Saturday 6 September 2014

Lantik Wan Azizah Sebagai MB, Menentang Hukum ALLAH


Jangan main-main sama ana. Ana bukan keldai ataupun lembu. Ahli-ahli Majlis PAS Pusat pun jangan lupa ana ni PRESIDEN!! Bukan macai bawahan tukang pasang bendera! kurang ajar..

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebagai tidak mengikut landasan ajaran Islam.

"PAS menanggung masalah yang dibuat oleh 'rakan' dalam Pakatan"

"Tan Sri Khalid Ibrahim seorang yang amanah"

"Ramai orang PAS dan 'pemimpin' PAS jadi 'act', tak sedar diri"

"Langkah Kajang adalah cara yang tidak betul"

"Pemecatan Tan Sri Khalid adalah suatu langkah zalim"

"Pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor, bercanggah dengan hukum Islam"

"Raja bukan tunggul kayu"



(bagi yang mobile dan tak keluar box video ni)

Dalam melalui kemelut jawatan Menteri Besar Selangor yang berpunca dari keinginan Ketua Umum PKR, DS Anwar Ibrahim yang mahu agar Tan Sri Khalid meletakkan jawatan MB Selangor, dan digantikan pula dengan isterinya Wan Azizah, PAS selama ini dilihat terlalu menurut bagaikan keldai dicucuk hidung.

Namun dalam perkembangan terbaru di mana Presiden PAS sendiri mengeluarkan kenyataan sebegini dan turut mengemukakan 3 nama calon MB dalam kalangan ADUN PAS Selangor, telah menyebabkan corak permainan politik Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat dari parti PAS ini.

Sama-sama kita lihat apakah yang akan berlaku seterusnya setelah Sultan Selangor sendiri membuat keputusan. RAKYATPOST.

No comments:

Post a Comment