Puluhan ribu bayi Palestin seperti ini maut dibunuh oleh kaum Yahudi sejak 1947. |
Apa Disebalik
Genting Gaza, Tebing Barat dan Israel?
Isu Palestin adalah sebuah isu
yang begitu rapat dengan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu Islam. Ini
kerana ia melibatkan isu kemanusiaan dan kepentingan umat Islam sejagat dalam
mempertahankan kedaulatan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis. Walaupun telah 67
tahun isu ini berlarutan, masih tiada cahaya di hujung jalan yang mampu
ditemukan. Dalam hal ini, adakah kita benar-benar memahami apakah sebenarnya
yang terjadi di Palestin suatu ketika dahulu, atau sekadar ikut-ikutan dalam
melaungkan slogan anti-Israel?
Perang Dunia, Turki Uthmaniyah, British dan Arab
T.E Lawrence. Orang Putih yang faham habis tentang Arab. |
Kekalahan ‘Kuasa Tengah’ (Jerman,
Austria-Hungary, Bulgaria, dan Empayar Turki Uthmaniyah) dengan ‘Pihak Berikat’
(Russia, Perancis, UK, Kanada, Itali, Amerika Syarikat) dalam tahun 1918 telah
mengakibatkan Empayar Turki Uthmaniyah yang menguasai banyak wilayah Islam di
Timur Tengah dipecah-pecahkan oleh ‘League of Nations’ (sebelum wujudnya United
Nations) menjadi wilayah-wilayah kecil. Wilayah-wilayah tersebut kemudiannya
dibahagi-bahagikan untuk diletak di bawah pengaruh negara-negara Pihak Berikat
yang menang.
Pemberontakan yang ditaja oleh
British di seluruh tanah Arab memudahkan lagi Empayar Turki Uthmaniyah
dipecah-belahkan menjadi negara-negara kecil Arab Badwi seperti yang wujud pada
hari ini. Lieutenant Colonel T.E Lawrence, ataupun terkenal sebagai Lawrence of
Arabia misalnya telah merancang pemberontakan besar-besaran Arab Badwi di
Semenanjung Hijaz menentang Empayar Turki Uthmaniyah sebelum tertubuhnya negara
Arab Saudi. Mereka menentang penguasaan bangsa Turki di wilayah Arab. Apabila menang, Raja-Raja Arab yang baru pun ditabalkan dengan perkenan British.
Raja Hussein, keturunan Bani Hashim, Raja pertama Jordan |
Dalam tahun 1922, tanah Palestin tidak
lagi ditadbir oleh Empayar Turki Uthmaniyah kerana empayar telah berpecah. Maka
pada tahun 1923, seluruh tanah Palestin diserahkan kepada British sebagai
‘British Mandate’. Pada saat itu, Mustafa Kamal Attarturk sudah pun menjadi
Presiden Republik Turki yang sekular. Sebahagian dari Palestin (Trans-Jordan)
pula telah diserahkan kepada Bani Hashim untuk diperintah, dimana Bani Hashim
ialah kerabat di mana Nabi Muhammad (SAW) berasal.
Sejurus tamat Perang Dunia Kedua
dalam tahun 1945, British selaku pentadbir tanah Palestin, telah membuat
keputusan untuk memindahkan orang-orang Yahudi dari Eropah ke tanah Palestin
yang dikuasainya. Ini dilaksanakan dengan mempergunakan United Nations (PBB)
pada tahun 1947. Sudah tentulah negara-negara pemenang Perang Dunia Kedua
sahaja yang menguasai PBB dengan kuasa veto dan sebagainya. Ini dilakukan kerana
bangsa Yahudi di-propagandakan sebagai mangsa terbesar perang tersebut. Hari
ini, pendidikan Jerman misalnya meletakkan beban kesalahan ke atas Adolf Hitler
semata-mata dan turut menguatkuasakan undang-undang ‘anti-semitik’ yang tidak
membenarkan bangsa Yahudi dikritik.
Mustafa Kamal At-Tarturk |
Kemasukan Bangsa Yahudi
Yahudi berbondong-bondong masuk Palestin naik kapal. |
Orang-orang Yahudi yang dibawa
masuk ke tanah Palestin dengan segera menubuhkan kumpulan-kumpulan gangster dan
pengganas (Haganah, Irgun, Lehi dll) untuk melakukan pemberontakan terhadap British
dan keganasan ke atas orang-orang Arab Palestin bagi merebut tanah dan wilayah.
Pegawai Tinggi British yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan bangsa
Yahudi ke Tanah Palestin ialah Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British ke
Tanah Melayu yang mati dibunuh di Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951.
Perang Saudara Arab-Israel
(1947-1948) pun tercetus dan menyaksikan 5000 nyawa orang-orang Arab yang
pertama disembelih oleh orang-orang Yahudi di bumi Palestin. Ternyata gabungan
negara-negara Arab yang menyertai perang tersebut bagi mempertahankan
orang-orang Arab Palestin, terlalu lemah berbanding pasukan militan Yahudi yang
amat berpengalaman dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kekalahan teruk
tersebut mengakibatkan puluhan ribu orang Arab Palestin dihalau keluar dari
kampung-kampung mereka dan menjadi pelarian.
