Saturday 6 September 2014

Ancaman Tersirat Dalam Akta Harmoni

Sedangkan dengan Akta Hasutan pun budak ni boleh berlenggang lagi di luar penjara, dengan Akta Harmoni Nasional ni lagilah tak jadi apa.

Sebab-Sebab Kenapa Rang Undang-Undang Akta Harmoni Nasional Mesti Dikaji dan Diolah SEMULA sebelum dibawa ke Dewan Rakyat

 

1.     Draf RUU tersebut tidak dirujuk kepada Majlis Raja-Raja, Majlis-majlis Agama Islam Negeri dan tidak dibincangkan bersama Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di antara Penganut Agama (JMPKPA) walaupun rang tersebut banyak melibatkan urusan agama dan kaum. Sebaliknya, hanya badan-badan yang kurang kredibiliti seperti Proham dan Global Movement of Moderates dibiarkan memonopoli perbincangan isi kandungan draf tersebut.

2.     RUU tersebut yang disediakan Majlis Peguam, telah diserahkan terus kepada YB Nancy, lantas mengenepikan khususnya institusi-institusi keagamaan yang bakal terjejas secara langsung oleh penguatkuasaannya kelak.

3.     RUU tersebut mengenepikan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan menurut Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan Agama Negeri yang telah termaktub di Negeri-negeri sejak berabad. Kedudukan ini tidak pernah diganggu-gugat oleh British dan Kerajaan Persekutuan.

Islam akan diletak di bawah Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional saja

4.     Selain Perkara 3(1), Agama Islam telah dimartabatkan sebagai Agama Persekutuan dengan diberikan berbagai kedudukan terhormat dan perlindungan Perlembagaan seperti Perkara 11(4), 12(2), 37(1), 74(2) Jadual Kesembilan, 121(1A) dan Perkara 150(6A).

5.     Malahan sebelum pengiktirafan seumpama ini dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan, kedudukan agama Islam telah terlebih dahulu diperundangkan di dalam Perlembagaan negeri-negeri, sebagai contoh peruntukan di dalam Perlembagaan Negeri Johor 1865 dan Perlembagaan Negeri Terengganu 1911.

6.     Perkara 3(1) merupakan fasal pertama yang menggunakan istilah ‘harmoni’ dalam Perlembagaan Persekutuan. Setelah mengiktiraf kedudukan Islam, prasyarat pengamalan agama-agama lain dinyatakan dengan jelas iaitu boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan (…other religions may be practised in PEACE and HARMONY in any part of the Federation).

7.     Ini membawa maksud bahawa Islam tidak boleh diketepikan di dalam membincangkan usaha mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara agama dan kaum.

8.      RUU Perpaduan Nasional menyatakan pada seksyen 2(2) bahawa “Nothing in this Act derogates from the provisions of Article 153 of the Federal Constitution”. Perkara 153 ialah berhubung kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain.

9.     Walaubagaimanapun RUU Perpaduan Nasional tersebut sendiri bercanggah oleh kerana seksyen 7 menggunakan istilah-istilah seperti ‘racial superiority”, “exclusivity based on religion, belief, race…” dan “…maintaining exclusive control by persons of a particular religion, belief, race…”. Istilah-istilah sebegini merupakan kritikan dan percubaan mencabar Perkara 153.

Nampaknya lepas ni Islam bukan agama eksklusif la dalam Malaysia ni. Kerajaan kena jugak biaya bina kuil, tokong, gereja banyak2 dan mesti sama bilangan macam banyaknya masjid yang dibina. ini baru dari aspek 'rumah ibadat'. Aspek-aspek lain macam mana?

10.                         Penggubal dan pembuat draf yang terlibat hanyalah Majlis Peguam, yang merupakan kelompok elit kecil yang telah mencadangkan kepada Jawatankuasa Kerja di dalam Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MPKN). Hanya 3 orang pemain utama terlibat di dalam penggubalan deraf rang undang-undang tersebut dan kesemua ahli-ahli lain di dalam MPKN telah tidak dirujuk secara sepenuhnya sebelum diserahkan kepada YB Nancy.

11.                        Majlis Peguam yang hanya mempunyai kira-kira 12, 000 ahli (yang juga tidak dirujuk apabila mereka mengeluarkan deraf RUU tersebut) tidak mewakili kelompok majoriti umat Islam di Negara ini yang akan menerima kesan langsung dari peruntukan-peruntukan RUU tersebut.

12.                        Majlis Peguam mengisytiharkan organisasinya sebagai badan secular dan terlibat secara langung membuat pelbagai tuntutan hak asasi manusia yang tidak munasabah dan anti-agama, termasuk menerusi keanggotaan dan peranannya di dalam gabungan NGO hak asasi manusia (COMANGO).

13.                         Jadi bagaimana Majlis Peguam ini boleh layak untuk membuat draf yang melibatkan hal-hal agama dan kaum di negara ini, tanpa ada nasihat dari badan-badan agama dan kaum di negara ini?

Haritu bukan main jenuh lagi NGO-NGO Islam lawan COMANGO. Sekarang, kita nak bagi free je jalan kepada puak-puak ni? alahai.... 


14.                          Ketiga-tiga RUU tersebut jelas lebih tertumpu pada niat menjulang hak kesamarataan menurut Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, tetapi gagal merujuk pada fasal-fasal utama lain di dalam Perlembagaan Persekutuan.

15.                         Hanya memberikan tumpuan hanya kepada prinsip hak kesamarataan ‘equality’ yang bersifat mutlak, penggubal telah mengenepikan prinsip “positive discrimination” ataupun ‘dasar affirmitive’ yang dilaksanakan selama ini.

16.                         Mereka yang telah menggubal deraf tersebut ternyata hanya menjunjung secara melulu konvensyen-konvensyen hak asasi manusia berkerangka liberal-sekular termasuklah International Convention of Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD), yang asal usulnya telah disandarkan pada sentimen anti-semitik dan pengalaman perkauman di negara-negara Eropah. Sejarah dan latarbelakang ICERD ini ternyata sangat berbeza dengan sejarah, latarbelakang budaya Malaysia.

17.                        Tafsiran ‘belief’ dan “religion” atau kepercayaan dan agama pada seksyan 4 (1) RUU Perpaduan Nasional dinyatakan sebagai “any religious or philosophical belief and a reference to belief includes a reference to a lack of belief” dan “any religion and includes any belief or lack of a religious belief." Adakah dengan wujudnya undang-undang ini nanti, fahaman Syiah, Atheist, Bahai dan ajaran-ajaran sesat yang selama ini diharamkan oleh kerajaan dan majlis agama negeri-negeri akan mendapat tempat di negara ini?

18.                         “Unfair Discrimination Tribunal” yang dicadangkan di dalam rang undang-undang tersebut ternyata mengambilalih peranan institusi kehakiman dalam memutuskan isu-isu berkaitan perlembagaan, serta peranan Raja-raja Melayu sebagai ketua bagi agama Islam di negeri-negeri tanah Melayu.

19.                        Suruhanjaya Unfair Discrimination Tribunal ini amat mirip dengan suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Comission atau IFC) yang telah ditolak sekeras-kerasnya cadangannya oleh pelbagai pihak khususnya NGO Melayu Islam dan kerajaan Pusat.
 
Masih ingat Zulkifli Noordin? Punya berhempas pulas dia lawan Inter-Faith Commission (IFC) dulu di depan Bar Council, sekarang ni konsep yang sama macam IFC nak di-legalize pulak dalam Akta Harmoni. Apabenda ni?

20.                        Seterusnya Bahagian 4 RUU tersebut seolah-oleh mengenepikan peranan pihak berkuasa sedia ada oleh kerana seksyen 15 (3) membolehkan Suruhanjaya tersebut melakukan penyiasatan sendiri apa-apa keadaan yang difikirkan sebagai diskriminasi tidak adil. Ini jelas bertindan dengan Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan. Sekiranya peruntukan sebegini sudahpun wujud dan pihak berkuasa boleh melaksanakan penguatkuasaannya, maka tidak wujud keperluan untuk memberikan kuasa kepada Suruhanjaya tersebut.

21.                        Seksyen 23 di dalam RUU Suruhanjaya Perpaduan dan integrasi Nasional tersebut memperuntukkan kuasa yang sangat luas tersebut termasuklah untuk memanggil mana-mana individu untuk memberikan keterangan apabila sesuatu perbicaraan sedang dijalankan tribunal. Ini membolehkan tribunal tersebut memanggil mana-mana pihak, dan ini meletakkan hal ehwal Islam di bawah sebuah entiti yang tidak mempunyai kompetensi dan pengetahuan selayaknya mengenai Islam.

Sila klik link Posting di bawah untuk faham setiap satu Rang Undang-Undang di bawah Akta Harmoni Nasional:

22.                         Peranan dan tanggungjawab memelihara kedaulatan Negara meliputi tugas-tugas melindungi institusi Raja-Raja Melayu, Hak Keistimewaan Melayu, Agama Negara dan Kenegaraan dan hal ini merupakan asas utama yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara-perkara ini tidak wajar sama sekali disentuh atas sebarang sebab sekalipun, memandangkan perkara-perkara asas ini terbukti berjaya memelihara keharmonian Negara dan kemajuan kepada semua bangsa selama ini.

Tun Mahathir kan dah sound haritu pasal ISA kau mansuhkan, ini Akta Hasutan pulak kau nak gantikan dengan Akta Harmoni Nasional yang jelas lebih banyak kelompongannya. 
23.                        Penelitian yang lebih mendalam supaya usaha menghakis asas-asas kenegaraan tidak berlaku atas nama menjulang hasrat perpaduan dan keharmonian nasional.
24.                        Hasrat melihat perpaduan dan keharmonian tidak akan berjaya, malah generasi akan datang akan hilang jati diri kenegaraan jika prinsip-prinsip asas negara Malaysia ini dicabar oleh Undang-Undang Harmoni ini.

Buzze Azam, peguam Melayu berani..









1 comment: