Artikel ini
bertujuan untuk membuat rumusan samada Saifuddin Abdullah ini ialah seorang
yang masih relevan kehadirannya dalam arena politik Malaysia di bawah
panji-panji UMNO ataupun tidak. Apakah perlakuan-perlakuan dan aktiviti beliau
mencerminkan wajah UMNO atau sebaliknya. Tindakan segera perlu diambil dalam
meneliti liabiliti yang ditanggung oleh UMNO akibat menanggung biawak hidup.
Klik Video
Ahli Politik UMNO Yang Gagal?
Ramai yang perasan
tentang kewujudan sosok bernama Saifuddin Abdullah ini di dalam Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Gagal mempertahankan jawatan Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi akibat gagal mempertahankan kerusi BN di ParlimenTemerloh,
ternyata slogan ‘new politics’ nya tidak relevan. ‘Result’ menjelaskan
semuanya.
Gagal mendapat
kepercayaan majoriti warga Temerloh kerana suka berkata “itu bukan kerja saya”
apabila timbul masalah tempatan, nyata Saifuddin ini bukanlah seorang yang ‘berjiwa
rakyat’. Gagal mempertahankan kerusi Timbalan Ketua UMNO Bahagian Temerloh,
adalah kayu ukur jelas bahawa Saifuddin ini tidak diterima oleh akar umbi UMNO.
Dari sudut hubungan
Saifuddin dengan media pro-kerajaan termasuk media, sudah diketahui ramai ia
amatlah keruh. Tidak mesra media offline dan online akibat kesombongannya
membuatkan media malas lagi untuk ‘memperbaiki’ imejnya yang makin buruk di
mata majoriti orang Melayu dan pemimpin-pemimpin kanan UMNO yang lain.
Maka, dari segi profesyennya
sabagai ahli politik UMNO, Saifuddin ini ialah seorang politikus UMNO yang
gagal.
‘Trojan Horse’ Anwar Ibrahim?
Seseorang individu
boleh dikenali sebagai Trojan Horse apabila memiliki tanda-tanda tertentu.
Tanda-tanda tersebut boleh dibaca dari segi perangai, ucapan, ‘body language’
dan keputusan-keputusannya yang sering bertentangan dengan ketetapan umum di
tempat Trojan Horse tersebut berada.
1.
Membelakangkan
Kerajaan dengan berkempen mansuhkan AUKU
2.
Memberi
sokongan kepada gerakan mahasiswa anarki
3.
Mengatakan
isi kandungan Buku Jingga adalah baik
4.
Menyebut
Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang hebat di hadapan mahasiswa UM
5.
Menjadi
jemputan dalam setiap majlis-majlis anjuran NGO-NGO dan gerakan liberal
6.
Menjadi
sahabat kepada banyak individu-individu anarki dan anti establishment
7.
Menjadi
pemuka utama gerakan mansuhkan Akta Hasutan (1948)
Menentang AUKU yang mendisiplinkan para
pelajar IPTA/IPTS
SEKSYEN 15 (1) AUKU menyebut seseorang pelajar Universiti tidak boleh
menjadi ahli mana-mana parti politik, persatuan dan pertubuhan yang menyalahi
undang-undang, badan atau kumpulan yang ditetapkan tidak boleh oleh Menteri
selepas berunding dengan Lembaga, secara bertulis kepada Naib Canselor sebagai
tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti itu.
Persoalannya, kenapa undang-undang yang bertujuan
untuk mendisiplinkan pelajar pula beriya-iya mahu dimansuhkan? Andaikata
dilihat kepada tokoh-tokoh muda pembangkang sekalipun, ramai di antara mereka
adalah dari golongan cerdik pandai yang lahir di bawah AUKU. Apa masalahnya? Malah
ramai 1st Class Malays hari ini pun belajar di IPT di bawah AUKU.
Namun, apa yang diperolehi oleh budak-budak macam
Adam Adli, Khalid Ismath, Safwan Anang dan ramai lagi yang segolongan dengannya
dengan melawan AUKU ini? Zero.
