UMNO sudah setuju dengan Hudud |
1. 25
Disember 1993: Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dikanunkan oleh Dewan Undangan
Negeri Kelantan.
2. 8 Jun
1994: Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (Tun) selaku Perdana Menteri Malaysia pada
ketika itu mengutus surat kepada Nik Aziz, MB Kelantan ketika itu untuk tidak
meneruskan hasrat melaksanakan ‘Hudud PAS’ yang digambarkan sebagai zalim dan
tidak adil. Kerajaan Pusat akan ambil tindakan jika tetap dilaksanakan.
3. Kelantan
tidak menguatkuasakan kanun tersebut hingga hari ini.
4. 24
Oktober 2011: Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Hudud
5. 3 Mac
2014: Mesyuarat pertama jawatankuasa
6. 28 Mac
2014: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyebut
di dalam Dewan Rakyat akan kesediaan kerajaan pusat untuk membantu Kelantan
melaksanakan hudud.
Halangan-Halangan
Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan
Halangan
Politik (PAS + Dasar Pakatan Rakyat)
Halangan
Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9
Halangan
Hukuman, Akta Mahkamah Syariah (Akta 355)
PAS masih main tarik tali dengan Hudud |
Teknikaliti Perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan
Private bill untuk menggubal peruntukan hukuman oleh
mahkamah syariah dalam Akta 355 perlu dibawa ke dalam parlimen dan
dipersetujui.
Peruntukan hukuman maksimum untuk mahkamah syariah:
a. 3 tahun penjara
b. RM 5000 denda
c. 6 tahun penjara
Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan, berkenaan senarai
bidangkuasa Persekutuan dan Negeri dalam hal Kanun Keseksaan akan mengalami
‘cross’ dalam undang-undang jenayah syariah dan sivil.
Jenayah-jenayah Syariah yang terkandung di dalam
undang-undang sivil, Kanun Keseksaan:
a. Mencuri: Seksyen 378
b. Rompakan Bersenjata: Seksyen 390
c. Criminal Force (Qisas): Seksyen 350
d. Bunuh: Seksyen 300
e. Melancarkan Perang terhadap YDPA (Bughah): Seksyen 121
Undang-undang jenayah syariah jika dilaksanakan mesti
dikenakan ke atas semua rakyat Malaysia tidak mengira latar agama kerana tidak
boleh ada dua set undang-undang yang berbeza untuk jenayah yang sama. Jika
tidak, ia akan melawan Perkara 8(1), Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan
hak semua rakyat di bawah undang-undang yang sama.
MCA sokong Hudud |
No
|
Brunei
|
Malaysia
|
1
|
Sistem Unitary
|
Sistem Persekutuan (Federal)
Ada bidangkuasa Persekutuan dan Negeri, Jadual 9
Perlembagaan
|
2
|
Sultan berkuasa mutlak.
Sultan boleh perintah apa saja mengikut kehendaknya
|
Sistem Demokrasi berparlimen.
|
3
|
Sultan boleh ubah perlembagaan pada bila-bila masa.
Undang-undang Darurat 1962 masih berkuatkuasa
Perlembagaan disusun oleh 3 orang pegawai tinggi yang
dilantik oleh sultan.
|
Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang
tertinggi negara, Perkara 4.
Undang-undang mesti selari dengan perlembagaan
Perlembagaan hanya boleh digubal dengan kelulusan 2/3
majoriti parlimen, Perkara 159
|
4
|
Mahkamah Syariah ada bidangkuasa ke atas orang bukan
Islam
|
Mahkamah Syariah hanya ada bidangkuasa ke atas orang
Islam sahaja, Akta 355
|
5
|
Ada 2 set undang-undang jenayah yang berkuatkuasa
Penal Code dan Syariah
|
Hanya satu set undang-undang untuk semua di Malaysia,
Perkara 8
|
6
|
Perintah Jenayah Syariah 2013 berkuatkuasa di seluruh
Brunei
|
Undang-Undang Syariah tertakluk di bawah bidangkuasa
negeri sahaja. Jadual 9
|
7
|
Sultan, kerabat dan penjawat awam Brunei adalah kebal
dari undang-undang Perintah Jenayah Syariah 2013
|
Tiada kekebalan undang-undang kepada siapa pun,
termasuklah raja-raja Melayu
|
Tohmahan Pakatan Rakyat Terhadap Hudud Kelantan
Gobind Singh Deo, MP Puchong menyalahkan PAS yang
beriya-iya ingin melaksanakan hudud, di atas kekalahan DAP dalam pilihanraya
kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei 2014 lepas.
Calon Melayu DAP, Dayana Sofya mengisytiharkan akan
menentang rancangan hudud Kelantan sekiranya memenangi PRK kerusi Parlimen
Teluk Intan. Tidak ada seorang pun kepimpinan DAP yang menyokong perlaksanaan
hudud di Kelantan oleh PAS.
Anwar Ibrahim juga tidak menyatakan sokongan terhadap
rancangan hudud PAS, malah menggesa PAS mengikuti Konsensus Pakatan Rakyat,
yang disepakati pada 19 Disember 2009.
Namun, hanya UMNO sahaja yang menyuarakan sikap positif
di dalam Dewan Rakyat melalui Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri
dalam membantu PAS melaksanakan cita-cita Hudud di Kelantan.
Kesimpulannya, PAS mesti sedar diri dan tidak lagi
terhegeh-hegeh hidung tak mancung pipi tersorong-sorong di dalam Pakatan
Rakyat.
Adakah dengan berpeluk cium bersama DAP, hasrat melaksanakan Hudud akan tercapai? |
Sila Klik, Berkaitan:
No comments:
Post a Comment