Hukum
Jenayah Syariah Islam
“Sesungguhnya
kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad), akan kitab yang Haq supaya
kamu menghukum manusia dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah, maka janganlah
kamu menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.” An-Nisa’: 105
Hukum Jenayah Syariah Islam adalah suatu
hukum berasaskankan dogma dan teologi Islam yang bersandarkan kepada kitab
Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad yang diimani oleh umat Islam.
Lebih berkonsep untuk mewujudkan persekitaran
yang mencegah jenayah-jenayah dari dilakukan kerana bersifat mandatori yang
bersandarkan wahyu tuhan dan tidak boleh digubal hukum-hukum tersebut.
Perlaksanaan hukuman jenayah di dalam Syariah
Islam dilihat lebih keras, namun untuk mensabitkan penjenayah dengan hukuman
hudud misalnya, memerlukan tahap pembuktian yang sangat tinggi dan nyata.
Berbeza dengan kanun jenayah undang-undang
sivil, setiap kes yang mempunyai prima facie, hanya perlu melampaui keraguan
munasabah (beyond reasonable doubt) dalam proses pembuktian setiap jenayah
sivil.
Hukum Jenayah Syariah Islam terbahagi kepada
3.
a. Hudud
b. Qisas
c. Takzir
HUDUD
“Itulah
Hudud Allah maka janganlah kamu melanggarnya, dan sesiapa yang melanggar Hudud
Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Al-Baqarah: 229
Hudud (Bermaksud ‘hukum-hukum Allah’) ialah
kata jamak kepada Hadd. Jenayah di bawah hukum hudud ada 7 dan semuanya
dinyatakan di dalam Al-Quran.
a. Mencuri
b. Rompakan
bersenjata
c. Qazaf
(Menuduh orang lain berzina tanpa ada saksi dan bukti)
d. Minum arak
e. Murtad
f. Bughah
(Melancarkan pemberontakan)
Mencuri
(Al-Sariqa)
“Pencuri
lelaki dan perempuan, potonglah tangan keduanya sebagai balasan perbuatan
mereka dan sebagai pengajaran yang merupakan langkah pencegahan dari Allah. Dan
Allah maha kuasa lagi maha bijaksana”. Al-Maidah:
38
Definisi mencuri menurut Islam: Mengambil
harta benda hak milik orang lain dengan tanpa pengetahuan dan kebenaran
pemiliknya.
Syarat-syarat jatuh hukum hudud bagi mencuri:
a. Nisab
Kecurian
i.
Mazhab Hanafi: Nilai Kecurian melebihi 10
Dirham (lingkungan RM250)
ii.
Mazhab Maliki, Hanbali & Syafie: Nilai kecurian
melebihi 3-4 Dirham (lingkungan RM75-RM100)
iii.
Jika nilai kecurian kurang dari nilai yang di
atas, pencuri akan dikenakan hukuman di bawah Takzir.
b. Kondisi Barang
kecurian
i.
Barang tersebut mesti disimpan dengan baik
dan dijaga.
ii.
Sekiranya barang tersebut tidak dijaga dan
tidak disimpan dengan baik ketika kecurian berlaku, pencuri tidak boleh
dipotong tangan, tetapi dihukum di bawah hukum takzir. Ini berdasarkan hadith
dari kitab Muwatta’ oleh Imam Malik.
Sekiranya 2 elemen (Nisab & kondisi
barang curi) ini dipenuhi, pencuri mesti dihukum potong tangan kanan
(pergelangan tangan). Bagi pencuri yang mencuri kali kedua, potong tangan kiri,
dan seterusnya kaki kanan dan kiri.
Rompakan
bersenjata (Al-Hiraba)
“Sesungguhnya
balasan kepada orang-orang yang memerangi Allah dan rasulNya dan membuat
bencana di muka bumi, tiada lain dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan
kaki mereka secara sebelah yang berasingan atau dibuang negeri. Ini adalah
sebahagian dari penghinaan untuk mereka di dunia, dan di akhirat mereka
memperoleh azab yang besar.” Al-Maidah:
33-34
Syarat jatuh hukum hudud bagi rompakan
bersenjata
a. Kejadian
rompakan bersenjata mesti berlaku di tempat di mana mangsa tidak mendapat
bantuan dan tiada pihak lain yang mampu menolong mangsa ketika kejadian.