Ratusan kampung orang-orang Arab Palestin
diserbu oleh pasukan pengganas Yahudi. Pembunuhan beramai-ramai dilakukan. Gadis-gadis
Arab dirogol sebelum dibunuh kejam, pemuda disembelih, wanita, orang tua dan
kanak-kanak ditembak sebelum rumah-rumah mereka dibakar sehingga hangus. Ramai
juga yang dihumban ke dalam perigi buta sebelum dibakar beramai-ramai oleh
pengganas Yahudi.
Antara Pembunuhan Beramai-Ramai (Massacre) 1947-1948
b. Deir
Yassin Massacre 100 orang disembelih,
ditembak dan dihumban ke dalam perigi buta beramai-ramai.
g.
Tantura Massacre, 300 orang disembelih dan dibakar
hidup-hidup.
Gadis Yahudi macam gadis James Bond. Cantik, wangi, pembunuh. |
‘Negara’ Israel
Sepanjang peperangan tersebut,
pihak British lansung tidak mengambil apa-apa tindakan bagi menghalang
keganasan bangsa Yahudi ke atas orang-orang Arab yang tidak bersenjata. Ini
diburukkan lagi apabila seluruh negara Arab yang bersatu menentang pasukan
pengganas Yahudi tidak mempunyai perancangan yang tersusun, senjata yang lapuk,
tidak bersatu padu dan lemah dari sudut koordinasi. Akibatnya, lebih 600 buah
kampung Arab-Palestin telah dimusnahkan dan dijadikan wilayah petempatan bangsa
Yahudi secara haram.
Pada 14 Mei 1948, negara Israel
ditubuhkan dan diisytiharkan secara rasmi oleh para pemimpin Yahudi-Zionist.
Negara haram Israel dengan segera mendapat pengiktirafan oleh negara-negara
Eropah, Britain dan Amerika Syarikat. Biarpun mendapat tentangan oleh
negara-negara Arab, namun segala usaha dari sudut diplomatik dan rundingan
tetap gagal.
Usaha-usaha bersenjata yang
dilakukan oleh negara-negara Arab juga kebanyakannya mengakibatkan korban jiwa
yang amat besar di pihak negara-negara Arab. Perang 6 Hari (1967) yang
direncana oleh negara-negara Arab turut gagal hingga mengakibatkan Tebing Barat
yang menempatkan Masjid Al-Aqsa, jatuh ke tangan Israel. Sebelum perang
tersebut, Tebing Barat adalah di bawah kekuasaan Jordan. Begitu juga dengan
Bukit Golan yang merupakan milik Syria telah jatuh ke tangan Israel.
Sejak itu, kekejaman dan
keganasan Israel terus menerus dilakukan ke atas rakyat Palestin di Genting
Gaza, Tebing Barat, Bukit Golan, dan Selatan Lubnan. Pembunuhan, pengeboman,
penculikan, pemusnahan rumah kediaman, ladang-ladang dan perampasan tanah dan
wilayah terus terjadi tanpa pembelaan dunia, khususnya oleh negara-negara
Islam. Tragedi Sabra Shatila misalnya adalah bukti kebinatangan rejim Zionis
Israel.
Di Israel, gadis-gadis cantik sibuk mempertahankan 'negara' mereka. Di Malaysia, gadis-gadis cantik suka berselfie saja. |
Peranan dan Tanggungjawab Umat Islam
Kita sering melihat dalam kaca
televisyen, dan dada-dada akhbar berkenaan pembantaian Israel ke atas rakyat
Arab Palestin. Dan setiap kali melihatnya, emosi dan perasaan kita akan
berkobar-kobar seolah-olah ingin pergi berjihad melawan kejahatan Israel
tersebut. Namun sedarkah kita semua tentang persediaan dan tahap kekuatan yang
kita miliki berbanding bangsa Yahudi Israel?
Dari sudut perpaduan, khususnnya
Melayu Islam di negara ini, adakah kita benar-benar bersatu dari semua sudut?
Ekonomi, sosial, pendidikan, politik dan agama, adakah kita muafakat dan
bersatu hati dalam mempertahankannya? Sudahkah kita membersihkan hati kita dari
sikap talam dua muka, adu domba, kata-mengata, fitnah memfitnah, dan umpat keji
sesama kita? Tepuklah dada, dan tanyalah kepada diri sendiri dengan jujur.
Semoga jawapannya mampu memberi gambaran jelas antara kekuatan kita dengan
bangsa Yahudi Israel yang ingin kita lawan itu. Jangan tungau seberang laut
kita nampak, gajah depan mata lansung tak perasan.
Selain itu, pergantungan kepada
kuasa-kuasa besar dalam menyelesaikan masalah ini mestilah dihentikan. Yakinlah
bahawasanya umat Islam sendiri saja yang perlu bertanggungjawab dalam isu
Palestin ini. Justeru itu, tanpa mempelopori ilmu yang mantap, teknologi yang
canggih dan ekonomi yang kukuh, usaha membebaskan Palestin dari cengkaman
Israel akan kekal tinggal umpama mimpi dalam mimpi.
kah kah kah.. |