Tuesday 23 September 2014

Anwar Ibrahim Dipecat Faekah Husin?


Sebagai mengakhiri tempoh berkhidmat selama enam tahun, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim menutup pejabat penasihat ekonomi negeri itu semalam, yang dipegang oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) Faekah Husin berkata pejabat di Plaza Perangsang, Shah Alam telah ditutup untuk menjimatkan kos. Penutupan itu berikutan hal ehwal ekonomi dilihat mampu diuruskan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC).

Anwar telah dilantik sebagai penasihat ekonomi negeri pada tahun 2009 dan pejabatnya telah diletakkan di bawah MBI bagi mendapat manfaat daripada pengalaman dan kepakaran beliau sebagai bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Faekah mengucapkan terima kasih kepada Anwar untuk tahun perkhidmatannya tetapi juga melontarkan kritikan kepada bekas penasihat ekonomi itu bahawa beliau telah menerima gaji yang tidak wajar untuk jawatan penasihat beliau. Walaupun gajinya RM 1, tetapi elaun yang telah dituntut oleh Anwar sepanjang menjawat jawatan penasihat kewangan negeri Selangor berjumlah RM 15 Juta.

"Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Selangor," kata Faekah.

Pendek kata, Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan penasihat yang disandang beliau sebelum ini.


Kenyataan Penuh Faekah Husin

CEO MBI - MMKN Putuskan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor Ditutup

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini bersetuju supaya Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di Plaza Perangsang ditutup berkuatkuasa serta merta bagi menjimatkan kos pentadbiran Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri berpendapat urusan melibatkan hal ehwal ekonomi boleh dilakukan Pusat Pelaburan Negeri Selangor (SSIC) yang merupakan pusat sehenti dan memiliki  pegawai-pegawai  terlatih serta berpengalaman terutama melibatkan urusan pentadbiran,  prosedur dan promosi.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor ditubuhkan pada 2009 dan diletakkan di bawah Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) serta bertujuan untuk memanfaatkan pengalaman dan kepakaran Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam bidang ekonomi dan kewangan sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Kita mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas sumbangan dan perkhidmatan beliau sepanjang menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Semenjak penubuhannya, pelbagai fitnah dan kontroversi telah timbul antara lain tohmahan gaji yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim serta peranan dan sumbangan yang beliau berikan kepada Kerajaan Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang.

Sehubungan itu, kita berpendapat adalah wajar Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor ditutup supaya peranannya tidak bertindih dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai kerajaan negeri yang dikhususkan untuk menjaga hal ehwal ekonomi dan pelaburan Negeri Selangor.

FAEKAH HUSIN
KETUA PENGAWAI EKSEKUTIF (CEO)
MENTERI BESAR SELANGOR PEMERBADANAN (MBI)
22 SEPT 2014

SILA KLIK, BERKAITAN:
1. Harga Rumah Mahal, Agenda Kartel Halau Melayu?
2. (Video) Menuju 'Republic of Malaysia?
3. Adakah Malaysia Negara Islam?
4. Hudud, Kenapa masih Terbengkalai?

No comments:

Post a Comment