Sekiranya memenuhi elemen yang dinyatakan,
pesalah boleh dihukum dengan beberapa cara menurut pendapat beberapa mazhab.
a. Dihukum
potong pergelangan tangan kanan dan pergelangan kaki kiri, kemudian dibuang
daerah serta dipenjarakan (Al-Nafi)
b. Dibunuh
dengan menggunakan pedang
c. Disalib
i.
Disalib hidup-hidup, kemudian ditembak dengan
javelin sehingga mati (Mazhab Hanafi dan Maliki).
ii.
Disalib selepas dibunuh dengan pedang, untuk
dipamer kepada orang ramai (Mazhab Syafie dan Hanbali)
Persetubuhan
di luar nikah (Zina)
Perempuan yang berzina dan lelaki yang
berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan,
dan janganlah kerana kepada keduanya, mencegah kamu untuk (menjalankan) agama
Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan)
hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. An-Nur: 2
Ada 2 kategori di dalam hukuman zina
a. Muhsan: Zina oleh individu yang sudah bernikah dan mempunyai pasangan
samada suami atau isteri
b. Ghairu Muhsan: Zina oleh individu yang masih bujang samada lelaki atau
perempuan.
Syarat-syarat jatuh hukum hudud ke atas penzina
a. Saksi
i.
4 orang saksi
lelaki (Perlu 2 orang saksi perempuan bagi menyamai seorang saksi lelaki)
ii.
Islam dan Merdeka
iii.
Akil Baligh dan Beraqal
iv.
Keempat-empat saksi melihat perbuatan zina
berlaku di tempat dan masa yang sama
v.
Saksi mestilah tergolong dalam golongan yang
adil dan tidak pernah membuat dosa besar.
vi.
Boleh menggambarkan kejadian zina tersebut.
b. Iqrar dari
penzina itu sendiri
i.
Penzina telah insaf dan membuat pengakuan
bahawa telah berzina dan melafazkan iqrar dengan jelas.
c. Bukti-bukti
(Qarinah)
Hukuman.
a. Bagi Penzina
belum berkahwin (Ghairu Muhsan) akan dikenakan hukuman sebat 100 kali seperti
dalam ayat 2, Surah An-Nur.
b. Bagi Penzina
sudah berkahwin (Muhsan) akan dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati.
i.
Hadith Nabi: Lelaki tua dan perempuan tua
yang berzina, maka rejamlah kedua-duanya sebagai balasan daripada hukuman
Allah.
ii.
Banyak kes Nabi Muhammad laksana hukuman
rejam.
iii.
Ketika hukuman dilaksanakan, mesti ada orang
awam yang melihatnya.
Menuduh orang lain berzina tanpa
saksi dan bukti (Qazaf)
“Dan
orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang terpelihara
kehormatannya (berzina) tanpa membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka
dengan 80 kali sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian dari mereka
selama-lamanya kerana mereka adalah golongan fasiq.” An-Nur: 4
Ayat ini
seolah-olah ingin melindungi keamanan masyarakat dari tersebarnya gosip-gosip
buruk berkenaan maksiat seks jika sesuatu kes itu tidak mempunyai pembuktian
yang cukup (4 orang saksi dan sebagainya).
Menuduh zina
tanpa saksi hanya boleh dibuat oleh suami yang ingin menuduh isterinya berzina
dan telah melihat kejadian tersebut dengan matanya sendiri.
a. Bahawa Saad bin Ubadah berkata
kepada Rasulullah SAW Ya Rasulalllah jika aku dapati isteriku bersama seorang lelaki adakah
masih aku kena mencari 4 saksi , jawab nabi Ya.
b. Hilal bin Umayyah telah menuduh isterinya berzina maka nabi meminta
beliau datangkan
bukti atau dijalankan hukuman ke atasnya sebab menuduh zina tanpa bukti.
Kata Hilal : “Apabila salah seorang dari kami melihat seorang lelaki berada
diatas isterinya perlu lagi ia mencari bukti?” Nabi jawab: “Bawakan bukti jika
tidak hukuman hudud ke atas kamu.”
