lagi di fikiran Melayu Generasi Y. Yang penting, senyum saja bila orang lain datang sepak atau pelempang.

Tamat pengajian dalam kursus ijazah sarjana bukan bererti mereka yang merasakan diri telah pandai ini tidak terjajah mindanya. Hakikat bahawa jiwa anak muda Melayu hari ini telah kosong dengan jati diri agama, bangsa dan tanah air, sesuatu yang hakiki. Mereka tidak lagi kenal diri, bangsa dan agama mereka sendiri lagi. Maka Melayu Generasi Y hari ini merasakan tidak ada apa-apa yang harus dipertahankan sebagai hak dan milik bangsa sendiri. Hanya apologetic semata-mata dan beri segalanya.

Anak-anak Melayu muda hari ini, perlu cari semula hujung pangkal keturunan dan tiang seri agamanya. Hidup hari ini adalah untuk mewarisi segala yang telah diperjuangkan oleh 'orang muda Melayu' ratusan tahun nan lalu. Pandangan jauh ke depan merekalah yang meletakkan kita di kedudukan sekarang. Maka fikirkan pula anak-anak, cucu cicit yang bakal lahir ratusan tahun akan datang pula. Persoalannya apa yang anak muda Melayu hari ini mampu wariskan? Sebab anak muda Melayu hanya tahu menggadai miliknya saja.

Kepada para pemudi, lebihkan mengguna akal daripada hati. Mulut gadis Melayu muda memang becok bila memberi komentar. Namun kerapkali melulu dan tidak memandang apa akan terjadi seratus tahun akan datang. Pandangan jangan singkat, mengumpat jangan dibuat, adu domba berhentikan. 


Para pemuda sekalian, jangan sampai jadi macam Pak Pandir, yang menangnya sorak kampung tergadai. Teruskan menjadi lelaki yang tahu letak duduk hak-hak bangsa dan agamanya. Sebarkan syiar budaya dan bangsa tanpa rasa kecil bagai mentimun dengan durian. Kalau betul masih mengusung telur!


Sebab tanah yang dipijak dari Perlis hingga ke Johor ini, asal namanya Tanah Melayu. Serta Sabah dan Sarawak, wangsa Nusantara. Benua Melayu hingga akhir zaman.
HZ

Monday, 13 October 2014

(Video) Saifuddin Abdullah; Masih Relevankah dalam UMNO?


Artikel ini bertujuan untuk membuat rumusan samada Saifuddin Abdullah ini ialah seorang yang masih relevan kehadirannya dalam arena politik Malaysia di bawah panji-panji UMNO ataupun tidak. Apakah perlakuan-perlakuan dan aktiviti beliau mencerminkan wajah UMNO atau sebaliknya. Tindakan segera perlu diambil dalam meneliti liabiliti yang ditanggung oleh UMNO akibat menanggung biawak hidup. 


Klik Video

Ahli Politik UMNO Yang Gagal?

Ramai yang perasan tentang kewujudan sosok bernama Saifuddin Abdullah ini di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Gagal mempertahankan jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi akibat gagal mempertahankan kerusi BN di ParlimenTemerloh, ternyata slogan ‘new politics’ nya tidak relevan. ‘Result’ menjelaskan semuanya.

Gagal mendapat kepercayaan majoriti warga Temerloh kerana suka berkata “itu bukan kerja saya” apabila timbul masalah tempatan, nyata Saifuddin ini bukanlah seorang yang ‘berjiwa rakyat’. Gagal mempertahankan kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh, adalah kayu ukur jelas bahawa Saifuddin ini tidak diterima oleh akar umbi UMNO.

Dari sudut hubungan Saifuddin dengan media pro-kerajaan termasuk media, sudah diketahui ramai ia amatlah keruh. Tidak mesra media offline dan online akibat kesombongannya membuatkan media malas lagi untuk ‘memperbaiki’ imejnya yang makin buruk di mata majoriti orang Melayu dan pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang lain.

Maka, dari segi profesyennya sabagai ahli politik UMNO, Saifuddin ini ialah seorang politikus UMNO yang gagal.

‘Trojan Horse’ Anwar Ibrahim?

Seseorang individu boleh dikenali sebagai Trojan Horse apabila memiliki tanda-tanda tertentu. Tanda-tanda tersebut boleh dibaca dari segi perangai, ucapan, ‘body language’ dan keputusan-keputusannya yang sering bertentangan dengan ketetapan umum di tempat Trojan Horse tersebut berada.

1.       Membelakangkan Kerajaan dengan berkempen mansuhkan AUKU

2.       Memberi sokongan kepada gerakan mahasiswa anarki

3.       Mengatakan isi kandungan Buku Jingga adalah baik

4.       Menyebut Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang hebat di hadapan mahasiswa UM

5.       Menjadi jemputan dalam setiap majlis-majlis anjuran NGO-NGO dan gerakan liberal

6.       Menjadi sahabat kepada banyak individu-individu anarki dan anti establishment

7.       Menjadi pemuka utama gerakan mansuhkan Akta Hasutan (1948)

Menentang AUKU yang mendisiplinkan para pelajar IPTA/IPTS

SEKSYEN 15 (1) AUKU menyebut seseorang pelajar Universiti tidak boleh menjadi ahli mana-mana parti politik, persatuan dan pertubuhan yang menyalahi undang-undang, badan atau kumpulan yang ditetapkan tidak boleh oleh Menteri selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu.

Persoalannya, kenapa undang-undang yang bertujuan untuk mendisiplinkan pelajar pula beriya-iya mahu dimansuhkan? Andaikata dilihat kepada tokoh-tokoh muda pembangkang sekalipun, ramai di antara mereka adalah dari golongan cerdik pandai yang lahir di bawah AUKU. Apa masalahnya? Malah ramai 1st Class Malays hari ini pun belajar di IPT di bawah AUKU.

Namun, apa yang diperolehi oleh budak-budak macam Adam Adli, Khalid Ismath, Safwan Anang dan ramai lagi yang segolongan dengannya dengan melawan AUKU ini? Zero.

Saifuddin Abdullah dan Gerakan Hapus Akta Hasutan.



Sebagai sosok UMNO yang pernah menjadi Ahli Parlimen dan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, Saifuddin sepatutnya sudah memahami darah daging perjuangan yang sepatutnya dibawa olehnya. Bukan menjadi seperti Chua Jui Meng, Saifudin Nasution, Muhammad Taib atau Anwar Ibrahim yang sangat hipokrit. Apakah faedahnya menjadi hipokrit dan talam dua muka? Nah, kalau benar bukan Trojan Horse, angkat sajalah kaki dari UMNO dan peluk sajalah Anwar Ibrahim. Sama-sama MCKK pun. Satu sekolah.

Dalam video ucapan Hari Malaysia oleh Saifuddin dalam Dewan Cina bersama budak-budak Anarki dan orang-orang kuat pakatan rakyat, dia jelas menekan presiden UMNO, Najib Razak sendiri untuk mansuhkan Akta Hasutan yang bertindak untuk mencegah perbuatan menghasut yang boleh menjejaskan keamanan negara. Kita wajib menerima hakikat bahawa Malaysia ialah sebuah negara majmuk berbilang kaum yang sebenarnya memerlukan perlindungan undang-undang daripada tindakan menghasut.

Kemanan negara ini sebenarnya sangat ‘fragile’ dan mudah dihuru-harakan dengan hanya menimbulkan sedikit ‘spark’ sahaja. Isu-isu kedaulatan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu, agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan isu-isu lain yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mudah dipermainkan akhir-akhir ini. Pelbagai hinaan, cacian dan hasutan yang dibuat agar institusi Raja-Raja Melayu dihapuskan misalnya, adalah satu cubaan jahat yang mencabar jiwa dan perasaan sanubari majority orang Melayu di negara ini. Maka ramai yang didakwa di bawah Akta Hasutan ini kerana kebiadaban tersebut.

Lalu apakah halangan mereka kepada matlamat mereka? Tentulah Akta Hasutan (1948) ini yang menjadi batu penghalang yang menyekat niat jahat dan mulut jahat mereka untuk bercakap sesuka hati menyebarkan dakyah kepada khalayak umum.

Bukan saja menekan presiden partinya sendiri, dia turut menyindir rakan-rakan partinya yang berdiri teguh mempertahankan Akta Hasutan yang boleh mendakwa ahli parlimen mulut lancang di dalam Dewan Rakyat. Apakah dosa undang-undang yang akan menghalang sesiapa daripada menghasut dan memburukkan  institusi raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, agama Islam, dan banyak lagi asas-asas penting dalam negara ini?

5 Soalan untuk Saifuddin

1.       Adakah Saifuddin Abdullah suka semua orang bebas bercakap sesuka hati tanpa adab dan peraturan berbanding kepentingan untuk keamanan dan keharmonian negara yang berbilang kaum?

2.       Butakah mata dan pekakkah telinga Saifuddin Abdullah ini dengan posting-posting menghasut di media massa dan internet yang terus menerus mencabar asas-asas negara ini?

3.       Kenapa Wanjie yang mahu Malaysia menjadi negara Republik, mahu mansuhkan institusi Raja-Raja Melayu dan anarki itu lebih dipertahankan dan dibela oleh Saifuddin Abdullah kononnya sebagai kebebasan bersuara?

4.       Apa niat tersirat sebenar Saifuddin ini yang mempergunakan istilah ‘new politics’ untuk menghalalkan aktiviti-aktiviti ‘anti-establishment’ yang sangat jelas dipengaruhi gerakan-gerakan konco-konco Anwar Ibrahim?

5.       Adakah Saifuddin Abdullah ini masih ingat dan tahu apakah dia 6 asas-asas dan tujuan utama UMNO selaku parti yang diwakilinya?

Pecat Keahlian UMNO Saifuddin Abdullah?

Tindakan-tindakan menongkak arus yang dipamerkan oleh Saifuddin Temerloh ini jelas menunjukkan perjuangannya bertentangan dengan dasar-dasar perjuangan UMNO. Memiliki belang yang sama seperti Zaid Ibrahim, Saifuddin ini wajar dipecat saja kerana menjadi duri dalam daging di dalam UMNO. Ibarat barah, kalau lambat dicegah maut menunggu.

Percayalah, tidak akan ada gelombang yang akan mengikuti jejak Saifuddin ini bila dibuang nanti. Hanya ombak-ombak kecil yang tiada kesan lansung saja yang terjadi. Itupun, datang daripada puak pembangkang sahaja. Janganlah risau, parti-parti pembangkang terutamanya PKR sajalah tempat pembuangan sampah-sampah UMNO. Paling tidak pun, Muhammad Muhammad Taib pun membuangkan dirinya ke dalam PAS kononnya bagi mencuci dosa-dosanya yang telah lalu.

Apakah track record Saifuddin Abdullah semasa memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi selain memansuhkan beberapa bahagian dalam AUKU? Zero. Selain itu, track record Saifuddin Abdullah ini hanyalah memperjuangkan pemansuhan ISA dan hari ini, mahu mansuhkan Akta Hasutan pula. Apa lagi yang dia tahu? Mansuh, mansuh, mansuh! Kemudian, bersakan dengan anarki dan puak Pakatan Rakyat.

Pertahankan Akta Hasutan (1948)

Kata orang-orang lama, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. ISA telah dimansuhkan oleh UMNO sendiri mengakibatkan PDRM gagal melaksanakan tugas mereka dengan berkesan. SOSMA pula takkan dapat menandingi kekuatan ISA yang telah dibunuh oleh kerajaan.
Sedang negara-negara maju seperti Singapura masih memiliki ISA dan Amerika Syarikat memiliki Patriot Act, kenapa negara kita mengambil langkah ke belakang hanya kerana ditekan orang-orang bodoh yang mengatakan undang-undang tersebut sebagai ‘draconian’ dan tidak baik?

Wahai UMNO, buang sajalah biawak yang dipikul UMNO selama ini. Cabut sajalah duri yang melekat dalam daging UMNO selama ini. Dan jangan buang masa lagi memelihara sosok yang kononnya cerdik pandai sangat ini. Tidak elok untuk kita bersikap double standard dengan Zaid Ibrahim.

UMNO jangan jadi macam PAS

Adakah UMNO juga mahu menerima nasib yang sama seperti PAS yang sudah dicrett dengan benih-benih proksi Anwar Ibrahim sehingga mengakibatkan wujudnya golongan Anwarinas di dalam PAS? Mungkin pelik pemikiran ini untuk terjadi dalam UMNO, namun inilah politik. Semuanya adalah possible. UMNO wajib hapuskan semua kuda tunggangan, trojan horse, tali barut, Si Kitol, you name it lah siapa saja dalam UMNO ini sebelum terlambat dan jadi macam PAS. 

Apabila dihitung dan dicongak kembali, tidak akan ada apa-apa gelombang pun yang akan timbul hasil dari tindakan membuang 'pemimpin' yang sebegini. Percayalah, banyak lagi perkara-perkara anti-establishment yang dibuat olehnya termasuklah mengkritik menteri undang-undang sendiri, tanpa mengikut saluran dalaman. Maka, buang sajalah 'pemimpin yang terbuang' sebegini sebelum rakyat pula yang membuang UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang.



Thursday, 25 September 2014

Yayasan Guru Tun Hussein Onn: Faedah Besar Buat Guru-Guru Malaysia


Guru-guru ialah seperti lilin yang membakar dirinya sendiri. Menerangi yang lain dengan ilmu pengetahuan di sepanjang hayatnya. Merekalah sebenarnya yang melahirkan jurutera, saintis, doktor, malahan Perdana Menteri sendiri mula dididik oleh seorang guru.

'Cikgu', panggilan paling mesra didengari di setiap sekolah. Baik di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Tidak mengharap gaji yang lumayan, tetapi merekalah asas yang melahirkan generasi bijak pandai di kemudian hari.

Latar Belakang & Tujuan (7 April 2014)

Dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan bertujuan menubuhkan perbadanan Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Yayasan itu akan mengambil alih fungsi dan peranan Kumpulan Wang Simpanan Guru yang dicadang dibubar oleh rang undang-undang tersebut.

Bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 7 April 2014

Sejarah Kumpulan Wang Simpanan Guru

KWSG yang kini boleh dikira sama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Ditubuhkan pada tahun 1960 bertujuan sebagai sebuah tabung persaraan khusus bagi para guru.

Ahli-ahli ketika itu perlu membuat caruman bulanan sekitar enam peratus daripada gaji masing-masing.
Suruhanraya Diraja Aziz 1968

Perlaksanaan sistem `Gaji Aziz' membuatkan guru-guru diletakkan di bawah skim perkhidmatan yang disatukan serta bertaraf kakitangan kerajaan dan berpencen.

Majoriti pencarum KWSG mula menghentikan caruman mereka pada 1972, dan tahun-tahun berikutnya.

Sekitar 2,000 guru yang menolak opsyen `Gaji Aziz' tadi.

Hasil Caruman KWSG sehingga 2001

Sehingga 31 Disember 2001, KWSG (kini diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan) menyelenggarakan akaun seramai 14,039 pencarum membabitkan jumlah hasil sehingga RM110 juta.

Bilangan tersebut termasuklah dua ahli yang masih aktif membuat caruman dan mereka yang belum layak mengeluarkan caruman masing-masing (belum mencapai usia wajib persaraan: 55 tahun) di samping sekitar 2,500 pesara guru yang layak mengeluarkan caruman berjumlah sekitar RM27 juta tetapi masih belum berbuat demikian setakat 2001.

Caruman oleh pencarum terakhir telah pun berakhir pada tahun 2006 yang lalu.

Berapa Tunai dan Aset KWSG Sekarang?

Menurut Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, jumlah wang tunai yang ada pada KWSG kini (Jun 2014), ialah RM47,761,320 dan memiliki asset sebesar RM254,931,779
(lebih dua ratus lima puluh juta ringgit!)

Semua tunai dan asset ini bakal dipindahkan ke bawah Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Apa Selepas KWSG?

Di bawah Akta 550 (Seksyen 153) Akta Pendidikan 1996, arahan pembubaran mana-mana tabung kewangan hanya boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dan setelah mendapat nasihat daripada Menteri Kewangan.

Dana dan aset KWSG ternyata cukup banyak dan besar sehingga ke hari ini, termasuklah Wisma KWSG setinggi 22 tingkat di Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.

Wisma KWSG di Kuala Lumpur

KWSG Pasca 2006 dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn

16 Mei 2007, Kerajaan mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn sebagai salah satu usaha untuk menjaga kebajikan dan pembangunan para guru.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata yayasan berkenaan akan mempunyai modal sebanyak RM300 juta dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Fungsi utama Yayasan Guru Tun Hussein Onn adalah kebajikan guru-guru seperti masa kecemasan, khairat dan banyak lagi. Ia adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menambah baik kerjaya perguruan dan memelihara kebajikan para guru.

Penubuhan yayasan itu akan dilaksanakan dengan menggabungkan keupayaan sedia ada menerusi entiti tertentu seperti Kumpulan Wang Simpanan Guru dan Yayasan Guru Malaysia Berhad yang ditubuhkan pada 1994 di bawah Akta Syarikat 1995 sebagai sebuah Syarikat Berhad Menurut Jaminan.
Yayasan Guru Tun Hussein Onn Pasca Abdullah Badawi dan Hishammuddin Hussein

23 Oktober 2010, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk digunakan sebagai satu tabung untuk kebajikan guru-guru melalui penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Langkah itu akan dijalankan melalui pengambilalihan Kumpulan Wang Simpanan Guru sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga telah bersetuju untuk menambahkan dana sebanyak RM10 juta untuk membiayai aktiviti yayasan berkenaan.

Yayasan Guru akan mengambil alih pengurusan asset dan kewangan KWSG.

Bangunan Wisma KWSG yang menjadi aset amat bernilai yayasan guru ini

Fungsi Yayasan Guru Tun Hussein Onn Setelah Diperbadankan

Membantu kementerian mengelola aktiviti melibatkan kebajikan para guru

Membantu mana-mana pihak dalam kajian memperbaiki mutu pendidikan negara

Membantu dan menjaga kebajikan para guru

Membantu dari segi pendidikan anak-anak para guru

Melaksanakan apa-apa yang difikirkan sesuai dan selari dengan Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn setelah diperbadankan.

Faedah dan Rahmat Besar Buat Warga Pendidik, Guru-Guru.

Bayangkan, dengan jumlah wang tunai yang ada pada KWSG sebelum ini sebanyak
RM47,761,320 dan aset sebesar RM254,931,779 yang bakal dipindahkan ke bawah Yayasan Guru Tun Hussein Onn, apakah yang nikmat yang bakal diperolehi oleh semua warga pendidik dari segi kebajikan mereka.

Semoga wang dan asset yang besar ini dapat digunakan sepenuhnya bagi memenuhi fungsi-fungsi Yayasan Guru Tun Hussein Onn ini, tanpa apa-apa salahguna dan penipuan.

Kerajaan dalam masa yang sama akan berupaya untuk menjimatkan kewangan dan boleh menumpukan kepada program-program pembangunan ekonomi dan lain-lain. 

Para guru mesti menunjukkan teladan yang baik kerana mereka adalah contoh kepada murid-murid


Koperasi: Model Perniagaan Mesra Bumiputra?


KOPERASI
Sejarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia

1.      Pada 1 Januari 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) Malaysia telah ditransformasikan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

2.      SKM adalah agensi dibawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Proses penubuhan koperasi

1.      Membuat permohonan kepada pengarah jabatan pembangunan koperasi melalui pejabat jabatan pembangunan koperasi di daerah /wilayah.

2.      Selepas mendapat kelulusan daripada jabatan pembangunan koperasi, sebuah jawatankuasa penaja yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang akan ditubuhkan untuk menjalankan tugas-tugas awalan. Tujuan penubuhan jawatankuasa penaja ialah –

a)         Menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan, koperasi asas , koperasi menengah, dan koperasi atasan
b)         Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain termasuk objektif penubuhan koperasi berkenaan
c)         Menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil yang disediakan oleh jabatan pembangunan koperasi
d)         Mendaftarkan bakal bakal ahli dalam satu daftaran dengan butiran merekakeahlian minimum ialah sekurangnya 100 orang ahli

3.      Selepas itu, mesyuarat agung permulaan /penubuhan akan diadakan. Tujuan mesyuarat agung ialah
a)            Mendapat ketetapan bakal ahli-ahli untuk menubuhkan koperasi
b)            Menerima undang-undnag kecil
c)            Memilih anggota lembaga pengarah koperasi

Seorang pegawai dari JPK akan datang untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab sebagai ahli dan aktiviti koperasi secara am

4.      Borang pendaftaran perlu dihantar kepada pendaftar koperasi tidak lewat daripada 7 hari selepas mesyuarat agung permulaan/penubuhan. Dokumen yang perlu disediakan ialah
a)      Borang permohonan pendaftaran yang ditandatangani oleh 10 ahli jawatankuasa penaja
b)      3 naskah undang-undang kecil yang membuat permohonan pendaftaran
c)      Minit mesyuarat agung yang ditandatangani oleh kehadiran minimum 50 orang .

5.      Selepas koperasi didaftarkan ,satu sijil perakuan akan dikeluarkan oleh ketua pendaftar sebagai bukti penubuhan koperasi.

CIRI-CIRI KOPERASI

a)      Ditubuhkan dibawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia
b)      Didaftarkan dengan Jabatan Pembangunan Koperasi
c)      Liabiliti Terhad
d)      Modal diperolehi melalui yuran, samada yuran bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli
e)      Agihan risiko, keuntungan dan kerugian berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli
f)       Diuruskan oleh Lembaga Pengarah yang dilantik oleh ahli-ahli koperasi semasa Mesyuarat Agung Tahunan
g)      Keuntungan koperasi diagihkan kepada ahli samada satu atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.

Koperasi adalah bentuk perniagaan yang perlu diterokai oleh orang Melayu

KELEBIHAN KOPERASI

a)      Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan semata-mata
b        Mewujudkan kerjasama dan tolong menolong antara ahli
c)        Liabiliti terhad
d)      Wujud secara berterusan - entiti secara berasingan
e)        Mendapat pelepasan cukai bagi koperasi baru atau yang berstatus kecil (tertakluk kpd terma-terma tertentu)
f)   Ditadbir secara demokrasi melalui pengundian
g)      Peluang mendapat modal tambahan melalui pinjaman Koperasi bagi tujuan perniagaan dan sebagainya.

KELEMAHAN KOPERASI

a)      Pulangan tetap dan rendah (namum ada sesetengah koperasi mampu memberi dividen yang tinggi kepada ahli-ahli mereka)
b)      Pemilikan saham terhad. Sesetengah koperasi menghad jumlah saham yang boleh dibeli dan dipegang.
c)      Aktiviti koperasi dikuasi oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.

d)       Operasi dikawal oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.