Saifuddin Abdullah dan Gerakan Hapus Akta Hasutan.
Sebagai sosok UMNO
yang pernah menjadi Ahli Parlimen dan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan,
Saifuddin sepatutnya sudah memahami darah daging perjuangan yang sepatutnya
dibawa olehnya. Bukan menjadi seperti Chua Jui Meng, Saifudin Nasution, Muhammad Taib
atau Anwar Ibrahim yang sangat hipokrit. Apakah faedahnya menjadi hipokrit dan
talam dua muka? Nah, kalau benar bukan Trojan Horse, angkat sajalah kaki dari UMNO dan peluk sajalah Anwar Ibrahim. Sama-sama MCKK pun. Satu sekolah.
Dalam video ucapan
Hari Malaysia oleh Saifuddin dalam Dewan Cina bersama budak-budak Anarki dan
orang-orang kuat pakatan rakyat, dia jelas menekan presiden UMNO, Najib Razak
sendiri untuk mansuhkan Akta Hasutan yang bertindak untuk mencegah perbuatan
menghasut yang boleh menjejaskan keamanan negara. Kita wajib menerima hakikat
bahawa Malaysia ialah sebuah negara majmuk berbilang kaum yang sebenarnya
memerlukan perlindungan undang-undang daripada tindakan menghasut.
Kemanan negara ini
sebenarnya sangat ‘fragile’ dan mudah dihuru-harakan dengan hanya menimbulkan
sedikit ‘spark’ sahaja. Isu-isu kedaulatan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu,
agama Islam, hak istimewa orang Melayu dan isu-isu lain yang termaktub di dalam
Perlembagaan Persekutuan dengan mudah dipermainkan akhir-akhir ini. Pelbagai
hinaan, cacian dan hasutan yang dibuat agar institusi Raja-Raja Melayu
dihapuskan misalnya, adalah satu cubaan jahat yang mencabar jiwa dan perasaan
sanubari majority orang Melayu di negara ini. Maka ramai yang didakwa di bawah
Akta Hasutan ini kerana kebiadaban tersebut.
Lalu apakah
halangan mereka kepada matlamat mereka? Tentulah Akta Hasutan (1948) ini yang
menjadi batu penghalang yang menyekat niat jahat dan mulut jahat mereka untuk
bercakap sesuka hati menyebarkan dakyah kepada khalayak umum.
Bukan saja menekan
presiden partinya sendiri, dia turut menyindir rakan-rakan partinya yang
berdiri teguh mempertahankan Akta Hasutan yang boleh mendakwa ahli parlimen
mulut lancang di dalam Dewan Rakyat. Apakah dosa undang-undang yang akan
menghalang sesiapa daripada menghasut dan memburukkan institusi raja-raja Melayu, hak istimewa
orang Melayu, agama Islam, dan banyak lagi asas-asas penting dalam negara ini?
5 Soalan untuk Saifuddin
1.
Adakah
Saifuddin Abdullah suka semua orang bebas bercakap sesuka hati tanpa adab
dan peraturan berbanding kepentingan untuk keamanan dan keharmonian negara yang berbilang kaum?
2.
Butakah
mata dan pekakkah telinga Saifuddin Abdullah ini dengan posting-posting menghasut
di media massa dan internet yang terus menerus mencabar asas-asas negara ini?
3.
Kenapa
Wanjie yang mahu Malaysia menjadi negara Republik, mahu mansuhkan institusi
Raja-Raja Melayu dan anarki itu lebih dipertahankan dan dibela oleh
Saifuddin Abdullah kononnya sebagai kebebasan bersuara?
4.
Apa
niat tersirat sebenar Saifuddin ini yang mempergunakan istilah ‘new politics’
untuk menghalalkan aktiviti-aktiviti ‘anti-establishment’ yang sangat jelas
dipengaruhi gerakan-gerakan konco-konco Anwar Ibrahim?
5.
Adakah
Saifuddin Abdullah ini masih ingat dan tahu apakah dia 6 asas-asas dan tujuan
utama UMNO selaku parti yang diwakilinya?
Pecat Keahlian UMNO Saifuddin Abdullah?
Tindakan-tindakan
menongkak arus yang dipamerkan oleh Saifuddin Temerloh ini jelas menunjukkan
perjuangannya bertentangan dengan dasar-dasar perjuangan UMNO. Memiliki belang
yang sama seperti Zaid Ibrahim, Saifuddin ini wajar dipecat saja kerana menjadi
duri dalam daging di dalam UMNO. Ibarat barah, kalau lambat dicegah maut
menunggu.
Percayalah, tidak
akan ada gelombang yang akan mengikuti jejak Saifuddin ini bila dibuang nanti.
Hanya ombak-ombak kecil yang tiada kesan lansung saja yang terjadi. Itupun,
datang daripada puak pembangkang sahaja. Janganlah risau, parti-parti
pembangkang terutamanya PKR sajalah tempat pembuangan sampah-sampah UMNO.
Paling tidak pun, Muhammad Muhammad Taib pun membuangkan dirinya ke dalam PAS
kononnya bagi mencuci dosa-dosanya yang telah lalu.
Apakah track record
Saifuddin Abdullah semasa memegang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
selain memansuhkan beberapa bahagian dalam AUKU? Zero. Selain itu, track record
Saifuddin Abdullah ini hanyalah memperjuangkan pemansuhan ISA dan hari ini, mahu
mansuhkan Akta Hasutan pula. Apa lagi yang dia tahu? Mansuh, mansuh, mansuh!
Kemudian, bersakan dengan anarki dan puak Pakatan Rakyat.
Pertahankan Akta Hasutan (1948)
Kata orang-orang
lama, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. ISA telah dimansuhkan oleh UMNO sendiri mengakibatkan PDRM gagal melaksanakan tugas
mereka dengan berkesan. SOSMA pula takkan dapat menandingi kekuatan ISA yang telah
dibunuh oleh kerajaan.
Sedang
negara-negara maju seperti Singapura masih memiliki ISA dan Amerika Syarikat
memiliki Patriot Act, kenapa negara kita mengambil langkah ke belakang hanya
kerana ditekan orang-orang bodoh yang mengatakan undang-undang tersebut sebagai
‘draconian’ dan tidak baik?
Wahai UMNO,
buang sajalah biawak yang dipikul UMNO selama ini. Cabut
sajalah duri yang melekat dalam daging UMNO selama ini. Dan jangan buang masa lagi
memelihara sosok yang kononnya cerdik pandai sangat ini. Tidak elok untuk kita bersikap double standard dengan Zaid Ibrahim.
UMNO jangan jadi macam PAS
Adakah UMNO juga mahu menerima nasib yang sama seperti PAS yang sudah dicrett dengan benih-benih proksi Anwar Ibrahim sehingga mengakibatkan wujudnya golongan Anwarinas di dalam PAS? Mungkin pelik pemikiran ini untuk terjadi dalam UMNO, namun inilah politik. Semuanya adalah possible. UMNO wajib hapuskan semua kuda tunggangan, trojan horse, tali barut, Si Kitol, you name it lah siapa saja dalam UMNO ini sebelum terlambat dan jadi macam PAS.
Apabila dihitung dan dicongak kembali, tidak akan ada apa-apa gelombang pun yang akan timbul hasil dari tindakan membuang 'pemimpin' yang sebegini. Percayalah, banyak lagi perkara-perkara anti-establishment yang dibuat olehnya termasuklah mengkritik menteri undang-undang sendiri, tanpa mengikut saluran dalaman. Maka, buang sajalah 'pemimpin yang terbuang' sebegini sebelum rakyat pula yang membuang UMNO dalam pilihanraya umum yang akan datang.