Dan orang-orang yang menuduh isterinya
berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu)
hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang
menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa
sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar Dan sumpah yang kelima
(hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari
orang-orang yang dusta Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri
(yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali,
bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang
berdusta Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan
Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar (QS An Nur
6-9)
Suami mestilah bersumpah dengan
nama Allah sebanyak 4 kali dan melafazkan sumpah laknat satu kali jika
berbohong apabila menuduh isterinya berzina. Si isteri jika mengaku akan
dikenakan hukum hudud. Namun boleh bersumpah 4 kali nama Allah dan kali kelima,
sumpah laknat jika bercakap bohong.
Minum Arak
“Hai orang-orang
yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)
berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” Al-Maidah: 90
Apa-apa yang
banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram. Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu
Daud : Ibn HIbban : Sohih
Hukum
meminum arak adalah haram di dalam Islam dan berdasarkan kepada banyak hadith
nabi, barangsiapa yang diketahui dan dilihat meminum arak, mestilah disebat
dengan 40 sebatan.
Murtad (Keluar Islam)
"Sesungguhnya
orang yang kafir sesudah beriman, kemudian
bertambah-tambah kekafirannya, sekali-kali tidak akan
diterima taubatnya dan mereka itulah orang-orang yang
sesat.” Ali-Imran: 90
bertambah-tambah kekafirannya, sekali-kali tidak akan
diterima taubatnya dan mereka itulah orang-orang yang
sesat.” Ali-Imran: 90
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu : " Jika mereka
berhenti dari kekafirannya, nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang
dosa-dosa mereka yang lampau, dan jika mereka kembali lagi kafir (murtad)
sesungguhnya akan berlaku sunnah Allah terhadap sebagaimana orang-orang
terdahulu; Perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu
untuk Allah semata-mata " Al-Anfal: 38-39
Orang yang
murtad hanya dihukum di bawah hudud hanya apabila dia mengisytiharkan dengan
jelas dan nyata melalui lafaz dan pengakuan bahawa dia sudah tidak lagi Islam.
Hukum bagi
orang yang murtad ialah hukum bunuh berdasarkan banyak hadith sahih. Mengikut
pandangan majority mazhab, 3 hari diberikan sebagai tempoh bertaubat.
Hadith yang
menghalalkan pembunuhan orang murtad: “Tidak halal
darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku sebagai
Rasulullah kecuali seorang lelaki yang kufur (murtad) selepas Islamnya, atau
berzina selepas berkahwin atau membunuh seseorang" ( Riwayat At-Tirmidzi :
At-tirmizi : hasan)
Bughah (Melancarkan
Pemberontakan)
“Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mukmin berperang,
maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan berbuat
aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat
aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah; jika golongan
itu (kembali kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan
adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku
adil.” Al-Hujarat: 9
Hukuman bagi
pemberontak yang melawan pemerintah Islam (majoriti ahli kerajaan dan pemimpin
tertinggi ialah orang Islam) menurut majoriti pandangan mazhab ahlisunnah,
wajib diperangi dan dibunuh. Sekiranya mereka mengaku kalah dan memohon
pengampunan, tidak boleh dibunuh.
Pandangan Imam Syafie tentang bughah: Sekumpulan muslim
yang menentang pemimpin dengan menggunakan kekerasan dan meninggalkan ketaatan
atau enggan menunaikan hak yang wajib ke atas mereka. Dengan syarat mereka itu
memiliki kekuatan senjata, mempunyai alasan penentangan dan mempunyai ketua.
(Kitab Nihayah Al-Muhtaj)
Syarat jatuh
hukum Bughah
a. Melanggar
arahan pemerintah (Melanggar undang-undang)
b. Kerajaan
yang berkuasa secara relatifnya mestilah adil
c. Penentangan
turut melibatkan pentafsiran agama (bersifat takwil)
d. Jelas niat
dan perbuatan adalah untuk melancarkan pemberontakan, Coup D’état.
e. Perbuatan
penentangan turut disertakan dengan keganasan
f. Kumpulan
yang ingin memberontak dan menentang mesti terbukti mempunyai kapasiti
persenjataan, kewangan, tenaga manusia.
g. Ketua
kumpulan penentang mestilah dikenalpasti terlebih dahulu.
Sekiranya
cukup semua syarat ini, pihak kerajaan bolehlah bertindak menghapuskan puak
pemberontak ini dan telah halal darah mereka. Mufti Perak, Tan Sri Harussani
turut mengeluarkan fatwa serupa pada awal 2014 lalu.
QISAS
“Wahai
orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu qisas dalam kes orang kena
bunuh ; seorang merdeka dengan seorang merdeka, seorang hamba
dengan seorang hamba, seorang perempuan dengan seorang perempuan. Maka
barangsiapa yang mendapat kemaafan dari saudaranya hendaklah mengikuti
dengan baik dan hendaklah (yang diberi maaf) memberi (diyat) kepada yang
memberi maaf dengan cara yang baik pula. Yang demikian itu suatu keringanan
dari tuhanmu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melanggar lagi sesudah
itu maka untuknya siksaan yang pedih.” Al-Baqarah:
178
Qisas
bermaksud perbuatan. Namun dalam tafsiran hukum Qisas, ia bermaksud ‘menyamai’,
‘mengikuti’, selaras dengan makna perkataan ‘Qasas’ dalam:
“Berkata (Musa)itulah yang kita kehendaki.
Mereka pun pulang semula ke sana, dengan MENGIKUTI jejak mereka.” Al-Kahfi: 64
Hukum Qisas
lebih ke arah hukuman kepada kesalahan-kesalahan homicide dan tortuous act:
a. Membunuh
dengan sengaja
b. Menghilangkan
anggota badan mangsa
c. Mencedera,
melukakan mangsa
Hukum ini
jelas di sebut dalam Al-Quran:
a. Dalam hal
membunuh:
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu
menjalankan hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang
yang mati dibunuh." Al-Baqarah: 178
Pembunuh manusia lain, hukumnya dibunuh
b. Dalam hal menghilangkan anggota badan dan mencederakan
mangsa, Al-Quran menyebut balasan yang sama akan dikenakan kepada mereka yang
menyakiti, mencederakan kepada mangsanya:
"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab
Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata,
dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi
dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi
sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa
baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." Al-Maidah: 45
Dhiyat (Pampasan kepada keluarga mangsa)
a. “Maka barangsiapa yang mendapat
suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan
cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang
memberi maaf dengan cara yang baik.” Al-Baqarah: 178
b. “Dan di dalam
Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu wahai orang-orang yang beraqal fikiran,
supaya kamu bertaqwa.” Al-Baqarah: 179
Jika keluarga mangsa yang telah mati, bersedia
memaafkan pembunuh yang memang bersalah, pembunuh tersebut perlu membayar
‘Dhiyat’ iaitu pampasan kepada keluarga mangsa.
Menurut pandangan mazhab ahlisunnah, nilai dhiyat bagi
kes pembunuhan adalah dengan nilai 100 ekor unta.
a. Harga seekor unta: RM 6000
b. Nilai Dhiyat: RM 600,000
Namun pada hari ini, pihak keluarga mangsa boleh
menetapkan jumlah yang dikehendaki seperti apa yang dipraktikkan di Arab Saudi
saat ini.
TAKZIR
a. Takzir ialah hukum-hukum Allah yang ditetapkan oleh
pemerintah akan cara menghukumnya. Takzir juga diterima sebagai undang-undang
yang dikuatkuasakan bagi kemaslahatan awam seperti undang-undang jalanraya,
undang-undang kontrak perjanjian, undang-undang tanah dan sebagainya.
Pemerintah diberikan kuasa oleh Allah untuk member perintah dan
ketetapan-ketetapan yang tidak dinyatakan secara khusus di dalam Al-Quran dan
Sunnah.
b. Hukum takzir akan dikenakan ke atas para pesalah bagi
semua kesalahan hudud jika pesalah tersebut tidak mencapai tahap pembuktian di
bawah hukum hudud.
c. Bermakna, jika pesalah tersebut tidak mencapai syarat
untuk dipotong tangan kerana melakukan kesalahan mencuri, maka pemerintah boleh
menetapkan hukuman lain seperti penjara, sebat atau melakukan kerja-kerja
kemasyarakatan untuk tempoh tertentu.
d. Takzir sudahpun berjalan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment