Saturday, 6 September 2014

Kenapa DS Najib nak sangat ganti Akta Hasutan dengan Akta Harmoni?



Malaysia bukan sahaja kaya dengan kepelbagaian bio, malah kaya dengan pelbagai budaya, bangsa dan agama.

A.    Sebab-Sebab Pemansuhan Akta Hasutan 1948

1.     Perdana Menteri, DS Najib pada 16 April 2012 di dalam Dewan Rakyat, telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Hasutan 1948.
           
2.     Pada 11 Julai 2012, Perdana Menteri telah berucap dan berjanji akan memansuhkan Akta Hasutan 1948.

3.     "Kerajaan telah membuat keputusan agar Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan menggantikan Akta Hasutan dibuat kerana mahu mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik di antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sesuai dan selaras dengan peruntukan dan jaminan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini." 

4.     Akta Hasutan dilihat men-jenayahkan kebebasan bersuara dan kebebasan ber-ekspresi apabila suara/tulisan/kata-kata/ekspresi tersebut termasuk di dalam lingkungan definisi menghasut di dalam akta tersebut. Maka ia dilihat sangat ‘merampas’ hak kebebasan sivil.

5.     Perlaksanaan Akta Hasutan telah menerima banyak kritikan dan dianggap satu 'akta draconian' dan mencacatkan imej negara yang mengamalkan sistem demokrasi

6.     Akta Hasutan juga akan mensabitkan pesalah hanya dengan terbukti keluarnya kata-kata atau ucapan yang boleh dianggap sebagai menghasut tersebut (strict liability), tanpa perlu mempersoalkan lagi apa sebenarnya niat si pelaku (mens rea).

7. Kerajaan mahu menuruti tekanan pelabur antarabangsa yang tidak mahu ada lagi 'akta draconian' seperti akta hasutan, ISA dan seumpanya lagi.


Barulah mudah sikit mereka ni nak berkempen dan sebarkan propaganda untuk tukar negara Persekutuan Malaysia ni menjadi negara Republik Malaysia. Tak gitu?


B. Ada 3 Rang Undang-Undang di Bawah Akta Harmoni Nasional

1.     RUU Jenayah Pembencian Kaum ( Rang I)
2.     RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional ( Rang II)
3.     RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (Rang III)
 

1.    RUU Jenayah Pembencian Kaum (Rang I)

Objektif Rang Undang-Undang
 
a.                         Menjadi langkah pencegahan yang akan mempromosikan pemeliharaan keharmonian negara dengan menghukum apa-apa tindakan api perkauman, kebencian serta melindungi hak kebebasan bersuara dan ekspresi dan apa-apa yang berkaitan.

Tindakan Jenayah
b.                         Rang Undang-Undang ini akan menghukum tindakan mencetuskan api kebencian kaum dan agama. Sesiapa yang dengan sengaja melakukan tindakan yang mengugut, mencetus, ugut mencederakan secara fizikal/harta, dengan motif perbezaan kaum dan agama, dia akan disabitkan bersalah di bawah undang-undang ini.

c.                         Seksyen-seksyen dalam rang undang-undang ini hanya spesifik kepada tindakan-tindakan yang mempunyai elemen yang akan mengakibatkan bahaya fizikal dan harta kepada seseorang dengan motif kaum dan agama.

d.                         Rang ini tidak akan menghukum tindakan-tindakan caci maki ataupun tindakan-tindakan yang dianggap tidak sensitive.


Statement caci maki dan tidak sensitive dengan institusi Raja-Raja Melayu macam ni kita buat don't know jelah kan. biar la dia nak hina, nak hasut dan nak bubuh taik depan Raja-Raja Melayu pon. lantaklah...



2.     RUU Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (Rang II)

 Objektif Rang Undang-Undang

a.                         Perkara 8(1), Perlembagaan Persekutuan menyatakan,

(1)   All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.

(2)   Except as expressly authorized by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth or gender in any law or in the appointment to any office or employment under a public authority or in the administration of any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment.
 
b.                         Joseph Stiglitz menulis dalam bukunya, ‘The Price of Inequality: The Avoidable Causes and Invisible Costs of Inequality’, menyatakan bahawa ketidak saksamaan memberi akibat kepada kehidupan manusia dan produktiviti.

c.                        Akar umbi punca kebanyakan ketegangan kaum dan agama di Malaysia adalah akibat dari ketidaksamarataan, ketidaksaksamaan dan diskriminasi. Ketegangan-ketegangan ini jika tidak diurus dengan betul akan mengakibatkan lebih banyak perbalahan dan masalah.

d.                         Rang undang-undang ini akan menghalang sebarang diskriminasi tidak adil berasaskan kaum, agama, keturunan, tempat kelahiran, jantina atau kecacatan dan yang berkaitan. Sebarang dasar yang berat sebelah kepada sesuatu kaum boleh dicabar dan ditentang secara terbuka.

Jangan marahlah kalau Ambiga lepas ni makin power macam Xena. kahkahkah.. agama Islam boleh cabar, hak murtad boleh promosi, LGBT boleh promosi, pluralisma agama boleh promosi. nak sekat? TRY ME laa.. haha

Tanggungjawab Di Bawah Rang Undang-Undang Ini.
e.                         Rang undang-undang ini akan mempromosikan semangat bertanggungjawab kepada kerajaan, swasta dan individu agar sentiasa bersikap adil dan samarata. Sebarang diskriminasi agama, kepercayaan, bangsa, keturunan, tempat lahir, jantina atau kecacatan dan yang berkaitan.

f.                         Sesiapa yang merasa didiskriminasi berdasarkan rang undang-undang ini boleh melaporkan dan membuat aduan.


Lepas ni bolehla kita bukak pintu UiTM ni untuk anak Lim Kit Siang, anak Ambiga dan cucu Karpal Singh pulak kan? tak gitu?


3.    RUU Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional (Rang III)

Objektif Rang Undang-Undang

a.                         Rang undang-undang ini akan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional untuk mempromosikan keharmonian nasional, perpaduan, rekonsiliasi, samarata, saksama, semangat tidak diskriminasi dan yang berkaitan.

b.                         Hal-hal berkaitan isu perpaduan dan sebagainya sebenarnya tidaklah begitu sesuai situasinya untuk dibincangkan di dalam mahkamah di mana ianya tidak mementingkan konsep menang-menang. Maka suruhanjaya ini akan bertindak untuk memangkin semangat tersebut.

c.                         Bertindak sebagai sebuah institusi khusus berkaitan keharmonian dan perpaduan kaum dan agama di Malaysia.


Oooo, ini namanya cubaan merembat tanggungjawab yang selama ini dipelihara dengan baik oleh Institusi Raja-Raja Melayu. Ada yang nak 'sembah derhaka' di bawah selimut nampaknya.


Komposisi dan Fungsi Suruhanjaya
d.                         Tidak kurang 30 orang commissioner yang akan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas dinasihati oleh badan-badan utama yang berkaitan.

e.                         Fungsi-Fungsi:

i.                    Promosi kesedaran dan memberi pendidikan berkaitan perpaduan nasional, intergrasi kaum, kesamarataan.
ii.                  Menasihati, memantau dan membuat cadangankepada kerajaan dalam hal perpaduan nasional.
iii.                Melayani aduan ketidakadilan dan diskriminasi dan akan berusaha mencari resolusi dan penyelesaian melalui tribunal.
 
f.                        Tribunal Ketidakadilan dan Diskriminasi:

i.                    Melayani aduan oleh rakyat berkenaan diskriminasi dan ketidakadilan kaum.
ii.                  Tribunal akan didengar oleh 3 orang di mana salah seorangnya ialah commissioner suruhanjaya.
iii.                Tribunal memiliki kuasa memanggil saksi dan menerima bukti-bukti berkaitan aduan yang diterima.
iv.               Tribunal perlu mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang diadu.
v.           Tribunal memiliki kuasa (remedies) untuk ‘reprimand’ (amaran), mengeluarkan arahan prohibitory (larangan), dan arahan mandatory dalam sesuatu kes.


kahkahkah.. ini lagi best. Isu-isu penting pasal perpaduan, keharmonian kaum dan isu masyarakat majmuk yang sangat 'FRAGILE' diserahkan kepada satu 'tribunal' saja untuk diuruskan? hahaha...


hmmm 1Malaysia







1 comment: