Artikel ini menggunakan bahasa yang keras dalam menegur perangai dan sikap para pemandu jalanraya di Malaysia yang sangat menyakitkan hati. Usaha ini diharap ditanggapi dengan jiwa besar dan muhasabah diri sekiranya ada di antara teguran yang dilontarkan, tepat mengenai batang hidung anda sendiri. Sila jangan baca kalau hati cepat terasa, terima kasih.
1. Pandu perlahan di lorong laju/lane kanan sekali
Inilah dosa paling besar bagi pengguna jalanraya yang amat
wajar dihumban ke dalam neraka apabila telah mati kelak. Perangai bodoh dan tak
sedar diri yang amat tidak bertanggungjawab ini sangat menyusahkan pemandu
kenderaan lain di jalanraya. Hari ini kalau di atas lebuhraya PLUS yang ada 3
lane, lane yang paling mudah nak memotong hanyalah lane paling kiri sekali saja.
Sebabnya, ada berjuta pemandu bodoh yang memandu macam siput babi di lane
tengah dan lane kanan sekali. Merekalah punca masalah sesak jalanraya dan
merekalah pemikul dosa besar sebab akibatkan jutaan pemandu lain terpaksa
memotong di lane tengah ataupun kiri sekali.
2.
Menggunakan lampu Xenon/HID
Ini juga adalah suatu dosa yang amat besar dan tak boleh
diampunkan lagi. Sudah terlampau banyak pemilik kereta yang tidak berperikemanusiaan yang
mengubahsuai lampu-lampu kereta mereka menjadi lampu Xenon berwarna putih atau
biru terang. Mereka ini ibarat iblis yang memandu di waktu malam hanya untuk
menyakitkan pandangan pemandu lain dengan lampu silau jahanam mereka. Akhirnya
pemandu-pemandu lain terpaksa merana akibat panahan lampu silau tahap mega
mereka itu. Apakah semua pegawai JPJ sudah menjadi buta hingga tak pernah
lansung bertindak menentang penggunaan lampu jahanam ini?
3.
Memandu terlampau lembab di jalan satu lorong
Penyakit memandu lembab macam siput babi ini biasanya
dihidapi oleh para pemandu yang merasakan jalanraya di negara Malaysia ini
ialah milik bapak mereka sendiri. Bukan sahaja memandu perlahan bagaikan siput
babi di atas jalan satu lane, tetapi haram pula nak bagi orang lain memotong
kenderaan dia yang jahanam tersebut. Dipandunya betul-betul di tengah jalan,
lansung tak mahu memandu sedikit tepi agar kenderaannya dapat dipotong, mereka
ini wajar dihumban ke dalam lubang gunung berapi di kepulauan Hawaii. Jangan
lupa hempok kepala mereka dengan stereng kenderaan mereka yang menyusahkan
orang ramai dahulu sebelum dicampak ke lubang gunung berapi Hawaii tersebut.
4. Lampu isyarat dah hijau, masih buat bodoh tak
jalan-jalan
Pemandu-pemandu sebegini kemungkinan besar telah dihasut
iblis dan syaitan untuk menjahanamkan anak-anak Adam lain yang sedang rushing
ke tempat-tempat yang ingin mereka tuju. Kerana pemandu-pemandu yang mengikut
hasutan iblis dan syaitan ini, habis pemandu di belakang lambat dan tak sempat
menikmati kehijauan lampu isyarat tersebut. Apakah motif mereka sengaja
melambat-lambat memasuk gear satu / D, lepas hand brake dan tekan minyak? Sudah
tentulah sebabnya mereka ini mengikut hasutan iblis dan syaitan. Maka telah
berjayalah misi iblis untuk menyesatkan anak-anak Adam di jalanraya. Habis pemandu
lain terpaksa hadap lampu merah oleh lampu isyarat jalanraya Malaysia yang
sistemnya sangat lapuk itu.
5.
Masuk simpang tak bagi signal
Ini adalah salah satu amalan primitif yang biasa dilakukan
oleh golongan orang asli di pedalaman Zimbabwe akibat tidak mampu memasang lampu signal kiri dan
kanan pada kenderaan masing-masing. Kebengapan mereka ini walaubagaimanapun telah
mengakibatkan jutaan pengguna jalanraya lain terpaksa menunggu sambil tertanya-tanya
apakah pemandu hina itu akan masuk simpang atau straight sahaja. Namun,
ternyata pemandu otak udang itu masuk ke simpang tanpa rasa bersalah mengakibatkan
orang lain tertunggu-tunggu dan lambat bergerak. Apakah layak spesis pemandu otak udang banyak telan semut sebegini menerima laknat?
6.
Parking di bahu jalan yang sempit dan 'double park'
Ada kemungkinan bahawa otak manusia-manusia yang begitu gemar men-'double park' ataupun parking di tepi jalanraya yang sibuk dan
sempit ini telah dipenuhi dengan cacing-cacing pita. Cacing-cacing yang memenuhi
otak para pemandu yang gemar parking ikut sukahati ini telah memakan dan merosakkan sel-sel
otak pemandu-pemandu sebegini. Akibatnya, mereka menjadi bodoh dan terlalu
bangang untuk memikirkan tentang orang lain. Kerajaan seharusnya mewartakan
undang-undang untuk memberi kebenaran kepada orang awam untuk memecahkan cermin
tingkap kereta-kereta yang suka parking ikut suka hati ini supaya sel-sel otak
mereka dapat berhubung kembali dengan jayanya.
double park, parking di jalan yang sempit = bodoh
|
7.
Malas servis kenderaan sampai asap ekzos hitam berkepu-kepul
Untuk bersangka baik, kemungkinan pemilik kenderaan yang
berasap hitam tebal dan berkepul-kepul ini sebenarnya ialah seorang yang begitu
mencintai alam sekitar yang kotor. Mereka ini sangat bertanggungjawab untuk
menambahkan bilangan pesakit batuk, TB, kanser serta masalah penyakit pernafasan
di negara Malaysia ini. Bukan sekadar itu, mereka ini amat menyayangi wang dan
duit mereka untuk menyervis kenderaan mereka akibat dari sifat berjimat cermat
yang disemai oleh ibu bapa mereka. Kebiasaannya, orang-orang baik yang sebegini
akan mati cepat kerana berjiwa suci. Maka ayuhlah kita mendoakan pemergiaan
mereka dengan segera ke alam baqa.
8.
Bawak kereta suka ‘brake-brake’
Bukan break-dance dan bukan juga Brad Pitt. Kejahanaman
pemandu-pemandu yang begitu gemar memijak pedal brake ketika sedang memandu di
jalan yang kosong, lurus dan tiada halangan, begitu menjengkelkan dan meloyakan
tekak pemandu yang terpaksa mengikut di belakang pemandu bangang begitu. Sudahlah
jalan di hadapan kosong tiada kenderaan di hadapan mereka, bawa pula kejap laju
kejap perlahan. Tiada angin tiada ribut, sikit-sikit brake, sikit-sikit brake.
Apa bontot kenderaan kau dah lapar nak kena sondol dengan jengkaut ka? Sila
bawa laju-laju dan masuk ke dalam parit. Semoga kenderaan yang suka sangat
ditekan pedal brake nya itu akan brake buat selamanya.
9.
Suka memandu perlahan untuk tengok kemalangan di
tepi jalan
Inilah dia sikap keprihatinan yang amat menebal dalam diri
para pemandu kenderaan di Malaysia yang amat suka memandu perlahan hingga
jalanraya di belakang jadi sesak/jammed hingga jutaan kilometer jauhnya.
Bukannya turun membantu, tapi sekadar memandang. Mungkin kerana ingin menjiwai
peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’, puluhan juta
pemandu Malaysia amat gemar memandang segala kemalangan yang berlaku di tepi
jalanraya. Maka mereka inilah yang menjadi batu penghalang ke-produktivitian
rakyat Malaysia yang lain dengan menyesakkan jalanraya. Semoga mereka juga akan kemalangan supaya orang lain pula dapat memandang dan tengok mereka.
10.
Membuang sampah keluar tingkap di atas jalanraya
Membuang sampah seperti plastik, botol air, tin-tin kosong
serta sampah-sampah lain (puntung rokok dimaafkan sebab cukai yang terlalu
tinggi dibayar oleh para perokok kepada kerajaan) adalah salah satu amalan
jijik yang diwarisi oleh sejenis beruk yang baru berevolusi menjadi manusia. Mungkin
rupa sahaja macam manusia tapi pemikiran dan siviknya sama macam beruk, monyet
ataupun babi hutan. Ini kerana beruk, monyet dan babi hutan yang hidup liar di
hutan sana semuanya tidak perlu fikir tentang kebersihan dan kesucian alam
sekitar. Jikalau pemandu kita suka membuang sampah merata-rata di atas
jalanraya, apakah bezanya dengan babi hutan yang menyondol taik di dalam
limbah? Kedua-duanya adalah pengotor bukan?
Aku gelak x berhenti baca statment kt atas ni ilang stress aku kt tmpat keje yg mmg boleh dikatakan kat tmpat keje aku ni mmg xde keje
ReplyDeleteKo keje kat mana najmuddin? Nak hantar resume lah
ReplyDeleteHaha..klakar la ayat.. tp mm realiti pun ape yg blaku di atas jlnraya mlaysia nie.. kdg2 pmndu yg mnjadi mangsa kpd kebangngangan mreka ni tggung dosa plak cz nk mnyumpah..
ReplyDeleteSatu ksimpulan yg aku blh buat. Penulis ini ialah perokok. Kalau x pcaya, blh refer point #10
ReplyDelete